Sabtu, 25 Jun 2016

sos coklat churros

Bahan2 utk sos coklat versi akak..
1 tin susu pekat manis..apa2 jenama pun boleh..
1/2 tin susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3-4 sudu besar tepung jagung
4-5 sudu besar serbuk koko
Campur semua bahan masak atas api yg kecil sehingga pekat dan mendidih...tak perlu mendidih lama sangat sentiasa kacau dengan whisk supaya sos tak berketul >>>>> taraaaa siap sos coklat boleh celup churros dah boleh ngappp....nyum nyumm
Silakan nak share resepi sos coklat versi akak...

Isnin, 13 Jun 2016

Resepi kacang bersalut


Bahan-bahan
500gm Kacang tanah 
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil
Cara-caranya :
● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
● Gaul smpai sebati
● Masukkan tpg gandum dan tpg beras, gaul sampai sebati 
● Panaskan minyak n goreng dgn api sederhana
● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel




Selasa, 7 Jun 2016

sambal ikan bakar

RESIPI PES IKAN / SEAFOOD BAKAR :
15-20 tangkai cili kering ( blender asing )
( BAHAN B ) - Semua diblend skali
3 biji bawang besar
2 biji tomato
10 biji bawang putih
1 inci belacan ( agak2 )
4-5 sudu air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil bahan perasa
3-4 sudu kecil gula
Cara Masak :
Tumis Cili Kering Yang Dah Diblend Dengan Minyak Sampai Naik Bau Atau Cili Dah Pecah Minyak . Masukkan Bahan ( B ) Yg Diblend. Masak Sampai Naik Bau. Perasakan Dengan Air Asam Jawa, Gula, Garam, Bahan Perasa. Masak Sampai Pes Kering.
Tip : Kalau Nak Bungkus Ikan / Seafood , Tabur Daun Ketumbar @ Daun Limau. Nak Lagi Sedap Balut Dgn Daun Pandan.
================================
RESIPI SAMBAL KICAP :
Racik Halus Bawang Besar,Tomato, Cili Padi,Cili Merah. Masukkan Kicap Pekat, Kicap Cair, Kicap Sotong/Ikan, Gula,Bahan Perasa. Gaul Dengan Air Panas. SIAPPP
================================
RESIPI AIR ASAM SPECIAL :
Racik Halus / Mayang Bawang Besar, Tomato, Cili Padi & Cili Merah. Masukkan Dalam Mangkuk Asingkan. Blenderkan Cili Padi, Cili Merah, Tomato, Belacan, Air Asam Jawa, Garam, Gula & Bahan Perasa. Macam Buat Sambal Belacan Tu. Pastu Bahan Yg Dah Hiris Dan Diblend Tadi Campur Skali. Baru Dapat Air Asam Pekat Likat.
Extra : Kalau Nak Buat Air Asam Kerisik. Cuma Tambahkan Kerisik & Santan.

Resepi cream puff



* 1 cwan тpυng naιĸ ѕndrι (ѕya gυna тpυng вlυe ĸey)
# klu nk guna tpung gndum biasa,kna tmbah bking powder 1s/t
* 1 cwan aιr
* ½ cwan вuттer@мarjerιn
* ѕecυвιт garaм
* 1 ѕ/т gυla
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 2 вιjι тelυr A

ιnтι kastard
* 1 cwan ѕυѕυ caιr
* ½ cwan air
* ¼ cwan тpυng ĸaѕтad 
* ⅓ cwan gυla
* 2 вιjι тelυr A 
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 1 ѕ/в вuттer@majerin
*cara-cara buat ada di setiap gambar..*
P/s * adunan kulit puff dpat dlm angran 20-25 biji...adunan inti kastard akn lbih skit nanti..jadi sya cdangkn buat dua adunan untk kulit puff,satu adunan untk inti kastard...
Jadi adunan kulit puff tu kna x dua lh ya,baru pdan dngan satu adunan inti kastard...**



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

cream puff

ĸυlιт puff 
* 1 cwan тpυng naιĸ ѕndrι (ѕya gυna тpυng вlυe ĸey)
# klu nk guna tpung gndum biasa,kna tmbah bking powder 1s/t
* 1 cwan aιr
* ½ cwan вuттer@мarjerιn
* ѕecυвιт garaм
* 1 ѕ/т gυla
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 2 вιjι тelυr A
ιnтι kastard
* 1 cwan ѕυѕυ caιr
* ½ cwan air
* ¼ cwan тpυng ĸaѕтad 
* ⅓ cwan gυla
* 2 вιjι тelυr A 
* 1 ѕ/т aѕen vanιlla
* 1 ѕ/в вuттer@majerin
*cara-cara buat ada di setiap gambar..*
P/s * adunan kulit puff dpat dlm angran 20-25 biji...adunan inti kastard akn lbih skit nanti..jadi sya cdangkn buat dua adunan untk kulit puff,satu adunan untk inti kastard...
Jadi adunan kulit puff tu kna x dua lh ya,baru pdan dngan satu adunan inti kastard...**

Ahad, 5 Jun 2016

resepi kek pisang


bahan-bahan

6bj pisang berangan..lecekkan
3/4cwn gula

1/2cwn.minyak
1 1/2cwn tpg gandum
1sdk soda bikabonat
1sdk b.powder
Ayakkan
3bj telur A
1sdk vanila
1sdk emulco coklat.nur tmbh..
Coklat chips..rice...almond slices..


cara-cara
Beat telur gula..kmbg..tmbh pisang..minyak..emulco..vanila..tpg...yg digaul dng coklat chips...bakar 180* 35mnt..




satay

Satay Ayam/daging madu

2 kilo ayam/daging di potong dadu


Bahan kisar (jadikn pes)
1 ulas bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
4 inci kunyit hidup (bkn yg serbuk)
2 inci halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Bahan kisar (kering)
3 sudu ketumbar (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan manis (bkn yg serbuk)
1 sudu jintan putih (bkn yg serbuk)
3 sudu kacang tanah
4 bahan ni di sangai terlebih dahulu sampi naik bau brulah di kisar kering hingga halus

Cara-cara
Campur kan ayam dgn kedua-dua bahan kisar td gaul sebati...setelah sebati campur kn gula 1 1/2 cawan (ikut citarasa masing-masing) ...tambah kan madu 1/2 cawan....tambah 1 sudu garam akhir sekali tambah kn 1/2 cawan minyak ...gaul sebati dan perap selama 8jam atau semalaman ...
Campurkan lebihan air perapan satay dgn minyk..ketuk serai dan bolehlah di renjis semasa bakar

p/s :lbh dari 8 jam letak kn dlm peti ais
:madu boleh gantikn dgn gula perang
:sebelum bakar lidi hendaklah di rendam terlebih dahulu untuk mengelakkan terbakar semasa bakar.