Memaparkan catatan dengan label Resepi pencuci mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi pencuci mulut. Papar semua catatan

Ahad, 11 November 2018

Resepi pisang goreng rangup



Bahan-bahannya :
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur
air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara penyediaannya :
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

 Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel




Rabu, 13 September 2017

Resepi ais krim kelapa

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Sya guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tambah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan ~ di simpul


Cara-cara

1) Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk

2) Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar.


3) Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.


4) Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!

5) Tuang dalam bekas atau loyang aluminium.sya letak dalam loyang buat roti dan Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.


6) Bila dah keras bolehlah di hidangkan


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Rabu, 22 Februari 2017

Resepi Nona Manis




Bahan A
1 cwn santan
1 sb tpg gandum
Sedikit garam
*Panaskan sampai pekat
*tutup api

Bahan B
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
*Panaskan sampai pekat & berkilat
*tutup api

Bahan C
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
*campur & gaul sekata
1biji telur
-Campur bahan C+B
-Masukkan telur ke dalam C+B & kacau rata
-Masukkan Bahan A (putih) ke dalam botol sos/piping beg
-Masukkan Bahan Hijau dlm bekas acuan (masuk separuh je)
-Piping A ke dalam body yg hijau (piping di tgh2)
**Kukus selama 10-15minit
**Siap

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Selasa, 10 Januari 2017

Resepi bingka ubi kayu


                          

Bahan-Bahan:
4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan gula pasir ikut suka manis
4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan -ganti butter cair lg sedap
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 sudu makan minyak plnta pun bo untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
Campurkan semua bahan hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
Sejukan baru dipotong.
#jika ada yg suka gula merah bole gantikan tanpa pewarna kuning
tambah gula merah bersama gula putih ..ikut suka manis nya ..##

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Ahad, 4 Disember 2016

Resepi wafer



Bahan-bahan 
2 cwan tpung gandum
½ sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
½ sdt garam
250ml freshmilk.. Klu xde guna air biasa pon boleh..sdap gebu jgk
1 bj telur
¼ cwan mnyk

Cara-cara
Blenderkan sume sampai gebu.. Cha guna whisk je.. Kcau lelaju..


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi tart telur




Bahan untuk pastri
-150 gram tepung gandum
-90 ml susu segar
-secubit garam
-125 gram butter

Bahan untuk filling
-250 ml susu segar 
-50 ml whipped cream (sepatutnya dairy tp sy guna non dairy)
-2 biji kuning telur
-1 sudu besar tepung jagung
-40 gram gula 
-sedikit esen vanila

Cara-cara
-potong butter nipis2 dan sejukkan dalam 15 minit.
-satukan tepung gandum, susu dan garam ke dalam bekas & gaul sebati hingga jadi doh. Sejukkan dalam 15 minit.
-uli doh yg disejukkan & leperkan sehingga muat untuk balut butter. Balut butter & simpan dalam peti sejuk.
-giling doh & lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
-ulang proses sebanyak 3, 4 kali.
-giling doh pastri & gulungkan lalu potong kepada 14 bahagian.
-leperkan 1 per 1 doh yang dipotong & masukkan dalam muffin tray. 
-tuang filling & bakar dalam suhu 170deg selama 30 minit/ ikut oven masing-masing.

Filling
-satukan semua bahan dalam periuk & masak dengan api kecil hingga pekat.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel


Selasa, 1 November 2016

Resepi kuah rojak buah




bahan2: 

200 gram cili serbuk 
1kg gula 
1/2 kg gula merah 
1 bekas kecil otak udang 
100 gram belacan (digoreng tanpa myk sehingga garing kemudian ketepikan) 
garam secukup rasa 
kicap pekat kacang tanah & bijan (disangai) 

cara2: 

1. campur cili serbuk, gula, gula merah & garam, kemudian bancuh dengan air panas yg batu didihkan sebanyak 1.5 liter. kacau sehingga hancur * MESTI BANCUH DGN AIR PANAS YG didih 

2.Kemudian masak di atas api dengan api yg pelahan sehingga agak pekat. 

3. kemudian masukkan otak udang dan kicap pekat, belacan. * Kicap pekat ikut secukup rasa, lagi byk lgi pekat warnanya. 

4. kacau sehingga kuah rojak agak pekat. * bijan & kacang goreng boleh ditabur selepas kuah sejuk @ semasa nak dimakan. * kalau ingin tambah pedas boleh tambah cili padi @ serbuk cili 




 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi kuah rojak buah ke-2



Bahan2 untuk kuah rojak:
cili kering di blend ( ikut suka nak pedas mcm mn ) tapis untuk buang biji
sekeping belacan dibakar ( agak2 Rm1 )
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
1 cawan kicap pekat manis
sedikit asam jawa
sedikit tepung gandum ( bancuh dgn air ) sebagai pemekat
bijan ataupun kacang tanah di goreng tanpa minyak



caranya:
------------
1. Masak cili kering blend dengan belacan hingga agak kering/pekat
2. Bila dah agak pekat, masukkan gula putih/merah/kicap dan asam jawa
3. bila dah cukup pekat masukkan tepung gandum, msk lg hingga tanak.
4. bila dah tanak bolehlah bubuh kacang tanah yg ditumbuk kasar2 ataupun bijan


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Resepi bingka jagung



RESEPI BINGKA JAGUNG MBR🌽🌽🌽
(Resepi Bingka terhot..terbesar pecahkan Rekod National..tengok memang simple..cer buat berdua nak tau terkehel @ tak nak cukupkan 1 tan 400kg dlm masa 2 hari - staff 5 org shj)
===================================
Bingka Jagung( loyang 10 inci x 10 inci x 3 inci)
Bahan - bahan :
( A)
500 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar margarine
500 ml santan pekat ( gred B) / santan kotak
1 liter air
6 biji telur gred " A"🐓🐓🐓
2 @ 1 tongkol isi jagung🌽🌽🌽- yg dah direbus pun boleh @ Setengah tin sweet corn
(B)
1 tongkol isi jagung 🌽🌽🌽segar
Sedikit pewarna kuning lemon + egg yellow
Sedikit perasa kordial jagung " Double Lion"
(klu tak buh kordial pun boleh..klu buh lagi bau wangi)
Caranya:
1. Satukan semua bahan A..Kisar sekejap. Buh pewarna & kordial jagung.
2.Sapu loyang dgn majerin, klu nak lapik dgn kertas " parthment paper" pun boleh.
3. Tuangkan kedlm loyang & buh isi jagung tongkol atas permukaan..kacau kasi sebati.
4.Bakar dlm oven suhu 160 C selama 1 jam 20 minit.( 1 jam bingka dah masak..kasi lebih sikit supaya garing)
5.Sejukkan..lepas 3 jam baru potong..emmmm sedap..sedap...cepat buat..

Kredit: Chef Asma

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi satay ikan/lokcing


Bahan-Bahannya:

(*)250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat
(*)100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
(*)1/2 biji bawang besar – dikisar
(*)1 sudu kecil garam
(*)1/2 sudu teh serbuk perasa
(*)1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas 

(*)Cili kering secukupnya – kisar lumat
(*)4 ulas bawang putih – dikisar lumat
(*)1 ½ cawan air
(*)1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
(*)4 sudu makan gula atau secukupnya
(*)½ sudu makan garam
(*)Sedikit serbuk perasa
(*)Sedikit pewarna merah
(*)lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja
Cara Membuatnya ialah:
Buat Lockching 

(*)1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

(*)2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat

(*)3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
(*)4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
(*)Tip: kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.
Buat Sos 
(*)1. Tumiskan bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
(*)2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
(*)3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(*)4.Untuk jadikan sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan diatas.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel




Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi bingka roti


Bahannya:
5 keping roti putih
3 cawan santan /susu segar/susu cair
2 biji telur
3/4 cwn gula pasir (boleh kurang 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar marjerin
Caranya:
Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan, tekan sikit dengan sudu bagi roti terendam
Sementara tu kita blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur,gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat cukup sekadar sebati semua
Blender sebati bahan tadi
Tuang bahan blender dalam roti yg terendam dan kacau rata semua
Loyang ( 8'x8') sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingkaboleh guna juga sapu minyak / marjerin elak lekat.
Tuangkan adunan dalam loyang
Oven panaskan dulu dlm 8-10 mnt. Bakar dalam oven 180 degree (oven kecil 170 degree) selama 45 mnt - 1 jam . Kalau suka permukaan atas garing sambung bakar hingga 1 jam.
Dah siap baru keluar dari oven.sejukkan dlm 2-3 jam baru potong

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi yogurt aiskrim



Bahan
250gm Plain Yogurt
250gm Dairy Whipping Cream
250gm Non Dairy Whipping Cream
200gm Susu Pekat Manis
2sdb perahan jus lemon
200gm Filling Mangga
2 biji Buah mangga (potong dadu)
200gm Filling Kiwi
4biji buah kiwi (potong dadu)
Hershey's Coklat
Coklat parut
Hershey's strawberry
250gm Buah strawberi (potong 8)
Cup secukupnya
Cara-cara
1. Pukul Non dairy whipping hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul Dairy whipping cream hingga kental.
3. Satukan non dairy whipping cream dengan whipping.
4. Masukkan plain yogurt, jus lemon dan susu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam paiping bag.
6. Paipkan adunan dalam bekas layerkan dengan filling mangga / filling kiwi / hershey's coklat / hershey's strawberi.
7. Buat beberapa lapisan antara yogurt dan filling.
8. Akhir sekali paipkan Filling dan hias dengan buah segar atau coklat.
9. Simpan dalam chiller k

Selamat mencuba 

Baca perkongsian travel disini: 
https://pearladytravel.blogspot.com/
#stay safe, keep travel








Sabtu, 27 Ogos 2016

Resepi kuih lapis


bahan-bahan
2cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
1cawan gula
3cwan santan saya guna santan segar
2 cawan air
Blender semua bhn tapis bahagi 2 yg putih ltk garam skit bg naik lemak, yg satu lg letak warna ros yg buat air sirap kukus selapis 5minit yg lapisan akhir sekali kukus 10minit...

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi karipap mudah



Bahan-bahan
1 kg tpg gandum baker choice (boleh guna jenama lain)
3/4 cawan minyak masak
3 sudu butter blend @ majerin
2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air (tak perlu habiskan semua jika doh telah cantik)
Minyak masak untuk mengoreng
2 sudu besar shortening untuk goreng
Kaedah penyediaan :
Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan .
Panaskan minyak masak biar panas betul baru letak butter. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah di ayak. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk menggebuskan karipap.
*utk buat frozen, saya bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 10 minit. Tunggu sejuk dulu dan simpan dalam tempat dingin beku, Bila nak goreng, keluarkan dan nyahbeku, kemudian boleh goreng dalam minyak panas seperti biasa.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Ahad, 31 Julai 2016

Resepi kuih cara


bahan-bahan
1 cwn tpg
1 cwn santan + 1 cwn air pandan (3 helai daun pandan blen dgn 1 cwn air)
1 bj telur...secubit garam
Sedikit gula pasir...
Pewarma hijau..@ikut suka


CARANYA..
Blend semua bahan..( kecuali gula)...hingga halus...
Panaskan acuan cara..sapukan sedikit minyak..guna api kecil shj..Tuang tiga suku penuh adunan...letakkan sedikit gula...dan tutup..
Adunan sedikit mengelembung bila masak...

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Resepi jelly kelapa


Bahan-bahan:
4 Biji Buah Kelapa
20g Agar-agar
2 Liter Air Kelapa
2 Liter Air Masak
500g Gula (2 cawan)
Isi kelapa

Cara-cara
Masak agar-agar dengan 2liter air biasa selepas cair agar-agar masukkan gula, selepas cair gula masukkan air kelapa. Isi kelapa aturkan sikit2 dlm bekas kecik2. Siap... masuk dalam peti ais. Pastu ngap...
Dapat 50 bekas


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel