Ahad, 8 Jun 2014

kuah yong tau fu

Kuah hitam
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..
Kuah merah
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..
Selamat mencuba..


Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Bahan-bahan
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.