Memaparkan catatan dengan label Lauk-pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk-pauk. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2016

Kari ikan

Resepi kari kepala ikan untuk satu kawah ni,
1 kg bawang besar ( 1/2 dimayang , 1/2 lagi diblend)
200 gm bawang putih( 100 gm dimayang 100gm diblend)
1 kilo rempah kari ikan Baba's 
150 gm serbuk cili Baba's
1 kg tomato biji (1/2 diblend , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campor
1kg minyak untuk menumis
3 kg santan pekat 
500gm asam jawa 
10 kg ikan
Sayur2an

Caranya:
Panas kan minyak
Tumis bwg2 , halba campor dan daun kari
Bila wangi masukkan rempah kari yg dicampor air yg banyak ( 4 liter ) bawang dan tomato yg diblend
Masak hingga pecah minyak , perlahan kan api
Masuk lah santan air asam , garam , sedikit gula , dan ikan ,rasalah secukupnya 
Akhir sekali masuk lah sayur2an

Khamis, 21 Julai 2016

Daging masak rosemaria

Daging Masak Rosemaria Cheq Yatie 
. Resepi nye. 
300g Daging lembu, basuh bersih dan potong kecil memanjang, gaul dengan sedikit cuka dan Kicap masin Enaq sampai hitam Haha suka hati nak letak banyak mana sebenarnya.. .. Lepastu Rebus daging sampai Empuk... Rebus sampai Air nya tinggal sikit...
Bahan untuk Menumis 
8 Bj bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
1 inci Halia semua dikisar.
3 sudu makan Cili kering kisar 
1 batang serai diketuk 
3 sudu Makan Sos Tomato
Bahan untuk Tabur 
1 labu bawang Besar potong bulat 
Buah tomato belah enam. 
Cili merah Cili hijau dihiris 
Daun bawang dihiris panjang panjang.

Caranya. 
Tomes bahan kisar sampai masak, masukkan Cili kisar dan serai,goreng sampai pecah minyak, kacau sebati, masukkan Daging dn air rebusan daging.. Masukkan sos tomato. Dan masak sampai mendidih dn kuah jadi pekat.. Garam secukup rasa. 
Last sekali Masukkan buah tomato, cili, bawang dn daun bawang potong.. Selamat Mencuba Ikhlas Dari Saya.

Ahad, 5 Jun 2016

satay

Satay Ayam/daging madu

2 kilo ayam/daging di potong dadu


Bahan kisar (jadikn pes)
1 ulas bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
4 inci kunyit hidup (bkn yg serbuk)
2 inci halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Bahan kisar (kering)
3 sudu ketumbar (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan manis (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan putih (bkn yg serbuk)
3 sudu kacang tanah
4 bahan ni di sangai terlebih dahulu sampi naik bau brulah di kisar kering hingga halus

Cara-cara
Campur kan ayam dgn kedua-dua bahan kisar td gaul sebati...setelah sebati campur kn gula 1 1/2 cawan (ikut citarasa masing-masing) ...tambah kan madu 1/2 cawan....tambah 1 sudu garam akhir sekali tambah kn 1/2 cawan minyak ...gaul sebati dan perap selama 8jam atau semalaman ...
Campurkan lebihan air perapan satay dgn minyk..ketuk serai dan bolehlah di renjis semasa bakar

p/s :lbh dari 8 jam letak kn dlm peti ais
:madu boleh gantikn dgn gula perang
:sebelum bakar lidi hendaklah di rendam terlebih dahulu untuk mengelakkan terbakar semasa bakar.

Sabtu, 26 Mac 2016

Kurma tanpa rempah

Kurma tanpa rempah
Kisar 1/2 sudu jintan manis, 5 sudu kelapa, 8 buah gajus n 1/4 sudu lada hitam. Potong 1 bwg merah, 5 bwg putih. 1 inci halia, 1 cili hijau, 2 tomato. Kisar bersama paste kelapa.

Kepedasan ikut citarasa anda. Kisar sampai lembut. Boleh tuang sedikit air..
* kita tak guna premix serbuk kurma.
Ini style north indian. Bahan untuk tumis..
Kayu manis n bunga 
Bay leaf
Daun kari
1 bawang merah
Ini sayurnya. I guna carot cauliflower n kentang.
Kawan kawan guna ayam atau daging atau telur rebus.
Panaskan minyak.
Masukan bay leaf, kayu manis n bunga..
Then masukkan bwg merah n daun kari..
Masak sampai bawang layu.
 
Masukkan paste yang dikisar...
Masak sampai pecah minyak
 
Masukka sayur n gaul sebati.
*boleh masuk ayam or daging waktu ini

Masukka 1 sudu kecil garam masala
Gaul n biarkan utk 1 minit
(tambah lagi garam masala kalau tak cukup pedas)

Masukkan air secukupnya untuk sayur atau daging masak..
Kalau, buat kurma telur, then kawan kawan boleh masukka telur rebus sekarang.

* rebuskan telur n then goreng.. memang sedap.. i pernah buat untuk ayah saya. Dia suka....

Selasa, 19 Januari 2016

tom yam

RESIPI
Bahan – Bahan : (Untuk 4 orang makan)
Bahan A – Kisar
4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)
Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu perencah tomyam
Pelbagai sayuran
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
Akar pokok ketumbar
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air 1L
garam & gula
Cara – Cara :
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan

Ahad, 17 Januari 2016

IKAN BAKAR AKOB STYLE


SAMBAL IKAN BAKAR
Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
6 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
Satu tapak tangan udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
2 Daun Limau Purut*
4 Biji Buah Keras*
4 Biji Cili Merah*
Belacan yg dibakar*
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Daun Kesum
Asam Jawa
Garam, gula merah dan jus limau nipis.
Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan daum kesum, air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil
Ambil sambal ikan. Sediakan kuali leper atau pemanggang ajaib dan panaskan terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper atau pemanggang ajaib tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak. Kalau guna pemanggang dalam 5 hingga 7 minit setiap sisi ikan.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan.

Siap utk dimakan

ayam bali

Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer,sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jgn tanya kenapa byk tu ok..ikut je..jgn degil..hihi..jgn risau..In Sha Allah jadi..sukatan utk seekor ayam..
1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar yg merah ya 6biji (byk bwg br sedap),bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari
2) Serai dititik-8btg
3)Daun kari 8tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil




Jumaat, 25 Julai 2014

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH USTAZAH


******************************************************
Ha..ini dia resepi yang selalu menjadi Pujaaah Hatiii ku.. iaitu AYAM BEREMPAH stail Ustazah. Lain orang lain cara. Ni mood baik sikit petang ni, sempena ayahanda saya Mamak Haji yang dok bg petua-petua Ayam Goreng tu..khas untuk ayahanda ya dan kawan-kawan lain.

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam [potong 4/ 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
1 s/b rempah kari ikan
1 s/b serbuk kunyit
Bahan kisar
3 biji bawang merah besar]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
6 inci lengkuas ]
3 batang serai ]
garam
Sedikit gula Melaka

Sebiji telur
¾ cawan tepung kanji atau tepung jagung

*Atau boleh menggunakan rempah Perap Ayam Goreng Yes Halal

Cara-caranya
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur dan tepung dan perapkan selama beberapa jam
2. Bila hendak menggoreng pecahkan telur sebiji masukkan tepung kanji/ jagung. 
3. Gaul rata semua bahan.
4. Gorengkan dalam minyak ygang banyak sehingga garing.

Ahad, 8 Jun 2014

Ayam golek

Ayam Golek Special. Nak panggang pun boleh x yah golek2.
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega
Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 3-4 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Sos Lada Hitam.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu
Cara menyediakan:
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Bahan-bahan
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Selasa, 29 April 2014

UDANG MASAK MASALA:

Bahan-Bahan:
Udang besar 1kg.
Bawang Besar 3 biji di hiris & 3 biji dikisar halus.
Halia 1" + Bawang Putih 6 ulas - dikisar halus.
Rempah kari Ikan Baba's - 4 sudu besar.
Serbuk Cili - 2 sudu besar.
Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil.
Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil.
Serbuk Kunyit 1 sudu besar.
Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil(tidak semestinya)
Daun Kari 2 ranting
Minyak masak 6-7 sudu besar.
Jus limau nipis 2 sudu besar.
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang.Gunting sesenggut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya. Peramudang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.

2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.

3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.

 

Rabu, 23 April 2014

Nasi hyderabadi

RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADI

Tadi dah tau macamana nak buat lauk untuk Nasi Beryani Hyderabad, ni pula bahagian nak buat Nasi Beryani Hyderabad pula..

Aci..mami.. maaf ye, ini je yang hamba reti, kalau salah tolong tunjukkan ya..Ayahanda Mamak Haji mungkin boleh bantu ya.

Bahan-bahan ;
1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus.
Cara-caranya :
1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan
2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras.
3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak.
Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas.


RESEPI Chicken Beryani
******************

Bahan-bahan Untuk Perap Ayam
Seekor Ayam
2 biji Cili hijau
Sedikit Daun pudina
Sedikit Daun ketumbar
4 ulas Bawang putih ditumbuk
Sedikit halia ditumbuk
*1sdk Serbuk jintan putih
*1sdk serbuk jintan manis
*1sdm Serbuk ketumbar
*1sdm serbuk cili
*1sdm Serbuk kunyit

Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (
2sdm Garam
2 helai DaunBay
1 batang Kayu manis
2 bji cengkih
3 biji Buah pelaga
1 mangkuk kecil Bawang goreng 
1 cawan Minyak zaitun
1 cawan Yoghurt.
NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. ½ jam
Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk

ACAR BOMBAY
**********
Ini pula, nak bagi set untuk makan dengan Nasi Hyderabad tadi. Dah ada lauk, dah ada nasi, ada.sambal mesti tak kena kalau tak de acar. Tapi ini bukan berasal dari BOMBAY tau..nama dia aje ACAR BOMBAY..hi3. Shah Rukh Khan, Amitat Belacan..jangan maree tau.

Sedap ACAR BOMBAY ni tau..ada rasa masam manis yang sesuai sangat makan dengan jenis-jenis nasi minyak atau nasi arab. Kita belajar dengan SANJAY DUT dulu2..Try la ya resepi ni..

ACAR BOMBAY STAIL USTAZAH
************************

Bahan-bahan :
100 gram karot, timun, ubi sengkuang potong batonnet (memanjang), ½ cawan cuka, ½ cawan gula, garam, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk rempah campuran (halba dan biji sawi),2sdm tepung kanji yang dibancuh dengan air, boleh ditambah udang kering yg ditumbuk/ kacang tanah.
Cara-cara :
Masak air ½ mangkuk, masukkan kunyit 1sd, halba campur, garam, gula, cuka, tepung kanji yg dibancuh. Bila mendidih padamkan api. Masukkan sayur dan bahan lain. Gaul rata

Rabu, 19 Mac 2014

Beef Rosemary Stew.


Bahan2nya
350gm daging di potong dadu2
1 labu bawang bersar(kunning) dipotong kasar2
3 ulas bawang di titik
1 lobak merah dipotong dadu2
2 biji kentang di potong dadu2
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai herba rosemary, dipetik daun2nya
2 helai daun bay leaves
1/2 tangkai daun thyme
1 tin tomato dadu, siz sederhana
1/2 botol tomato ketchup
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak sayur untuk goreng kentang & lobak merah, letakan daun rosemary sikit
Minyak ziatun untuk menumis

Cara2nya
Goreng kentang dan lobak merah, ditoskan dan ditepikan bersama sedikit daun herba rosemary. Daging direbus hingga empuk tanpa garam. Ambil dalam 1 mangkuk stok daging. Panaskan minyak zaitun dalam periok sederhana, letakan bawang kunning, daun herba rosemary, daun thyme dan bawang putih. Letakan sedikit lada hitam, garam secukup rasa dan cili kisar goreng sebentar, gaulkan supaya sebati. Tuangkan stok daging dan isi daging yang sudah direbus. Masukan tomato tin dan sos tomato ketchup. Masak hingga ia mendidih, letakan daun bay leaves, gula secukup rasa. Rasa kuahnya. Ia mesti ada rasa masam & manis sedikit. Biarkan ia masak di api yang kecil. Kuah akan menjadi pekat sedikit. Sajikan bersama roti peranchis, flat bread atau makan dengan nasi putih. Selamat mencuba.

Sabtu, 8 Mac 2014

Daging masak kicap

Bahan-bahan:

- daging
- bawang merah dihiris
- bawang putih dihiris
- halia dihiris
- tomato didadu
- kicap
- sos tomato
- cili boh yg digoreng
- lada merah uk


Cara-cara

- daging
- bawang merah
- bawang putih
- halia
= direbus/ reneh hingga daging agak-agak masak

masukkan
- kicap
- tomato
= biar sekejap

masukkan
- ciliboh
- garam/gula

Dendeng Daging

Resepinya
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

bahan D
air rebusan daging

cara2nya

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba

Selasa, 14 Januari 2014

Pajeri terung

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

- 3 biji terung panjang
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 2 cawan santan pekat
- 1btg kulit kayu manis
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji bunga cengkih
- 2 sudu besar udang kering
- 2 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
- minyak untuk menumis
- 1/4 keping gula melaka
- garam secukup rasa

Cara-cara

- Blend bawang putih, bawang merah, udang kering.
- Gaulkan dengan rempah kari.
- Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
- Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
- Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka.
- Masak sehingga kuah pekat.
- Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah

#Maniskan kuah dengan gula melaka

Resepi Kari Daging Nasi Kandar

Bahan-bahan:

- 1kg daging lembu atau kambing
-1 senduk minyak masak untuk menumis
- 2 – 3 sudu makan minyak sapi QBB
- 2 senduk serbuk kari ikan (cap babas)
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 5 biji ubi kentang | dibelah empat
- 3 biji buah tomato (di mayang halus)
- 2 helai daun pandan (di ikat)
- 1 cawan santan + 3 cawan air biasa (ikut kepekatan dan kuah yag dikehendaki)
- 2 – 3 biji cili hijau + 2 biji buah tomato (di belah dua)
- Air secukupnya
- Garam
- Minyak untuk menumis
- Msg jika suka (optional)

Bahan tumis
- (dikisar dan dibahagi dua bahagian) 10 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 2 inci halia

Cara-cara penyediaan rempah:

Bancuh rempah dengan air sehingga pekat dan di campur dengan serbuk jintan manis. Sebahagian bahan kisar di campur kedalam rempah dan ketepikan.

Cara memasak:

- Panaskan minyak masak dan tumiskan sebahagian bahan kisar, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah dan air secukupnya.
- Masukkan daging dan buah tomato yang di mayang serta garam kedalam periuk.
- Setelah rempah dan daging cukup matang masaknya (naik minyak dan isi daging lembut).
- Kacau rata dan masukkan santan dan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang menjadi empuk.
- Seterusnya masukkan minyak sapi, cili hijau dan buah tomato daging. Dibolehkan masuk skali daun pandan jika suka supa kari wangi.
- Apabila daging sudah cukup masak dan empuk. Boleh tutup api dapur.
- Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Kari Ikan Nasi Kandar

Bahan-bahan:

- 1 kilo ikan bawal putih/hitam/merah (atau sebarang ikan)
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 1 ½ senduk serbuk kari ikan (cap babas)
- 1 senduk serbuk kari daging (cap babas)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 10 biji bawang merah kecil
- 6 ulas Bawang Putih
- 1 sudu makan halba campur
-  6-7 tangkai daun kari
- 1 cawan kecik santan (ditambah dengan 3 cawan air)
-1 genggam asam jawa diperah ambil airnya sahaja
-10 biji sayur bendi (terpulang pada masing)
- 2 biji buah tomato (terpulang pada masing)


Cara-cara penyediaan ikan:

- Untuk menhilangkan hanyir ikan, ikan di cuci terlebih dahulu dengan air asam jawa atau lemon.

Cara-cara penyediaan rempah:

- Bancuh rempah dengan air sehingga pekat dan di campur dengan serbul jintan putih. Blendkan atau di tumbuk 4 biji bawang merah bersamaan dengan bawang putih dan dicampur dengan rempah. Ketepikan.

Cara-cara penyediaan:

- Hiris 6 biji bawang merah kecil,
- 4 biji bawang putih untuk menumis.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, daun kari.
- Setelah agak wangi masukkan halba campur.
- Apabila bahan tumisan dah naik bau masukkan bahan rempah.
- Kacau sehingga naik minyak kemudian masukkan santan.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan bendi dan tomato.
- Siap untuk di hidangkan.

Isnin, 13 Januari 2014

RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH

Bahan-bahannya :

BAHAN A

- ½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
- 8 ulas bawang putih
- Serai 2 batang
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci

CARA :

1. Kesemua bahan a dimayam halus/ atau dihiris halus.
2. Digoreng menggunakan minyak yg byk, sampai garing sepertimembuat bwg goreng..garing sahaja..bukan hangus ya! Nanti pahit pulak.
3. 10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng
4. Kesemua bahan ini digaul rata dan diblender/ kisar/ tumbuk kalau larat! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.

BAHAN B

- 4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa
- ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut masam yang kita suka)
- 2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)

BAHAN C

- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

untuk Menumis

BAHAN D (REMPAH )
-  1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 8 sudu ketumbar

NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi kerutuk hangus..he2 gurau ya! Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah sukatan di atas selepas kisar tau. Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..

- 1 sudu makan Kunyit serbuk
- Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori membazir
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA
1. Tumiskan rempah 4 friendS forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2. Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3. Masukkan bahan B, bahan C serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4. Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)

AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah??? Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK! UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING. Semestinya daging/ ayam lah. Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas. Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing. Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa) Air Dan.. jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG. Ini sebab Ustazah yang masak nama Kerutuk Ustazah la..

Cara masak;
1. Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2. Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3. Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll. ...

TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM.

Caranya macam ni pulak
1. Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2. Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3. Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4. Siaplah..

Ahad, 12 Januari 2014

Resepi kerutup ayam kelantan.

Bahan-bahannya:

- 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka
- 2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
- kerisik dari RM1 kelapa parut
- 1/2 cawan santan pekat
- sedikit air asam jawa
- 10-15 biji cili kering dikisar
- 7 biji bawang merah dikisar
- 2 biji bawang putih dikisar
- sedikit halia dikisar
- sedikit lengkuas dikisar
- 5 batang serai dititik
- 2 sudu besar ketumbar
- sedikit gula melaka/manisan
- rempah tumis secukupnya garam

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan ayam benar-benar empuk.