Rempah beriani
Bahan-Bahan:
10
biji Cengkih (clove).
4
biji Buah Pelaga putih (Cadamom).
10
biji Lada Hitam (pepper corn).
4
keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).
10
buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).
3
helai daun beriani (Bay leaf).
3
sudu besar Jintan Manis ( Fennel Seed)
2
sudu besar bawang Goreng.
1/2
sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)
2
sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)
1
sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).
1/4
sudu besar serbuk kunyit.
1/2
sudu serbuk cili.
Cara:
1.
Kisar semua bahan tersebut yang pejal.
2.
Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3.
Kadar Kegunaan ialah 3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam.
Sekiranya ingin buat Nasi beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1
kg. beras.
4.
Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap
udara. Selamat mencuba.
REMPAH KARI DAGING/AYAM
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk
kunyit. Kemudian jemur hingga kering.
2. Goreng tanpa minyak sehingga harum dan
kiar hingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan
simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
REMPAH KARI IKAN
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk
kunyit. Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2. Kisar rempah sehingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH SUP BUNJUT
Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan
rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang
putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. tumbuk
atau kisar halus.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang
putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan,
tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing.
Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur. Tambahkan
daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak
diketahui namanya)vuntuk sup ikan.
REMPAH KARI KURMA
Bahan-bahan:
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk
kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
2. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan
simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
Saya share ye resepi ni. Terima kasih
BalasPadam