Selasa, 29 April 2014

Resepi nasi beringin


Bahan-Bahan:
- 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45 minit.
- 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 batang serai diketuk perdunya.
- 1 sudu kecil garam masala.
- 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga, 5 cengkih.
- 1 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 3/4 tin susu cair.
- 2 sudu besar air mawar.
- 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar, bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
- Air untuk masak nasi sama paras dengan beras. Kaedah Nisbah 1:1.
- sedikit pewarna kuning telur.
- Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat mencuba
 
 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel


 

UDANG MASAK MASALA:

Bahan-Bahan:
Udang besar 1kg.
Bawang Besar 3 biji di hiris & 3 biji dikisar halus.
Halia 1" + Bawang Putih 6 ulas - dikisar halus.
Rempah kari Ikan Baba's - 4 sudu besar.
Serbuk Cili - 2 sudu besar.
Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil.
Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil.
Serbuk Kunyit 1 sudu besar.
Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil(tidak semestinya)
Daun Kari 2 ranting
Minyak masak 6-7 sudu besar.
Jus limau nipis 2 sudu besar.
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang.Gunting sesenggut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya. Peramudang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.

2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.

3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.

 

Pes char keow teow

5liter air + tulang ayam (rebus)
145ml kicap pekat double camel
200ml kicap ikan
2.5sudu sos tiram
1.5sudu kacang taucu (blender)
2sudu stok ayam
5sudu aji
Garam secukup rasa

Sos cili thai

RESEPI CILI SOS BUAT SENDIRI: (ULANGAN).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1kg. Cili Kering.

4 kg. Gula Pasir (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).

350 gm Garam. Ikut Selera anda.

200gm Bawang putih (kalau lebih sedikit tak apa).

400gm Tepung Ubi Kayu ( Mamak gunakan tepung jagung sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).

1 kg. Cuka Tiruan.

5 liter air masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:

1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).

2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan Gula dan juga Cuka dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan ke dalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.
 
Untuk pengetahuan , satu gram sodium benzoate boleh larut 2 ml air. Biasanya sodium benzoate ini dijual dalam bentuk serbuk dan perlu larutkan untuk digunakan. Kita boleh sediakan stok larutan ini dengan larutkan satu pound (Ib) dengan satu gallon air. Kepekatan ialah 0.1 peratus. 

Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak boleh melebihi lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam produk anda. 

Sodium benzoate adalah adalah sesuai digunakan untuk ajen anti-microbial dalam makanan dan minuman. Ia bertindak dalam keadaan asid PH 4.5 ke atas. Ia perlu digunakan semasa keadaan tiada organisma dlm makanan ia itu semasa panas.
 
utk buat apa2 sos pun nie nisbah utk penggunaan sodium benzoate yang saya dapat dari jabatan pertanian dan mardi lebih kurang mcm nie....(berat modified corn starch dalam gram KALI DENGAN jumlah keseluruhan berat bahan-bahan dalam gram tidak termasuk sodium) BAHAGI DENGAN 1,000,000....dah dpt jumlah berat sodium benzoate KALI 2 untuk air bancuhan sodium....
 

 

IBU SAMBAL NASI LEMAK CUNNN KAK AINI

Bahan-bahan:
4 cawan cili kisar
#6 biji bawang besar
#3 biji bawang putih
#30 gm belacan
#1/2 cawan bawang goreng
Bahan bertanda # semua di kisar halus
½ cawan gula
Garam dn serbuk perasa 
½ cawan air asam jawa
5 biji bawang besar-dihiris dan di goring layu (jika suka)
Minyak untuk menumis
Caranya:
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar kecuali bawang goreng
-Masukkan gula di awal menumis tujuannya supaya sambal bewarna merah yang cantik
dan cepat kering dan pekat
-Setelah sambal pekat masukkan bawang goreng yang di kisar dan air asam jawa
-Tambahkan garam dan serbuk perasa dan sesuaikan rasanya.Tambahkan air jika perlu
-Masak sehingga pekat dan berkilat barulah masukkan bawang besar yang telah di goreng layu
-Hidangkan bersama nasi lemak

****jika nak buat ibu sambal jangan masukkan belacan dan bawang besar yg digoreng layu
****masak sambal dgn kuantiti yg banyak dan bila menyediakan nasi lemak ambil beberapa
senduk ibu sambal dan masukkan belacan hancur yg telah di bakar dan panaskan semula
dan masukkan bawang besar yg telah digoreng layu
****sambal sotong..panaskan ibu sambal jika perlu masukkan sedikit minyak.Masukkan sotong
Yg telah di potong dan masak hingga kuah pekat.Sesuaikan rasanya dan angkat
****sambal ayam..cara sama mcm sotong.Dah goreng ayam cmpur ibu sambal secukupnya dan 
masukkan sos cili dan sos tomato serta bawang besar.
****Begitu juga dengan udang..paru..telur..kerang dll

Pes mee mamak n resepi mee goreng mamak

resepinya
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap 
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak

cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air 
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering 
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi 
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap.. 
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur 
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye 
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..

resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye

resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor 
isi ayam dipotong dadu dan sotong 

caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat 
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis

Yogurt

Bahan-bahan

1 cawan milk powder
4 cawan air
2 tbsp yogurt


How to prepare:
Masak susu dan air until boiling. Matikan api dan biarkan sehingga suam dan masukkan yogurt, tuangkan ke dalam Tupperware dan tutupkan Tupperware anda rapat dan balut dengakn kain selimut dan biarkan Tupperware yang dibungkus dengan selimut tu untuk 3-4 jam pada suhu bilik. Selepas itu dalam keadaan ini susu tadi akan membeku menjadi yogurt dan bolehlah simpan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.
(Note:- nisbah/sukatan untuk 1 cawan milk powder : 4 cawan air, klau nak buat lebih tu guna nisbah ni..)

- simpan 3 sudu utk buat yogurt seterusnya, x payah beli yogurt lg