Label
- Beauty
- Biskut
- Disclaimer
- DIY
- English
- English Communication
- Fashion baju
- Grammer
- Idiom
- Jahitan
- Jahitan Dewasa
- Jahitan Kanak-kanak
- Kek
- Kek lapis
- kek sarang semut
- Kuih Muih
- Lauk-pauk
- Learn english
- Masakan arab
- Mutiara Emas Saidina Ali
- Mutiara Kata
- Parenting
- Pola
- Rempah-ratus
- Resepi
- Resepi kek & biskut
- Resepi masakan
- Resepi pencuci mulut
- Roti
- Sambal
- Seksologi
- Skirt
- Sos @Topping
- Tips & petua masakan
- Tips masakan
- Vocabulary
- Western food
Isnin, 2 Jun 2014
Selasa, 29 April 2014
Resepi nasi beringin
Bahan-Bahan:
- 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45
minit.
- 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 batang serai diketuk perdunya.
- 1 sudu kecil garam masala.
- 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga,
5 cengkih.
- 1 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 3/4 tin susu cair.
- 2 sudu besar air mawar.
- 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar,
bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
- Air untuk masak nasi sama paras dengan beras.
Kaedah Nisbah 1:1.
- sedikit pewarna kuning telur.
- Garam dan gula secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak
masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun
pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna
keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes
mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna
kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi
masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air
mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan
bawang goreng. Selamat mencuba
Selamat mencuba!
Baca perkongsian travel disini:
#stay safe, keep travel
UDANG MASAK MASALA:
Bahan-Bahan:
Udang besar 1kg.
Bawang Besar 3 biji di hiris & 3 biji dikisar halus.
Halia 1" + Bawang Putih 6 ulas - dikisar halus.
Rempah kari Ikan Baba's - 4 sudu besar.
Serbuk Cili - 2 sudu besar.
Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil.
Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil.
Serbuk Kunyit 1 sudu besar.
Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil(tidak semestinya)
Daun Kari 2 ranting
Minyak masak 6-7 sudu besar.
Jus limau nipis 2 sudu besar.
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan udang.Gunting sesenggut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya. Peramudang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.
2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.
3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.

Pes char keow teow
5liter air + tulang ayam (rebus)
145ml kicap pekat double camel
200ml kicap ikan
2.5sudu sos tiram
1.5sudu kacang taucu (blender)
2sudu stok ayam
5sudu aji
Garam secukup rasa
Sos cili thai
RESEPI CILI SOS BUAT SENDIRI: (ULANGAN).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
1kg. Cili Kering.
4 kg. Gula Pasir (kalau nak manis, tambah sekilo
lagi).
350 gm Garam. Ikut Selera anda.
200gm Bawang putih (kalau lebih sedikit tak
apa).
400gm Tepung Ubi Kayu ( Mamak gunakan tepung jagung
sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
1 kg. Cuka Tiruan.
5 liter air masa mengisar keseluruhan mengisar
cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.
Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili
sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium
Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia
Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri
rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi
dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3
minggu.
CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya.
Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering
bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji
Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal
tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu
supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang
buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan
bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat
sambal tumis. Masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan Gula dan juga
Cuka dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air.
Masukkan ke dalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu
menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam
Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara
betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila
baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut
dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air
biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah
gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65
botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili
sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia
ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap.
Selamat mencuba.
Untuk pengetahuan , satu gram sodium benzoate
boleh larut 2 ml air. Biasanya sodium benzoate ini dijual dalam bentuk serbuk
dan perlu larutkan untuk digunakan. Kita boleh sediakan stok larutan ini dengan
larutkan satu pound (Ib) dengan satu gallon air.
Kepekatan ialah 0.1 peratus.
Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu
menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam
Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara
betul. cuma kandungan tidak boleh melebihi lebih dari 1gm untuk 1 kg berat
tubuh manusia. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air
panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam produk
anda.
Sodium benzoate adalah adalah sesuai digunakan
untuk ajen anti-microbial dalam makanan dan minuman. Ia bertindak dalam keadaan
asid PH 4.5 ke atas. Ia perlu digunakan semasa keadaan tiada organisma dlm
makanan ia itu semasa panas.
utk buat apa2 sos pun nie nisbah utk
penggunaan sodium benzoate yang saya dapat dari jabatan pertanian dan mardi
lebih kurang mcm nie....(berat modified corn starch dalam gram KALI DENGAN
jumlah keseluruhan berat bahan-bahan dalam gram tidak termasuk sodium) BAHAGI
DENGAN 1,000,000....dah dpt jumlah berat sodium benzoate KALI 2 untuk air
bancuhan sodium....
IBU SAMBAL NASI LEMAK CUNNN KAK AINI
Bahan-bahan:
4 cawan cili kisar
#6 biji bawang besar
#3 biji bawang putih
#30 gm belacan
#1/2 cawan bawang goreng
Bahan bertanda # semua di kisar halus
½ cawan gula
Garam dn serbuk perasa
½ cawan air asam jawa
5 biji bawang besar-dihiris dan di goring layu (jika suka)
Minyak untuk menumis

Caranya:
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar kecuali bawang goreng
-Masukkan gula di awal menumis tujuannya supaya sambal bewarna merah yang cantik
dan cepat kering dan pekat
-Setelah sambal pekat masukkan bawang goreng yang di kisar dan air asam jawa
-Tambahkan garam dan serbuk perasa dan sesuaikan rasanya.Tambahkan air jika perlu
-Masak sehingga pekat dan berkilat barulah masukkan bawang besar yang telah di goreng layu
-Hidangkan bersama nasi lemak

****jika nak buat ibu
sambal jangan masukkan belacan dan bawang besar yg digoreng layu
****masak sambal dgn kuantiti yg banyak dan bila menyediakan nasi lemak ambil beberapa
senduk ibu sambal dan masukkan belacan hancur yg telah di bakar dan panaskan semula
dan masukkan bawang besar yg telah digoreng layu
****sambal sotong..panaskan ibu sambal jika perlu masukkan sedikit minyak.Masukkan sotong
Yg telah di potong dan masak hingga kuah pekat.Sesuaikan rasanya dan angkat
****sambal ayam..cara sama mcm sotong.Dah goreng ayam cmpur ibu sambal secukupnya dan
masukkan sos cili dan sos tomato serta bawang besar.
****Begitu juga dengan udang..paru..telur..kerang dll

Langgan:
Catatan (Atom)