Rabu, 19 Mac 2014

Tepung seraguna

Tapi ingat tepung gandum saja tidak akan mengekalkan rangupan bila mulai gorengan menjadi sejuk. Ini disebabkan batter yang anda saluti itu akan mengekang wap air dari ketulan ayam keluar atau sejat. Wap air akan melembikkan gorengan anda. Maka untuk membuat ruang untuk wap air bebas..kita gunakan serbuk penaik / "Baking Powder". Faham yea?. Apa tujuan baking powder dalam tepung goreng ayam. Kalau anda inginkan crust yang kasar dan mengerutu boleh gunakan soda masakan. Kerana ruang rongga udara soda dihasilkan lebih besar dari baking powder cuma ia tak dapat kekakan ruangan dan perlu gunakan baking powder juga bersama.
 
 
Tepung gandum seperti mamak haji kekurangan dari segi kekenyalan crust..dengan itu kita perlu gunakan tepung beras dan agen kanji seperti tepung jagung atau tepung sagu..tepung sagu murah sedikit. Tepung beras cari yang asli kini tepung beras biasanya diblended dengan tepung jagung. Sekiranya ingin lembut sedikit crust boleh gunakan tepung jagung lebih baik. Tepung jagung atau tepung sagu ata tepu ubi kayu cuma ajen untuk kanji supaya batter melekat. Tentang melekat dengan ketulan ayam ini ada satu masalah...biasanya kita perlu ditepungkan (kering) kering ketulan ayam untuk digoreng dulu supaya air berlebihan di luar permukaan ketul ayam di diserap baru masukkan dalam batter. Ia sama seperti goreng udang atau sotong. salut tepung dulu sebelum masukkan dalam batter dan goreng. Isu ini mamak haji akan sentuh bila berikan resepi ayam goreng nanti...

Nisbah percampuran tepong ini ikut mamak haji begini..batter kering bermakna tepung 85% , tepung kanji (jagung) 10%, garam 2%, bahan perasa (seasoning) 2% dan sodium bicarbonate 1%. Tepung gandum X1 + Tepung Beras X 2 + Tepung Sagu X3 = 1. Faham dak..ini untuk orang nak buat berniaga ayam goreng sejukbeku. Suri rumah tak perlu bimbang denga kiraan mamak haji ini...Ini formula percuma mamak haji bagi...malam nanti kita tengok resepinya..tak larat dah.