Memaparkan catatan dengan label Tips masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips masakan. Papar semua catatan

Khamis, 21 Julai 2016

formula masakan-nasi lemak

nasi lemak 1000 bungkus...moga jadi panduan.. (Nasi lemak rm1)
- beras -55kg
- lada kering. -5kg
-santan pekat -5kg
-ikan bilis -4kg(1 kg utk diblend masuk dlm sambal)
-kacang tanah. -3 kg
- garam - 1kg 1/2 ( utk sambal n nasi)
-gula PAsir -2kg 1/2...( sambal)
- minyak -5kg
-belacan - 3 keping (sambal)
- kiub pati ikan bilis-12 kiub( sambal)
-bawang besar-3 kg
- bawang putih-1kg
-timun-3kg
-daun pandan ( secukupnya)
- kertas pembungkus -10 pack

Jumaat, 19 September 2014

formula makan

nasi putih sorang makan 80gm
ayam kalau rendang potong lah 12 kalau size 1.7 kg..
kalau size 2-2.3kg baru sesuai potong 16..
sebab takut size kecil dan ayam mungkin pecah..

Selasa, 29 April 2014

SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.
untuk supaya sayur2 / ulam hijau tetap berwarna hijau segar walau dicelur air panas- masukkan sesudu garam kasar didalam air yg mendidih

                                              

Selasa, 14 Januari 2014

Tips buat kek

Hari ini saya ingin berkongsi tip-tip dan cara-cara membuat kek yang lebih baik...saya kumpulkan tip-tip khas buat teman-teman buat rujukan dan semuga manfaat buat teman-teman pencinta pembuat kek....selamat menbaca dan fahamkan ya....inshaaALLAH ilmu tidak akan kemana....dengan berkongsi kita membuat seseorang itu hepi dan tanpa disedari kita telah membuat satu ibadah....silakan ..tapi agak panjang tulisannya..inshaaALLAH berbaloi kelak... Ini adalah tip-tip buat membuat kek yang lebih baik….Tip membuat kek tidak semestinya menggunakan bajet yang mahal. Ada kalanya ia boleh menjadikan kek yang dibuat lebih mudah untuk dibuat ataupun lebih cantik dan senang untuk dibuat menggunakan tip. 12 Tip Membuat Kek Biasa 1) Sukat bahan-bahan kering dan separa kering (semi solid) seperti mentega kacang dan fruit preserve menggunakan cawan penyukat yang kering. 2) Jika menggunakan cawan untuk menyukat bahan-bahan yang berbentuk serbuk atau tepung seperti tepung gandum dan serbuk koko, gunakan sudu untuk memasukkannya ke dalam cawan dan diratakan menggunakan pisau. Bahan yang perlu ditekan sedikit ke dalam cawan hanyalah gula perang. 3) Gunakan cawan pengukur cecair yang see through (boleh nampak kandungan di dalamnya seperti bahan gelas atau plastik yang boleh nampak kandungan di dalamnya) untuk cecair seperti madu, susu, air, minyak, mentega cair dan lain-lain. Jangan lupa spray cawan menggunakan cooking spray jika ingin menyukan bahan yang melekit. 4) Air membantu cupcakes masak dan naik dengan sama rata. Tuangkan air ke dalam cawan kosong tin muffinjika anda membakar kurang daripada 12 mufin atau cupcakes di dalamnya. 5) Untuk mengeluarkan brownies atau bar biskut dari loyang dengan lebih mudah dan tak melekat, lapiskan loyang pembakar menggunakan kertas tak melekat (nonstick foil) atau kertas yang telah disembur cooking spray. Hanya perlu angkat keluar dan potong. 6) Ketika menyembur loyang pembakar dengan cooking spray, pegang loyang pembakar anda di atas sinki. Cooking spray yang tersembur keluar akan masuk ke dalam sinki bukannya ke atas lantai anda. 7) Bagi loyang untuk kek coklat, taburkan serbuk koko dan bukannya tepung ke atas loyang. Ini akan mengelakkan tompok-tompok putih pada kek, terutamanya jika kek itu tidak diselaputi aising/frosting. Gunakan scoop aiskrim untuk mengisi loyang/cawan cupcake atau gunakan plastik (1-qt ziptop freezer bag) yang digunting sedikit bucunya dan tekan adunan keluar ke dalam loyang/cawan cupcake. 9) Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan untuk diletak di atas rak penyejuk. Kek bundt perlu direhatkan selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. 10) Kek yang tidak diaising boleh disimpan selama 2 bulan dalam freezer (sejuk beku). 11) Jika anda ingin menghidangkan kek yang besar untuk orang-ramai (crowd), letakkan mangkuk ditengah kek dan trace & potong mengikut bentuk mangkuk. Kemudian potong bahagian bulatan luar kek untuk dihidangkan jadi ia tidaklah terlalu panjang dan terjuntai keluar dari piring kek. Bahagian bulatan kecil tengah itu juga boleh dipotong dan dihidangkan. 12) “Crumb Coat” – iaitu menyapu lapisan nipis aising/frosting pada kek, akan menyenangkan untuk frosting dan mengelakkan kek dari menjadi kering. Semoga anda dapat membakar dan membuat kek dengan lebih mudah lagi dengan tip-tip ini. Tip membuat Kek Yang Terbaik Kek yang anda beli dari kedai selalunya terbaik. Pernahkah anda terfikir bagaimana caranya baker di kedai kek itu membuat kek yang selalu menjadi dan sedap? Rahsianya ialah nisbah (ratio) yang betul pada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek. Kek yang anda ingin buat hendaklah dipastikan bahan-bahan utama untuk membuat kek seperti tepung, telur, gula, dan lemak berada pada tahap yang betul. Inilah rahsianya yang akan membuat semua perbezaan untuk membuat kek yang terbaik. Tepung dan telur untuk struktur, lemak dan gula untuk kelembutan Tepung dan telur memberikan bentuk atau struktur kepada kek. Lemak dan gula pula meruntuhkan atau melemahkan struktur tersebut memberikan kelembutan dan kelembapan. Jika anda memasukkan terlalu banyak struktur binaan iaitu tepung dan telur, kek akan menjadi lebih keras dan kering. Jika kek anda dibubuh terlalu banyak bahan untuk melembutkan dan melembapkan iaitu lemak dan gula pula, kek anda tidak akan set dengan betul dan akan menjadi lembik dan hancur. Untuk mendapatkan kek yang terbaik anda haruslah mempunyai formula atau resepi yang mengimbangi ke empat-empat bahan ini supaya kek anda mempunyai kekuatan struktur binaannya tetapi masih lembut dan lembap. Formula ini tidak perlu diikuti dengan sebegitu tepat, tetapi jika anda lari dari formula nya lebih dari 20%, kek anda mungkin mempunyai masalah. Terdapat 2 set formula: Formula Kek Paun (atau lean cake). Kek paun mempunyai kurang gula berbanding tepung. Formula nisbah tinggi (high ratio). Kek jenis ini mengandungi lebih gula. Peraturan umum adalah bahawa kek nisbah tinggi memerlukan shortening, yang ditambah pengemulsi yang memberi struktur atau bentuk kepada kek. Anda boleh menukar shortening dengan mentega jika mentega itu dipukul untuk memasukkan udara dan ditambah bahan pengemulsi dalam bentuk kuning telur. Sesetengah baker membuat kek dengan minyak zaitun, yang mengandungi pengemulsi semula jadi (mono dan diglycerides). Berikut adalah 3 formula untuk kek nisbah tinggi Kek jenis nisbah tinggi lebih popular dan manis berbanding kek paun. 1) Gula = Tepung Gula dan tepung hendaklah sama berat kedua-duanya atau gula lebih sedikit berbanding tepung mengikut beratnya. Contohnya: 200 g gula dan 200 g tepung atau 200 g gula dan 190 g tepung Berat telur dan mentega hendaklah lebihkurang sama atau telur lebih berat sedikit berbanding mentega. Berat sebiji telur saiz besar ialah kira-kira 50g (tidak termasuk kulit telur). Jika anda menggunakan120gram mentega (atau shortening), anda boleh guna 2 biji telur. Ini adalah kurang sedikit, tetapi peraturan ini adalah fleksibel, dan anda masih dalam lingkungan 20%. Tip Membuat Kek Yang Terbaik 2) Telur = Mentega. Telur mempunyai 2 bahagian: putih, mengeringkan kek yang dibakar, dan kuning, yang membuat tekstur licin dan gebu. Satu kuning telur dari telur yang besar adalah seberat kira-kira 20 gram. Salah satu cara untuk mengimbangi telur dengan lemak dan untuk mendapatkan kek licin ialah menambah kuning telur tambahan. Anda boleh menggunakan sebiji telur dan tiga kuning telur seberat kira-kira 100 gram. 3) Telur + Cecair = Gula Cecair (termasuk telur) haruslah sama atau lebih berat dari gula. Resipi kami kini mempunyai 200 gram gula dan 100gram – 105 gram telur. Untuk mendapatkan jumlah cecair untuk berat lebih daripada gula, kita boleh menambah 115 gram cecair, seperti susu atau buttermilk. Lain-lain Bahan penaik juga sangat kritikal. Jika resipi terlebih naik, gelembung udara akan menjadi terlalu besar, terapung ke atas, dan pop! Kek yang padat dan berat pula akan terhasil jika kekurangan bahan penaik. 1 sudu teh baking powder untuk 1 cawan tepung adalah jumlah yang sesuai untuk kebanyakan resipi kek. Untuk baking soda (yang digunakan jika resipi mempunyai sejumlah besar bahan-bahan berasid), gunakan 1/4 sudu teh soda untuk setiap cawan tepung. Bila anda sudah mempunyai resepi kek yang menjadi, anda boleh menguji dan mula membuat pelarasan pada rasa kek anda. Jika anda suka kek yang sangat moist/lembap, anda boleh bermula dengan 1 telur dan 3 kuning telur. Anda juga boleh menambah gula, atau menggantikan sebahagian atau semua mentega dengan minyak. Minyak menyelaputi protin dalam tepung dengan lebih baik berbanding lemak lain dan akan membuat kek lebih lembut dan moist/lembap. Cuba beberapa kali dengan resepi yang sesuai untuk mendapatkan kek yang terbaik 10 Tip Membuat Kek Terbaik Kek terbaik dan sedap boleh dihasilkan jika mengikut cara yang betul. Ada beberapa faktor penting untuk anda membuat kek terbaik. 10 Tip Membuat Kek Terbaik Kaji resipi. Lihat senarai bahan-bahan dan alat yang diperlukan terlebih dan pastikan anda mempunyai semua peralatan dan bahan sebelum mula membuat kek. Pastikan anda tidak diganggu ketika membuat kek. Gunakan hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti untuk kek anda. Kek mesti sedap dimakan sesedap mata memandang. Mulakan dengan permukaan yang bersih. Sedikit kekotoran yang melekat pada icing yang putih akan mencacatkan kek anda. Susun semua peralatan yang perlu digunakan dalam sebuah dulang kecil berhampiran anda seperti seorang doktor yang ingin melakukan pembedahan di hospital. Ikut resepi langkah demi langkah. Jangan cuba mengubah resepi sesuka hati. Baking adalah sains. Pastikan anda biarkan royal icing dan lukisan (painted details) pada kek kering sepenuhnya sebelum menambah sentuhan terakhir seperti kilauan mutiara, atau tambahan cat emas atau perak. Jika anda melakukan rekaan aising yang rumit yang boleh memakan masa beberapa hari untuk siap, gunakan kek buah-buahan kerana kek span akan rosak selepas sehari. Apabila anda membuat kek perkahwinan atau kek bertingkat untuk majiis khas, anda boleh letakan jenis kek yang berlainan pada setiap tingkat untuk memberikan pilihan kepada tetamu yang datang. Anda boleh gunakan kek coklat, kek lemon atau kek carrot dan bukannya hanya menggunakan kek buah-buahan sahaja untuk setiap tingkat. Ia mungkin lebih menarik dengan cara ini. Jangan berputus asa jika kek tidak menjadi pada percubaan pertama. Teruskan cubaan anda, praktis dan pengalaman adalah rahsia untuk kejayaan. Sudah tentu ia membantu jika anda secara semula jadi berseni. Amalkan 10 tip membuat kek ini dan diharap anda akan dapat membuat kek idaman anda menjadi sedap dan kek terbaik. 15 Tip Memilih Bahan Untuk Membuat Kek Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek boleh memberikan hasil yang berlainan untuk kek yang anda buat. Kek yang menjadi dengan elok atau tidak bergantung kepada bahan-bahan. - Bahan-bahan yang perlu haruslah mengikuti 15 tip berikut: 1. Bahan-bahan untuk membuat kek perlu berada pada suhu bilik (bolehlah dikeluarkan dari peti sejuk kira-kira 60-90 minit sebelum bahan-bahan ini diperlukan). 2. Bagi mengetahui samada telur yang anda gunakan itu segar atau tidak, letak telur dalam sebuah mangkuk yang berisi air. jika telur tenggelam, telur itu segar. Tetapi jika telur tersebut terapung atau berdiri di atas satu hujungnya ini jelas menunjukan telur tersebut tidak lagi segar. 3. Telur biasanya bermakna telur Gred A atau telur saiz besar. 4. Susu biasanya bermaksud susu homogenized. 5. Anda boleh menggantikan susu dengan yogurt atau krim masam, untuk mendapatkan tekstur kek yang berbeza. 6. Untuk menggantikan buttermilk anda boleh mencampurkan 1 sudu teh cuka untuk setiap cawan susu homogenized dan kacau. 7. Untuk mendapatkan timbangan yang paling tepat, gunakan alat penimbang digital. 8. 1 biji besar putih telur = 37 gram, 1 biji besar kuning telur = 20 gram. Telur boleh dipisahkan antara putih dan kuning ketika sejuk. Putih telur paling baik dipukul ketika berada pada suhu bilik atau tidak sejuk. 9. Putih telur yang dibekukan hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk pada malam sebelum anda memerlukannya. 10. Untuk hasil terbaik, menggunakan ekstrak vanila tulen. Jangan takut untuk menggandakan kuantiti vanila. 11. Telur yang baru dikelurkan dari peti sejuk boleh dibawa ke suhu bilik dengan cepat dengan merendam keseluruhan di dalam semangkuk air suam (bukan air panas!) selama 30 minit. 12. Mentega yang baru keluar dari peti sejuk pula boleh diturunkan ke suhu bilik dengan cepat, dengan cara memotongnya menjadi kiub-kiub kecil dan diletakan di atas pinggan selama kira-kira 15 minit. 13. Semisweet Chocolate = Dark Chocolate. Dan Bittersweet Chocolate = Extra Dark Chocolate. 14. Semisweet chocolate & Bittersweet Chocolate boleh ditukar-tukar kegunaannya. 15. Gunakan mentega tanpa garam untuk resipi kek melainkan dinyatakan sebaliknya. Untuk mendapatkan kek yang menjadi dengan baik gunakan tip dan panduan memilih dan menyediakan bahan-bahan ini.

Tips pekat kuah

Hari ini saya hendak berkongsi cara-cara untuk memekat kuah untuk sesuatu resepi, yang saya kumpulkan dan berguna untuk kita ketahui dan berkongsi…setelah membaca dan mencobanya… Oats (Quaker Oats)untuk memekatkan Masakan Sup Kambing tapi tidak boleh letakkan banyak agak2 sukatannya..kerna selepas sup itu sejuk ia akan berketul2 jika dimasukkan terlalu banyak kelak.Bukan sahaja pekat tetapi ia terasa lemak manis…(y) Tepung jagung perlu dicampurkan dengan sedikit air – untuk memekatkan kuah atau sos… Carageenan sejenis agen pemekat karbohidrat yang dihasilkan secara semulajadi daripada didihan rumpai laut. Ada kata kalau nak mendapatkan kuah asam pedas pekat masukkan air asam jawa sikit2 pastu kacau baru masukkan ikan dan biarkan seketika, pastu baru masukkan air lagi..sedikit demi sedikit Ada petua mengatakan ,” *kalau nak masukkan air plak,saya ikut petua org bagi...masukkan air dalam bekas air asam jawa tadi..walaupon asam jawa hanya tinggal bijik sahaja,..*” Kadang-kadang makanan berkuah yang dimasak agak cair dan tidak pekat.n. Untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat, tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan. Potongkan beberapa biji tomato dan kisar dengan sedikit air. Masukkan air tomato ke dalam tomyam anda. Tomyam bukan sahaja sedap, malah warnanya juga berseri dan menarik. Anda juga boleh masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kadangkala kita terbubuh air sehingga sup menjadi cair.Bagi memekatkan supnya, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek..ini juga tergantung pada resepinya..ie Mee Rebus , kuah kari(kerna masak masukkan kentang jadi sesuai juga) Gunakan secukup tepung lentil (sejenis dal) atau kacang pis yang boleh dibeli dari kedai-kedai menjual makanan sihat. Campurkan bahan ini dengan sedikit air untuk dijadikan pes, kemudian tambahkan air sedikit-sedikit hingga ia cair dan masukkan ke dalam sup sambil kacau agar ia tidak bergentel. Renehkan sup anda hingga mendidih. Seperti tepung lain, sebaiknya anda gunakan bahan ini secukupnya supaya sup anda tidak terlalu pekat.**Jika sup anda jenis merah, anda boleh gunakan pes tomato untuk memekatkannya. Pes tomato juga boleh menambahkan rasa enak sup anda. Anda juga boleh gunakan sayur-sayuran yang dicencang hingga lumat dan campurkan ia dengan segenggam lentil atau barli bagi tujuan yang sama. Bagaimanapun bijirin ini hendaklah direbus bersama-sama daging di peringkat awal memasak sup supaya ia benar-benar empuk. Jika anda tidak suka kekacang atau bijirin, gantikan ia dengan kentang rebus yang sudah dilecek hingga lumat atau gunakan saja tepung kentang. Tentu sup anda akan terasa lebih lemak dan enak. Sesudu besar mentega kacang yang dicampurkan ke dalam sup bukan saja boleh memekatkannya malah meningkatkan lagi rasanya. Jika anda ada saranan mari kita berkongsi ilmu dan berikan komen2nya…

tips masak sambal

tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap... Ini tips-tips yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya..!!!Selamat membaca…..jika ada tips2 dari teman2 sharelah juga ya..jika lain dari yang lain… Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih perisa sambalnya... Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan… Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal. Elakkan menggunakan cili boh kerna ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2 garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.) Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan minyak akan menjadi caremalize.Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!Kemudian masukkan air asam,garam dan air secukupnya… kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin... kalau sambal sotong masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa... kalau sambal udang masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam jawa... kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah.... goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cm dah layu... angkat... then baru tumis lada kering agak2 dah masak baru masuk n air asam gula garam and ikan blis ngan bawang tadi. kadang2 saya tumis tomato dadu dengan belacan skit kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik kalau sambal tumis udang, saya blend udang kering skit dengan cili kering tu petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-2 masakan yg perlukan cili, ie, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…