Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Februari 2017

Kek gula hangus @sarang semut-resepi pertama


bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
.
Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari. Anda ibu menyusu? Klik sini

Cara-Caranya
.
• Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
.
• Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.
.
• Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan .
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

• Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
.
• Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
.
• Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
.
• Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
.
• Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 mini

Selasa, 1 November 2016

Kari ikan

Resepi kari kepala ikan untuk satu kawah ni,
1 kg bawang besar ( 1/2 dimayang , 1/2 lagi diblend)
200 gm bawang putih( 100 gm dimayang 100gm diblend)
1 kilo rempah kari ikan Baba's 
150 gm serbuk cili Baba's
1 kg tomato biji (1/2 diblend , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campor
1kg minyak untuk menumis
3 kg santan pekat 
500gm asam jawa 
10 kg ikan
Sayur2an

Caranya:
Panas kan minyak
Tumis bwg2 , halba campor dan daun kari
Bila wangi masukkan rempah kari yg dicampor air yg banyak ( 4 liter ) bawang dan tomato yg diblend
Masak hingga pecah minyak , perlahan kan api
Masuk lah santan air asam , garam , sedikit gula , dan ikan ,rasalah secukupnya 
Akhir sekali masuk lah sayur2an

Sabtu, 27 Ogos 2016

resepi serbuk perasa home made

Serbuk perasa homemade

 
 
bahan-bahan
Ikan bilis 500gram ,
pelbagai jenis rempah 10gram setiap satu ( kayu manis ,lada hitam ,jintan manis, jintan putih, ketumbar ,lada hitam ,
udang kering 100 gram ,
tepung jagung 200g ,
Garam 10 g ,
Gula 20gram
bawang putih 8 ulas ,
Semua disangai dan dikisar jadi serbuk .
Simpan dlm peti sejuk


Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari.Anda ibu menyusu? Klik sini

Ahad, 31 Julai 2016

kek lapis horlick

Kek Lapis Horlick
10 biji telur Gred A
450gm mentega
160gm gula kastor
240gm tepung gandum
200gm Horlicks
300gm susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
**Panaskan ketuhar pada suhu 150ºC sebelum memulakan proses membuat adunan kek.
Cara-cara
1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga putih.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga pekat dan rata.
3. Masukkan susu pekat, kacau kemudian masukkan tepung diselangselikan dengan Horlicks.
4. Acuan 8x8 sapukan butter di dasarnya, alaskan baking paper.
5. Lapis 6 sudu makan, lapisan pertama api atas bawah suhu (175-200° ikut oven anda). Saya guna suhu 175°
7. Sehingga permukaan atas keperangan, keluarkan kek dari oven dan tekan dengan penekan kek untuk buang gelembung udara.
8. Ulang melapis sehingga habis.

9. Jika kek masih basah, gunakan api bawah 150° dalam 10-15 minit.

resepi kek lapis masam manis

Resepi kek lapis msm manis:



1.Butter cup 250g@seketul
2.telur 7bj
3.gula icing scwn
4.biskut marrie 3cwn (blend halus biskut marrie,baru sukat 3cwn)
5.baking powder 1sk
6.susu pekat 1tin
7.asam duit@gambir secukupnya
8.esen vanila 1sk



Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari.Anda ibu menyusu? Klik sini

Cara2:
Pukul butter+gula icing smpi kmbg...
Asingkn putih n kuning tlur,pkul dua2 smpi kmbg (ni resepi asal,akk buat lps tu xasing dah putih n kuning
..hihi) kemudian msukkn esen n b.powder
Msukkn tlur td dlm cmpuran butter,pkul lg smpi rata...
Tmbhkn susu pekat 1tin,pastu msukkn biskut marie td ckit2,kacau rata..siap...
Bahagi adunan kpd 3mgkuk...utk kaler kuning,hijau n merah,kukus satu lapisan 10-20minit..
Cara layer:letak adunan satu snduk,taburkan asam gambir,kukus...dh msk msukkn adunan kaler lain,susun asam lagi n kukus ..
***make sure balut pnutup kukusan dgn kain...so air xmnitik ats kek...
Sekiannnn....recipe by shahrizah husin.

Khamis, 21 Julai 2016

Daging masak rosemaria

Daging Masak Rosemaria Cheq Yatie 
. Resepi nye. 
300g Daging lembu, basuh bersih dan potong kecil memanjang, gaul dengan sedikit cuka dan Kicap masin Enaq sampai hitam Haha suka hati nak letak banyak mana sebenarnya.. .. Lepastu Rebus daging sampai Empuk... Rebus sampai Air nya tinggal sikit...
Bahan untuk Menumis 
8 Bj bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
1 inci Halia semua dikisar.
3 sudu makan Cili kering kisar 
1 batang serai diketuk 
3 sudu Makan Sos Tomato
Bahan untuk Tabur 
1 labu bawang Besar potong bulat 
Buah tomato belah enam. 
Cili merah Cili hijau dihiris 
Daun bawang dihiris panjang panjang.

Caranya. 
Tomes bahan kisar sampai masak, masukkan Cili kisar dan serai,goreng sampai pecah minyak, kacau sebati, masukkan Daging dn air rebusan daging.. Masukkan sos tomato. Dan masak sampai mendidih dn kuah jadi pekat.. Garam secukup rasa. 
Last sekali Masukkan buah tomato, cili, bawang dn daun bawang potong.. Selamat Mencuba Ikhlas Dari Saya.

Resepi biskot walnut almond snow

Resepi biskot walnut almond snow
==========================
250g butter
1 cawan gula halus
1 bji telur
1/2 cawan susu tepong
Badam nip and walnut di sangai
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
3 1/4 cawan tepung gandum cap ros
1sb emplex klo takda gnti dengan tepung beras
Coklat beryls
Serbuk roti kaler putih
Cara2
=====================
1) Tapis dan gaul 3 jenis tepung2 + emplex + susu tepong
2) buh butter dalam bekas bersama gula dan kacau2 hingga sebati. Tak perlu mix pakai mixer.
3) masukkan kekacang2 ke dlm butter dan gula td. Gaul2 sebati.
4) masukkan tepung2 tesebot sikit2. Agak2 kalau dh ckup tepong jgn duk buh dah.
Doh ikot keselesaan tgn. Kalau tak melekat2 ok dah la tu.
5) canaii dan potong2. Kemudian bakar suhu 150, 20min kalau ikut oven saya.
Boleh dah start diuble boil cakelat kita tadi.
6) biarkan biskut sejuk kemudian salut coklat dan golek2 dalam serbuk roti.
7) simpan dalam bekas kedap udara





mazola

Mazolaa senangg je ikut cam ni ni mak saya yg ajaq senang nak ingat sekati tepung gndum sekati kacang tnh 1 1/2 cwn gula minyak mazola ikut lembut kalu nak lembut tmbah ja minyak tu caranya kacang goring tampa minyak pastu buang kulit dia blen hinga lumat buh dlm tepung gndum gula pun buh sekali gaul dulu bhn kering tu bgi rata pastu tuang minyak mazola sikit2 agak2 smpai jdi doh laa pastu tekan ikut camna kesukaan kita bakaq laa dah siapp itu lah cara saya
Suka · Balasan · 2 · 36 min

Noraini Hayati Nak hiyas dia 2 biji kuning telur tambah sikit perwarna kuning kacau sikit sapu atas kuih tu haa cam tu laa sekiann terima kasihhh

formula masakan-nasi lemak

nasi lemak 1000 bungkus...moga jadi panduan.. (Nasi lemak rm1)
- beras -55kg
- lada kering. -5kg
-santan pekat -5kg
-ikan bilis -4kg(1 kg utk diblend masuk dlm sambal)
-kacang tanah. -3 kg
- garam - 1kg 1/2 ( utk sambal n nasi)
-gula PAsir -2kg 1/2...( sambal)
- minyak -5kg
-belacan - 3 keping (sambal)
- kiub pati ikan bilis-12 kiub( sambal)
-bawang besar-3 kg
- bawang putih-1kg
-timun-3kg
-daun pandan ( secukupnya)
- kertas pembungkus -10 pack

Sabtu, 25 Jun 2016

churros

Bahan2..
1 ketul butter belah 2 bhgian...
1000 ml air
Gula lebih kurang 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
4 cawan tepung gandum
Boleh tambah 1 sudu kecil vanila ye..
...bila mendidih kecilkan api yg paling kecil baru masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tak melekat di periuk.....ok tutup api nak biar dalam periuk yg sama pun boleh atau bubuh bekas lain ikut koranglah akak guna bekas yg sama je sebab nak cepat 😉
Masa adunan panas2 tu pecahkan telur 4 biji (akak guna gred A ) kacau adunan biar sebati dgn telur tak payah guna mixer just guna je senduk korang.....biar suam sekejap masuk dalam piping beg jenis cotton yg ni boleh beli kat bakery kalau guna piping beg yg plastik sure habis pecah jeee.....guna nozel yg sama kita buat cream puff...
Dah siap boleh susuh dalam bekas ofkos jgn lupa lapik dgn plastik supaya tak melekat dan senang nak ambik masa nak goreng nanti >>>> siap stock korang utk raya nanti jgn lupa simpan dalam fridge ok!!

sos coklat churros

Bahan2 utk sos coklat versi akak..
1 tin susu pekat manis..apa2 jenama pun boleh..
1/2 tin susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3-4 sudu besar tepung jagung
4-5 sudu besar serbuk koko
Campur semua bahan masak atas api yg kecil sehingga pekat dan mendidih...tak perlu mendidih lama sangat sentiasa kacau dengan whisk supaya sos tak berketul >>>>> taraaaa siap sos coklat boleh celup churros dah boleh ngappp....nyum nyumm
Silakan nak share resepi sos coklat versi akak...

Selasa, 7 Jun 2016

sambal ikan bakar

RESIPI PES IKAN / SEAFOOD BAKAR :
15-20 tangkai cili kering ( blender asing )
( BAHAN B ) - Semua diblend skali
3 biji bawang besar
2 biji tomato
10 biji bawang putih
1 inci belacan ( agak2 )
4-5 sudu air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil bahan perasa
3-4 sudu kecil gula
Cara Masak :
Tumis Cili Kering Yang Dah Diblend Dengan Minyak Sampai Naik Bau Atau Cili Dah Pecah Minyak . Masukkan Bahan ( B ) Yg Diblend. Masak Sampai Naik Bau. Perasakan Dengan Air Asam Jawa, Gula, Garam, Bahan Perasa. Masak Sampai Pes Kering.
Tip : Kalau Nak Bungkus Ikan / Seafood , Tabur Daun Ketumbar @ Daun Limau. Nak Lagi Sedap Balut Dgn Daun Pandan.
================================
RESIPI SAMBAL KICAP :
Racik Halus Bawang Besar,Tomato, Cili Padi,Cili Merah. Masukkan Kicap Pekat, Kicap Cair, Kicap Sotong/Ikan, Gula,Bahan Perasa. Gaul Dengan Air Panas. SIAPPP
================================
RESIPI AIR ASAM SPECIAL :
Racik Halus / Mayang Bawang Besar, Tomato, Cili Padi & Cili Merah. Masukkan Dalam Mangkuk Asingkan. Blenderkan Cili Padi, Cili Merah, Tomato, Belacan, Air Asam Jawa, Garam, Gula & Bahan Perasa. Macam Buat Sambal Belacan Tu. Pastu Bahan Yg Dah Hiris Dan Diblend Tadi Campur Skali. Baru Dapat Air Asam Pekat Likat.
Extra : Kalau Nak Buat Air Asam Kerisik. Cuma Tambahkan Kerisik & Santan.

cream puff

ĸυlιт puff 
* 1 cwan тpυng naιĸ ѕndrι (ѕya gυna тpυng вlυe ĸey)
# klu nk guna tpung gndum biasa,kna tmbah bking powder 1s/t
* 1 cwan aιr
* ½ cwan вuттer@мarjerιn
* ѕecυвιт garaм
* 1 ѕ/т gυla
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 2 вιjι тelυr A
ιnтι kastard
* 1 cwan ѕυѕυ caιr
* ½ cwan air
* ¼ cwan тpυng ĸaѕтad 
* ⅓ cwan gυla
* 2 вιjι тelυr A 
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 1 ѕ/в вuттer@majerin
*cara-cara buat ada di setiap gambar..*
P/s * adunan kulit puff dpat dlm angran 20-25 biji...adunan inti kastard akn lbih skit nanti..jadi sya cdangkn buat dua adunan untk kulit puff,satu adunan untk inti kastard...
Jadi adunan kulit puff tu kna x dua lh ya,baru pdan dngan satu adunan inti kastard...**

Ahad, 5 Jun 2016

resepi kek pisang


bahan-bahan

6bj pisang berangan..lecekkan
3/4cwn gula

1/2cwn.minyak
1 1/2cwn tpg gandum
1sdk soda bikabonat
1sdk b.powder
Ayakkan
3bj telur A
1sdk vanila
1sdk emulco coklat.nur tmbh..
Coklat chips..rice...almond slices..


cara-cara
Beat telur gula..kmbg..tmbh pisang..minyak..emulco..vanila..tpg...yg digaul dng coklat chips...bakar 180* 35mnt..




satay

Satay Ayam/daging madu

2 kilo ayam/daging di potong dadu


Bahan kisar (jadikn pes)
1 ulas bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
4 inci kunyit hidup (bkn yg serbuk)
2 inci halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Bahan kisar (kering)
3 sudu ketumbar (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan manis (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan putih (bkn yg serbuk)
3 sudu kacang tanah
4 bahan ni di sangai terlebih dahulu sampi naik bau brulah di kisar kering hingga halus

Cara-cara
Campur kan ayam dgn kedua-dua bahan kisar td gaul sebati...setelah sebati campur kn gula 1 1/2 cawan (ikut citarasa masing-masing) ...tambah kan madu 1/2 cawan....tambah 1 sudu garam akhir sekali tambah kn 1/2 cawan minyak ...gaul sebati dan perap selama 8jam atau semalaman ...
Campurkan lebihan air perapan satay dgn minyk..ketuk serai dan bolehlah di renjis semasa bakar

p/s :lbh dari 8 jam letak kn dlm peti ais
:madu boleh gantikn dgn gula perang
:sebelum bakar lidi hendaklah di rendam terlebih dahulu untuk mengelakkan terbakar semasa bakar.

congo bar

Resipi Congobar (kls berbayar..resipi dr chef)

315gm tpg superfine
1tsp garam
2tsp baking power
150g butter220g gula perang
3bj telor
1tsp esen vanila
300gm dark chop.chip
120gm walnut/pecan/almond/mix fruit*pukul buter& gula.masuk telor*masuk semua bhn kering*bakar

 160C 40-45min..api ats&bwh
 #jgn duk pandai ckp..'kedekut ilmu kls berbyr".cuba kena kt btg hidung rm250x4kls..kos tu dah boleh beli h.beg coach/ MK origanal..bkn tiruan#‎tandas awan tu betbyr taw..kencing berak 20sen..mandi 50sen#jgn jd batu api..tuan bdn ok..hak yg bca3 tu yg lebih3..gossip hebat melalu FB ni lah#‎sekian..rasa nk try resipi sila.kurang2 1fmly boleh mkn.Tak nak try..tak ada siapa yg rugi...

Khamis, 2 Jun 2016

kek tiramisu

Kek tiramisu
Birthday cake special untuk pak mertua,1st time buat xtau rasa pa...hihi,nk tau sedap ka dak kena tggu depa mkn dulu,nebes cheq 😁😁😁
Bahan2 utk kek :
4 biji telur
1 sb ovelet
1 st esen vanilla
1 cwn gula kastor
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn fresh milk
2 cwn tpg gandum
1 st baking powder
Caranya:
- telur+ovelet+esen+gula mix smpai kembang dan gebu,guna high speed ye
-masukkan myk dan susu,mix sebati
-masukkan tepung sket demi sket,guna low speed ye..mix sampai sebati
- bahagikan kpd 3 adunan
1. Adunan original
2. Adunan koko 
(1paket nescafe blew,jadikan pes)
3. Adunan coklat 
(2sb serbuk koko)
* saya tmbhkn sedikit pewarna koko ke dlm adunan koko dan coklat utk warna yg lbh cantik
- griskan loyang dan lapik dgn baking paper
- tuang adunan coklat dulu dan kukus sampai masak,dh masak tuang adunan koko,dh masak tuang adunan original,kukus sampai masak,bila cucuk lidi tu xmelekat ye
- bila dh masak telangkupkn atas redai dan telangkupkn blk ats papan kek
- ok kek panas2 lg saya dh trimkn tepi2 kek,part ni xjd masalah kalau nk trim pon
- tggu sejuk baru hias
Ok part utk topping pulak bahan2nya:
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
120gm butter
- cream cheese+susu pekat+butter mix sampai hilang ketul2...mix bg licin 
*tuang terus ats kek
Pastu ayak nescafe+milo+serbuk koko
*bhn2 ni saya guna 1sk kecil ja 
*saya campur semua bhn ni dan ayak dulu pastu baru ayak ke ats kek 
*buah nk bg shining celup buah dlm piping jelly ye



kek span

Kek span
Bahan2
1cawan marjerin
1cawan gula halus
2cawan tepung naik sendiri
1sudu kecil esen vanilla
5biji telur
Pukul gula dan marjerin hingga kembang….Masukkan telur sebiji demi sebiji..hingga sebati +esen vanila..putar masukkan tepung sedikit demi sedikit




kek sarang semut

 kek sarang semut yg mudah yg pasti sukatan adunan kecil
Saiz loyang 6 inci je...komen share tu share

Bahan2
1/2 cawan gula pasir perangkan
1/2 cawan air panas masukkn hati2 takut memercik
2sb butter masukn dan bia cair ok bia sejuk
3 bijik telur mix kan kmbang
Masukkn 1/2 cawan susu pekat
Kacau kan shj
Ayak dulu 3/4 cawan tepung gandum+
1sk baking powder
2sk soda bikarbonatlmasuk dalam adunan
Telur td kacau je rata last masukkn
Gula perang td kacau
Oles loyang pakai butter atau letak baking paper
Pas masak kek ni mmg melekat ye ok masuk adunan
ttup permukaan loyang dan bia kan 2 jam atau lebih
Lg lama lg owesome sarang nye jgn buka loyang selagi
Belum masa mengukus atau bakar..panaskan oven dan bakar suhu
160 masa 50 hngga 1 jam
Kukus 45 mnt hingga 50 mnt api sederhana



resepi kek sarang 🐜🐜..ni resepinya..sumber dari nasrin home bakeries..setakat yg pernah sy buat resepi ni paling menepati citarasa sy
Bahan utk gula hangus :
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar marjerin @ mentega

Cara buat gula hangus:
1. Masak gula dlm kuali hingga bertukar warna perang @ keemasan.- api sederhana.Pastikan gula sentiasa dikacau.
2. Kemudian, tuangkan air panas ke dlm gula hangus tadi. Semasa proses tuang air panas ni, hati2 kerana air gula akan membuak @ meletup. 
3. Setelah air dimasukkan, gula akan sedikit berketul, biarkan dan teruskan kacau hingga larut. 
4. Setelah gula larut, masukkan marjerin. Tutup api & sejukkan. ( ingat mesti sejukkan dulu, kalau x kek jadi bantat)




Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut 🍒
sumber : cida de'nuanza
Dicuba oleh ; mawar wilsa
🍎Gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega
cara:
 Masukkan gula dlm periuk..guna api sederhana kecil..kacau hingga gula larut..JANGAN SAMPAI HITAM NANTI PAHIT TAK BOLEH GUNA..
 Masukkan air panas ke dlm gula tadi..HATI-HATI GULA AKAN MELETUP2 SIKIT..kacau guna sudip kayu panjang kacau hingga semua mencair..
 Masukkan mentega dan biarkan larut..tutup api dan biarkan sejuk..
 Bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...tutup api dan sejukkan
🍎Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
🍎Cara-cara

 Pukul telur hingga kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh-saya guna mixer..)
 Masukkan susu pekat - saya guna gula kastor 1/2 cawan
 Mix sampai sebati
 Masukkan esen vanila
 Tepung gandum + soda + baking powder- diayak
masukkan dlm adunan..mix sebati
 Last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
Mix lagi..
 Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah dan suhu antara 160-180 darjah celcius... 5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
 Jika kek belum masak, tambah 5 mnt lagi..
 Biarkan sejuk sebelum dipotong... ‪#‎mawarwilsa‬



air gula

Saya pernah niaga cendol, ratio gula pasir dan gula merah yg saya guna 1.1kg gula pasir campur 900gm gula merah, masak dgn air, sukatan air dah lupa jumlah air secukupnya dgn kelikatan yg kita mahu. Saya letak 1/2 sudu kecil kapur mkn semasa masak air gula tu.
Tak Suka · Balasan · 1 · 13 min

Abg sy nega cendol dia guna 4 jenis gula:-
Gula kabung yg gemuk tu
Gula kabung Kelantan yg nipis2 tu yg warna dia coklat muda
Gula merah paket 
Dan madu...mmg kos utk wat agak mahal tp org minum puas ati....lupa 5 jenis semuanya satu lg palm suga



 1kg gula putih + 1kg gula merah timbang tu... Daun pandan. 

Gula putih tu letak dlm periuk dulu biar cair mcm nk buat gula hangus.. Jangan hngus sangat... Sikit je.. Kang pahit plk.. Hehe Terus masuk air then masuk gula merah.. 😃😃😃

Klu sy cuma guna gula pasir putih,gula merah n nissan...tuang semua dlm periuk masukkn air smpi tenggelam bahan td n masak ngan api perlahan...kacau sekali sekala..jgn api kuat nnt air gula melimpah...masak smpi mendidih n hancur semua bahan td...anda pasti dpt air gula yg pekat n sedap...slmt mencuba..

 1kg gula putih + 1kg gula merah + Daun pandan. Wat pekat2
Akak niaga klu nak buat air gula merah pekat adek msk gula merah 1 Kilo gula putih 1 kilo mmg pekat..
Buh kicap mi tu sket