Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Khamis, 21 Julai 2016

Resepi biskot walnut almond snow

Resepi biskot walnut almond snow
==========================
250g butter
1 cawan gula halus
1 bji telur
1/2 cawan susu tepong
Badam nip and walnut di sangai
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
3 1/4 cawan tepung gandum cap ros
1sb emplex klo takda gnti dengan tepung beras
Coklat beryls
Serbuk roti kaler putih
Cara2
=====================
1) Tapis dan gaul 3 jenis tepung2 + emplex + susu tepong
2) buh butter dalam bekas bersama gula dan kacau2 hingga sebati. Tak perlu mix pakai mixer.
3) masukkan kekacang2 ke dlm butter dan gula td. Gaul2 sebati.
4) masukkan tepung2 tesebot sikit2. Agak2 kalau dh ckup tepong jgn duk buh dah.
Doh ikot keselesaan tgn. Kalau tak melekat2 ok dah la tu.
5) canaii dan potong2. Kemudian bakar suhu 150, 20min kalau ikut oven saya.
Boleh dah start diuble boil cakelat kita tadi.
6) biarkan biskut sejuk kemudian salut coklat dan golek2 dalam serbuk roti.
7) simpan dalam bekas kedap udara





mazola

Mazolaa senangg je ikut cam ni ni mak saya yg ajaq senang nak ingat sekati tepung gndum sekati kacang tnh 1 1/2 cwn gula minyak mazola ikut lembut kalu nak lembut tmbah ja minyak tu caranya kacang goring tampa minyak pastu buang kulit dia blen hinga lumat buh dlm tepung gndum gula pun buh sekali gaul dulu bhn kering tu bgi rata pastu tuang minyak mazola sikit2 agak2 smpai jdi doh laa pastu tekan ikut camna kesukaan kita bakaq laa dah siapp itu lah cara saya
Suka · Balasan · 2 · 36 min

Noraini Hayati Nak hiyas dia 2 biji kuning telur tambah sikit perwarna kuning kacau sikit sapu atas kuih tu haa cam tu laa sekiann terima kasihhh

Sabtu, 21 Mei 2016

tart nenas

gh kecoh versi biskut raya,masing2 ade cara trsendiri..alhamdulilah dh 3thn buat utk raya,customer pun makin brtmbh,sj guna papercup sbb kdng br nk pgg dh brderai,tp tart sy x berderai..brderai dlm mulut..250gram bttercup/3 cwn marjerin,gula castor 1 cwn,tpg gandum 2 cwn stgh,tpg jagung 1/2 cwn,susu pekat 1 sudu bancuh teh,garam scubit,gaul smua,jika doh trkeras tmbh marjerin / butter,janji mase msuk acuan nk tekan cantik senang,utk gliss:kuning telur,stitik/2 pewarna kuning,esen vanila skit utk hilangkn bau hanyir telur..slamat mncuba..tart gebu gebasyyy:-) Emotikon smile..sesiapa nk syer..silakn..sy halalknnn:-) Emotikon smile Emotikon smile

Jumaat, 29 April 2016

cokoleto santey

COKOLETO SANTEY
Bahan A
250gm butter 
90 g gula Kastorrrrr
1 tsp esen vanila 
1 sudu kecil baking powder
Bahan (B satukan B ayak)
280 g Tepung Gandum 
50 gm tepung jagung
30 gm susu tepung nespray
1 sudu kecil baking pwder
1 sudu teh Emplex
Bahan C 
60 gm Almond kisar..
(sy guna walnut kisar kasar bakr dulu)
Bahan D
125 g Dark Coklat Sagat... ( sy malas letak... Curah 80 gm coklat rice gaul last sekali.
Caranya: 
1. butter esen vanila dan gula pukul hingga sabati , tak yah kembang..
2. Masuk Bahan B ke dalam mixer. Putar hingga sebati, kemudian masukkan serbuk almond @ Walnut kisar uli sebati.
3. Akhir sekali masukkan dark coklat yg disagat @coklat rice dan gaul sebati. 
4. masukkan doh kedalam piping bag dan tekan memanjang ikut size yang sesuai. 
5. Bakar 170c 15 hingga 20 minit mengikut oven masing masing. 
7. sejukkan dan celup dark coklat compaund.. nak sedap campoq + milk coklat
Masuk badam nibs yg dibakaq dulu..

8. Biarkan hingga kering dan simpan dalam balang.

Isnin, 25 April 2016

Resepi choc chip nestum

Resepi choc chip nestum
250gm buttercup
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan nestum madu
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu tea esen vanilla
1 cawan choc chip
Cara2
1)pukul buttercup dgn gula icing,agak2 kembang masukkan telur masukkan gula perang pukul kejap dlm kiraan 6 saat,letakkan esen vanilla dan pukul bg sebati
2)letakkan nestum dan gaul
3)letakkan tepung sikit demi sedikit(pastikan tepung disatukan dan ayak)gaul sehingga ok(kalau bab nie sy selalu agak2...kalau terlalu lembik shigga lekat di jari tambah la tepung cikit lagi..sb sy selalu agak2
4)akhir sekali letak choc chip dan gaul bg rata
5)boleh buat bulat2 dan bakar
6)panaskan choc dan letak di atas biskut yg telah siap di masak
Tips
Setiap biskut sy gula icing buat sendiri(gula seharusnya mesin shingga halus)sy xsuka beli gula icing yg dh siap di kedai
Pastikan tepung di ayak
Setiap apa yg kita buat pastikan buat dengan kasih sayang..pasti kuih menjadi lagi sedap..heheheh

Resipi Chewy Choc Chip Cookies :

Resipi Chewy Choc Chip Cookies :
Bahan A (Ayak) :
200g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sk garam
1/2 sk baking powder
Bahan B :
115g buttercup
120g gula halus
90g brown sugar
Bahan C :
1 biji telur gred A
Sedikit esen vanilla
Bahan D :
300g choc chip
(Boleh guna milk chocolate beryls & potong dadu if takde choc chip)
Cara membuat :
1. Campur kesemua bahan B & kacau guna whisk/senduk kayu. Jangan terlebih kacau. Just kacau biar sebati dah cukup.
2. Kemudian masukkan Bahan C. Kacau lagi.
3. Dah sebati masukkan Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Masukkan Bahan D (choc chip) & gaul rata.
5. Scoopkan guna sudu/scoop ice cream atas dulang. Make sure letak kertas alas warna putih (baking paper) tu utk elakkan cookies melekat. Susun jarak2 sebab nanti adunan mengembang.
6. Masukkan adunan yg dah siap atas loyang ke dlm peti sejuk selama sejam.
7. Lepas sejam, boleh bakar dlm oven selama 15 minit, 180° celcius. Kalau suka rangup, bakar 20 minit. Kalau suka chewy, bakar 15 minit je.
Siap! Selamat mencuba! Hehe
Note : Boleh dapat lebih kurang 30 keping biskut

Sabtu, 26 Mac 2016

Tart Nenas

TART NENAS GULUNG
===================
Resepi:
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung
Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)
1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan kuning telur, pukul sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.
Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.




TAT NENAS / ALMOND LONDON

1ketul butter suhu bilik (ape2 brand pn xpe)
1/2 cwn marjerin (mek da guna pelangi)
1cwn gula halus (blend gula pasir n sukat) *
4 cwn tepung gandum (utk almond london guna 5 cwn ye)*
1/2 cwn tepung jagung *
1 sudu besar tepung castard *
1/2 cwn susu tepung *
( yg bertanda * satukn, ayak semua sekali)
1 penutup esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Campur je semua sekali, uli manja2. Jgn main gusti lak dgan adunan tu... hehehe
Terap, susun inti nenas, gulung n hiaskn dgn kuning telur + sedikit pewarna kuning.
Bakar 150 darjah utk 10 minit. Kalau oven kecik, guna suhu 130 darjah pn ok. 
Dah ckup masam guna api atas, dlm 3 min utk garingkn kuning telur. (Pns kn dulu oven utk 15 min)

Inti / jem nenas
2 biji nanas muda ( buang kulit n matanya, mesin guna mesin kelapa. Tapis / perah air nya. Jgn trlalu kering)
4 cwn gula (tanak manis bleh kurangkn)
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Satukn semua bhn dlm kuali, guna api sedang, kacau jem hingga gula hancur n kering sedikit (sentiasa kacau gaul, karang hangus bawah plak)
Bila air dh agak kering, slow kn api n kacau gaul sekali sekala hingga betul2 kering.


Rabu, 2 Mac 2016

Brigadeiro

Di sini resepinya ya.
Untuk 25-30 biji
1 tin susu pekat manis- condensed milk (bukan krimer ye)
1 sudu besar unsalted butter (lebih sikit utk gris pinggan)
2-3 sudu serbuk koko (ayak)
Secubit garam
Paper cup
Pilihan rasa
Coklat rice
Rainbow rice
Kacang cerdik (pistachios)
Badam cincang (panggang)
Walnut (panggang)
Serta ikut minat kawan2 nak rolled dgn apa hihi
Di atas pinggan tahan panas griskan dengan sedikit butter
Dgn menggunakan sudip kayu Campurkan butter, koko dan susu masak di dalam periuk yg tebal dengan api yg serdahana kecil Dalam lebih kurang 45-60 minit . Perlu gaul sentiasa supaya tidak hangus. (Mcm masak dodol)
Cara untuk pastikan sudah cukup masa bila adunan dah pekat dan kita belah dengan sudip adunan lambat bercantum kembali.
Setelah itu letak adunan diatas pinggan yg telah di gris tadi.
Biarkan sejuk diluar seketika hingga agak tidak panas untuk digentel.
Sapukan tangan dgn sedikit butter agar adunan tidak melekat ditangan. Dgn menggunakan sudu ambil sebesar agak2 sesuai dgn paper cup gentel bulat2 dan rolledkan dgn perasa yg disukai.
Pada saya kanak2 sukakan coklat rice tapi dewasa lebih sukakan kekacang terutamanya pistachios
Jika tercepat angkat dia akan lembik dan sukar nak digentel. Jika terlebih masak akan keras n boleh jadik toothbreaker hihi
Tapi kalau terlembik boleh juga disimpan di dalam jar dan dibuat bread spread.

Ahad, 17 Januari 2016

tart

===============
Tart Nenas Gulung
===============
250 gm Butter
1 biji telur kuning
1 sudu besar susu pekat Manis
1 1/2 sudu besar Gula caster
1 sudu besar esen vanilla
Sedikit pewarna kuning ( sy guna star brand )
1 sudu besar Tepung jagung
3 cawan ++ Tepung gandum
Cara membuat
=============
*Pukul butter + susu pekat Manis + gula caster + telur kuning + esen vanilla + pewarna kuning sehingga kembang fluppy atau sampai puas hati.
*Kemudian masukkan tepung jagung dan pukul sehingga sebati
*Akhirnya masukkan tepung gandum. *Oleh kerana ianya tart gulung adunan tepung mestilah lembut dan tidak melekat di tangan.Mudah utk disemperit. Kena pandai2 adjust tepung gandum tu.
Sapuan atas tart guna putih telur yg diasing kan tadi + pewarna kuning
Bakar suhu 180° selama 25 minit.
Inti Nenas
=========
3 cawan nanas yg diparut
1 cawan gula pasir
Kayu Manis
Nanas + kayu manis dimasak sehingga kering sedikit airnya kemudian masukkan gula..
Masak agak2 jgn kering sgt sebab bila sejuk takut terkeras.
( saya kdg2 masukkan jem nenas di bakery utk dicampurkan sedikit semasa memasak inti ini)
Untuk sapuan atas saya gunakan putih telur + pewarna kuning agak2 ye

Jumaat, 10 Julai 2015

BISKUT NESTUM

BISKUT NESTUM
Bahan-bahan:
250 gm butter
100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara:

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati.
4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven).

Jumaat, 25 Julai 2014

Biskut almond london

Biskut Almond London

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

* 250 gm butter
* 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
* 3 oz / 1 cawan tepung jagung
* 4 oz / 1 cawan gula aising
* 1 biji kuning telor
* Badam biji di panggang secukupnya
* Badam cincang untuk hiasan
* Coklat masakan secukupnya
* Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
* Sedikit minyak jagung

Cara-cara

1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.

2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..

4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 
2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)

6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap 

Selasa, 14 Januari 2014

Samperit

Bahan-bahan

- 250 gram butter
- 50 gram gula aising
- 1 penutup esen vanilla
- 1 peket tepung kastard cap bunga merah (300g
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kfc kuning telur

Cara-cara

- Gaul butter dan gula hingga sebati,
- masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard,pas tue tepung jagung.
- sedikit ceri untuk hiasan

samperit

Samperit 250 gram butter 50 gram gula aising 1 penutup esen vanilla 1 peket tepung kastard cap bunga merah 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu kfc kuning telur Gaul butter dan gula hingga sebati,masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard,pas tue tepung jagung...sedikit ceri untuk hiasan...