Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2016

sambal ikan bakar

RESIPI PES IKAN / SEAFOOD BAKAR :
15-20 tangkai cili kering ( blender asing )
( BAHAN B ) - Semua diblend skali
3 biji bawang besar
2 biji tomato
10 biji bawang putih
1 inci belacan ( agak2 )
4-5 sudu air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil bahan perasa
3-4 sudu kecil gula
Cara Masak :
Tumis Cili Kering Yang Dah Diblend Dengan Minyak Sampai Naik Bau Atau Cili Dah Pecah Minyak . Masukkan Bahan ( B ) Yg Diblend. Masak Sampai Naik Bau. Perasakan Dengan Air Asam Jawa, Gula, Garam, Bahan Perasa. Masak Sampai Pes Kering.
Tip : Kalau Nak Bungkus Ikan / Seafood , Tabur Daun Ketumbar @ Daun Limau. Nak Lagi Sedap Balut Dgn Daun Pandan.
================================
RESIPI SAMBAL KICAP :
Racik Halus Bawang Besar,Tomato, Cili Padi,Cili Merah. Masukkan Kicap Pekat, Kicap Cair, Kicap Sotong/Ikan, Gula,Bahan Perasa. Gaul Dengan Air Panas. SIAPPP
================================
RESIPI AIR ASAM SPECIAL :
Racik Halus / Mayang Bawang Besar, Tomato, Cili Padi & Cili Merah. Masukkan Dalam Mangkuk Asingkan. Blenderkan Cili Padi, Cili Merah, Tomato, Belacan, Air Asam Jawa, Garam, Gula & Bahan Perasa. Macam Buat Sambal Belacan Tu. Pastu Bahan Yg Dah Hiris Dan Diblend Tadi Campur Skali. Baru Dapat Air Asam Pekat Likat.
Extra : Kalau Nak Buat Air Asam Kerisik. Cuma Tambahkan Kerisik & Santan.

Ahad, 27 Mac 2016

samba serbuk cili pisang

samba serbuk cili pisang


Yg ni lak serbuk yg saya blen..serbuk cili cap motokar dlm stngah cwan + gula stngh cwan+garam 1 sudu kcik blen kring n halus..yg ni untuk skli blen la..lau nk buat bnyk ulng jer lgkah yg sama..

sos popia



ssalamualaikum..
Bismillahhirahmanirahim..
Seperti yang dijanjikan saya bagi resepi popia salut sambal Exlusive resepi dari saya:
Anda boleh olahkan popia sayur atau boleh juga buat crabmeat popia atau fish finger popia.
Bahan sayur : Taugeh, kobis,sengkuang carrot, bawang besar yg lain terpulang anda boleh tambah sendiri. SEMUA BAHAN DICUCI BERSIH DAN DITOS SELAMA 2 JAM. atau boleh guna KITCHEN TISSU untuk serapan air.
Resepi SoS salutnya saya bg resepi untuk 1 kg gula yea nanti kalau nk buat sikit pecahkan nisbahnya..
Saya tak pernah buat sikit ini yg paling minimum sukatan yang saya buat. Jangan kecamm hakak!!
100g cili kering pedas
150g cili kering tak pedas
2 labu bawang putih
50g udang kering
SEMUA DI BLANDER air jgn bnyak cukup untuk gerakan mesin sahaja.
1kg gula
30g garam
3\4 cawan cuka
‪#‎SEMUA BAHAN DIREBUS BUKAN DITUMIS! 
Bila dah mengelegak masukan 50g udang baring a.k.a udang geragau.
 
Bancuhkan 2 sudu tepung ubi utk pekatkan kuah.
Selamat menyalut popia
# Popia digoreng exra garing ye tp.bukan hangit baru kekal rangupp
Bahan tabur :
Kacang tumbuk,bijan sangai,daun sup bawang goreng. (bahan tabur optional)






Sos popia

Cili kering semangkuk kecil
Rebuskan hingga lembut
Kisar cili hingga hancur
Tapiskan cili dgn penapis
Ambil patinya..yg biji2 tu buangla ok

Masakkan cili
Masukkan secawan besar sos cili apa2 jenispun tak pe
Contoh kimball dlm paket atau sos cili life
Masukkan 2 cwn gula
Perasakan garam

Masakkan hingga sos pekat
Gunakan api yg kecil
Sentiasa kacau

Bolehlah salut pada popia

Sabtu, 26 Mac 2016

sambal

Sambal
3 kg lada kering blend ngan 1500ml myk terpakai
11/2kg gula...kurangkan klu x suka manis...
250 g garam....
1 cawan aji
1 cawan air asam pekat.
1 kg bawang besar blander halus.
1 kg bawang besar dimayang nipis.

Masuk semua skali dlm kuali

Rabu, 2 Mac 2016

kuah rojak

kuah rojak my mum Ena Serumpun Emotikon wink
bahan2:
200 gram cili serbuk
1kg gula
1/2 kg gula merah
1 bekas kecil otak udang
100 gram belacan (digoreng tanpa myk sehingga garing kemudian ketepikan)
garam secukup rasa
kicap pekat
kacang tanah & bijan (disangai)
cara2:
1. campur cili serbuk, gula, gula merah & garam, kemudian bancuh dengan air panas yg batu didihkan sebanyak 1.5 liter. kacau sehingga hancur
*MESTI BANCUH DGN AIR PANAS YG DIDIH
2.kemudian masak di atas api dengan api yg pelahan sehingga agak pekat.
3. kemudian masukkan otak udang dan kicap pekat, belacan.
*Kicap pekat ikut secukup rasa, lagi byk lgi pekat warnanya.
4. kacau sehingga kuah rojak agak pekat.
*bijan & kacang goreng boleh ditabur selepas kuah sejuk @ semasa nak dimakan.
* kalau ingin tambah pedas boleh tambah cili padi @ serbuk cili Emotikon wink

Ahad, 17 Januari 2016

sambal ayam penyet

nasi ayam penyet - sambal meletoopppp!!! 
rasa geram bila beli nasi ayam penyet, yang diberi sambal belacan biasa... sambal ini kegemaran saya untuk nasi ayam penyet....pheeewww
bahan:
semangkuk kecil ikan bilis dibersihkan
3-4 sudu belacan
15 biji cili merah dipotong kasar*
15 biji cili kecil hijau*
3 biji tomato dipotong empat*
15 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
2 sudu gula
1/2 ketul gula melaka
sedikit perahan air limau nipis
sedikit garam
cara:
1.panaskan sedikit minyak.
2.goreng ikan bilis + belacan. angkat. ketepikan.
3.goreng bahan * hingga layu. angkat ketepikan.
4.tumbuk/kisar kasar kedua dua bahan goreng tadi.
5.panaskan minyak. goreng bahan tumbuk/kisar.
6.kawal api dan sentiasa kacau.
7.masukkan gula putih + gula melaka + garam.
seimbangkan rasa.
8.masukkan perahan limau nipis.
9.goreng hingga pecah minyak dan betul betul
 
masak.
10.tutup api. ketepikan sedikit supaya minyak boleh
 
turun (cara buang minyak berlebihan).


acar buah

Acar Ikan Masin
Kepada yg nak mencuba...
Saya copy dan paste semula.

Kalau nak cuba mcm yg saya buat, macam resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka. 
Anggaran ya..
Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong)- rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
Lobak asin ~100gm potong kecil2
Bawang merah 8 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia dihiris memanjang
Cili padi 20 biji
Kismis (raisin)
Bhn blend:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar
1 sudu besar serbuk kari daging
Cuka 1 1/2 cawan
Gula 1 cawan
Garam jika perlu
Cara2nya:
Rebuskan bawang merah, bawang putih (kedua2nya dibelah 2 atau 3) dan halia (hiris memanjang)- didalam cuka (saya tak tambah air didalam cuka)- dlm 5minit dan tutup api. Biarkan.
Sementara itu, gorengkan ikan masin yg telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Dan angkat.
Dengan minyak yg sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh yg telah diblendkan kesemuanya sehingga naik minyak.
Masukkan 1 sudu besar serbuk kari dahing dan tumiskan lagi sehingg naik minyak.
Setelah naik minyak, masukkan bahan2 yg telah direbus dengan cuka tadi. Masukkan cuka2 sekali dengan bahan rebusan tadi.
Imbangkan masam cuka dengan gula (saya gunakan gula merah, gula putih pun boleh)
Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau2 sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau2 dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka lauk ini.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!




Resepi Acar Buah( 5kg):
kredit : Adnilsam Apat
8-10 jenis buah berlainan jenis
100gm cili kering*
100gm rempah kari ikan
17 ulas bawang putih( sebiji2)
17 ulas bawang kecil( sebiji2)
30 biji cili api
1 botol besar sos cili
Gula 
3 cawan minyak masak
Bahan yang bertanda (*) digoreng tanpa minyak dan di mesin kering hingga halus..
CARA MEMBUATNYA:
1.Tumis Bawang putih, bawang merah, cili api dan cili kering kisar tadi sehingga mendidih...
2.Kemudian masukan rempah kari ikan dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit.. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sos cili..kacau lagi..
3.Masukan halia jeruk kemudian kacau sehingga sebati..
4.Masukan buah-buah jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk..

5.Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut dan kacau sehingga sebati. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api.Kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya..Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan.