Memaparkan catatan dengan label Western food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western food. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2016

black pepper sos






kuah black pepper versi kakak saya yang ada kedai westren food. Sangat sesuai bagi anak anak dan keluarga makan.
Bahan Bahan ( A )
2 Biji Kentang
2 Batang Lobak Merah
1 Biji Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
2 Batang Daun Saderi
Bahan Bahan ( B )
Lada Hitam
Kicap Pekat
1 Kuib Ayam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak
Cara cara memasak.
Rebus semua bahan bahan (A) berserta kulit ( cuci sebersih dan sesuci hati yang diyakini ). Selepas empuk sejukkan dan kisar semua bahan bahan tersebut bersama sama Lada hitam ( Nak pedas letak banyak,Tak nak pedas letak sikit ) dan air rebusan tadi.
Masukkan kesemua yang dikisar ke dalam periuk, Dengan Api yang pelahan. Selepas itu masukkan Kicap pekat,Kuib ayam,minyak masak biarkan selama 30 minit and garam dan gula secukup rasa dan siap dan selamat menjamu selera.

Selasa, 19 Januari 2016

Sos pasta/piza/lasagna

Sos pasta/piza/lasagna
1) 7 biji bawang besar dipotong dadu. 1 labu bawang putih dicincang. Tumis hingga lembut dan lutsinar.
2) Masukkan 5 helai daun bay, 3 sudu besar herba campuran dan 15 biji tomato ranum yang dipotong dadu. Reneh hingga tomato lembut dan hampir hancur. (*Boleh masukkan ayam cincang atau daging cincang jika mahu)
3) Kisar 3 biji lobak merah, 5 batang celery dan sebiji epal hijau hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati.
4) Tambah setin puri tomato jika mahu. Boleh juga tambah hirisan cendawan butang atau shiitake.
5) Reneh hingga pekat lebih kurang sejam (api perlahan). Perisakan dengan garam, sedikit gula dan lada hitam selepas api dipadamkan.
* Pastikan benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk.
** Jika tidak ditambah ayam atau daging cincang semasa proses memasak, boleh ditambah kemudian semasa mahu panaskan sos untuk dimakan dengan pasta.

Sabtu, 12 Disember 2015

KFC Chicken homemade

KFC Chicken homemade? Yep! And It's finger lickin better Emotikon smile
Ingredients: serves 6
FLOUR MIX
2 cups plain flour
1 tsp salt & pepper
1 tsp dried basil
1 tsp ground chilli
1 tsp ground paprika
1 tsp garlic powder
1 tsp dried sage leaves
1 tsp dried oregano
1 tsp onion powder
EGG WASH
1 cup buttermilk
1 egg
4 large chicken breasts
Vegetable oil for frying

Khamis, 20 November 2014

mayonis

RESEPI MAYONIS DAPURKU
2 biji telor (saya guna putih+kuning)
1 sudu jus limau nipis (belakang rmh) sbb jus lemon tak de)
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bhn2 diatas dipukul - saya guna mixer.
Pukul hingga gebu, pukul lama sikit.
Kemudian masukkan 
150 ml minyak (lebih kurang 3/4 cwn) sedikit2 hingga habis (proses yg ni sya guna blender)
Blend lama sedikit hingga pekat dan kental.
Akhir sekali saya masukkan 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
Simpan di dlm apa2 bekas, sejukkan dulu baru di simpan dlm peti sejuk.
Dpt 3/4 botol Prego sauce yg kecil jer.

kuah yong tau fu

RESEPI SOS PEDAS ( MERAH)

Bahan-bahan : -

20 biji cili merah - ( Dikisar )
1 cawan air
2 sudu besar bijan
2 sudu besar kacang tanah - ( Ditumbuk )
1 sudu besar tepung jagung - ( Dibancuh dengan sedikit air )
Cuka
Garam dan gula ( secukup rasa )

- Masukkan air dlm periuk dan biar mendidih
- Masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- Masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- Sebelum hidang, tabur bijan dan kacang tanah yang ditumbuk tadi.

 RESEPI SOS MANIS (HITAM)

Bahan-bahan : -

200gm taucu ( Dikisar )
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar tepung jagung ( Dibancuh dengan sedikit air )
Gula secukup rasa

- Panaskan minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- Masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- Akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tepung jagung dan kacau sebati..

Jumaat, 19 September 2014

pizza

resepi pizza dough
1 kilo tepong gandum 
1 sudu sup yis @ 11 gram
3 sudu besar majerin pelangi @ buter @ ½ cup olive oil @ soya oil
1 sudu besar gula
½ sudu teh garam
1 sudu besar oregano
1 sudu besar parmesan cheese
air secukupnya, bergantung pada kualiti tepong
uli sebati hingga ianya tidak melekat pada tangan atau hingga yis betul2 hidup,

berat sebijik dough pizza 300 gram,

mother sauce

MOTHER SAUCE @ DEMI GLAZE, 
bahan utama ialah, segala mak nenek tulang menulang, tulang ayam, tulang lembu, nak buh daging lembu pon boleh, batang sup carrot dan bawang besar, kita bakar sama dia........ lebih kurang 3 jam pada suhu oven 200 atas bawah, kasi rentung sama dia kikikiki, next step akan 
saute bawang besar, carrot dan batang sup, kalau boleh guna minyak tu
yang yg dibakar td sampai wangi...masukkan pes tomato n masukkan bay leaf @ daur briani kering n masukkansemu tulang yg dibakar td n ampur sedikit benda ni, kacau sebati dulu dgn air baru masukan dale periuk tlang td, yg ni penambah rasa n tambah air sampai penuh, dan rebuskan dia sampai air tinggal separuh, lebih kurang 5 jam paling lama. n sekarang ,ada untuk tapis buang tulang menulang td n guna penapis lubang besar dulu pastu baru guna yg lubang kecik, pastika tiada sisa2 n estkan bg dia sejuk atau suam n bancuh tong dgn air, tepong gandum dibakar dgn oven dulu sekejap n  
tapis dulu tepong supaya tiada ketul2 n last , masukan pelan2 tp kacau laju2 jika soso td masih panas,mjika tidak tepong ni akan jd ketul2 masak, tp jgn panik jika ada tepong ketul2. tgu ia sejuk blender je kikikiki, don panik , aku kaji doh semua ni, asal nok siap sos 2 hari aku boleh kuarangkan pada 5 jam sahaja, always thingking what ever u do hahahha..siap

ambik minyak yg keluar, tumis bawang tadi.masukkan pes tomota..tulang rebus..biar sejuk masukkan tpg gandum n tapis

SOS PIZA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 3 sudu besar minyak zaitun (olive oil kalau ada) minyak biasa pun boleh juga. Tujuannya tak bagi butter terbakar.
- 1 sudu besar butter (kalau tak ada pakai majerin pun boleh..
- 1/2 cawan bawang (kuning) dicincang.
- 1/4 cawan celery cincang (1 batang).
- 2 ulas bawang putih dicincang.
- 1 cawan sos tomato.
- 3/4 cawan tomato puri.
- 2 sudu besar cheese parmesan kalau adalah guna 1-2 keping cheese cedar pun boleh.
- 1 sudu kecil daun herba oregano.
- 1 sudu kecil daun basil kering (flake).
- 1 helai daun kecil bay leaf atau daun salam.
- secubit serbuk lada hitam yang kasar.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 sudu kecil biji jintan putih.
- 1/2 sudu kecil garam.
CARA MASAK:
1. cairkan butter dan masukkan minyak. Masuk bawang putih, bila baunya naik masukkan bawang cincang..layukan bukan garingkan yea..masakan mat salleh semua main layu bawang..masakan mamak garingkan bawang. Pasal itu kita kena guna bawang kuning bau dia tak kuat.
2. Masuk sos tomato dan pes puri tomato. Didihkan.
3. Bila dah mula didih masukkan ke semua bahan-bahan itu. kecilkan apai dapur dan reneh selama 30 minit. Kita nak kurangkan kandungan air dan jadikan pes itu pekat. Bila siap keluarkan daun bay leaf.
4. Sos piza dah sedia.