Label
- Beauty
- Biskut
- Disclaimer
- DIY
- English
- English Communication
- Fashion baju
- Grammer
- Idiom
- Jahitan
- Jahitan Dewasa
- Jahitan Kanak-kanak
- Kek
- Kek lapis
- kek sarang semut
- Kuih Muih
- Lauk-pauk
- Learn english
- Masakan arab
- Mutiara Emas Saidina Ali
- Mutiara Kata
- Parenting
- Pola
- Rempah-ratus
- Resepi
- Resepi kek & biskut
- Resepi masakan
- Resepi pencuci mulut
- Roti
- Sambal
- Seksologi
- Skirt
- Sos @Topping
- Tips & petua masakan
- Tips masakan
- Vocabulary
- Western food
Jumaat, 9 November 2012
teks pengacara majlis
TEKS PENGACARA
By Azzah Amy Drani, Fashan Ishak Al-Rizky and 3 others in Guru Bimbingan dan Kaunseling (Files)
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA
Tarikh : 28 JULAI 2008
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan Abadi SMK Selama
Tetamu Utama : Mantan Pegawai Pelajaran Bandar
Baharu, Kedah Darul Aman
Atur Cara Majlis :
> 08.20
pagi : Jemputan Mengambil Tempat
> 09.00
pagi : Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim
Bandar Baharu
> 09.30
pagi: Majlis Bermula
: Nyanyian lagu Negaraku
: Persembahan Nasyid – Remaja dan
Fatamorgana
: Bacaan Doa
: Ucapan
Alu-aluan dan Laporan Tuan Pengetua
: Ucapan
Perasmian
: Persembahan/Selingan – Koir – Tanya
Sama
Itu Hud-hud dan Country Road
: Majlis Penyampaian Hadiah
: Persembahan Penutup
: Jamuan Ringan
> 11.00 pagi : Bersurai
PENGUMUMAN KETIBAAN VIP
Mengumumkan
ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mansur
bin Lebai Habib, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah
Darul Aman.
NYANYIAN
LAGU NEGARAKU
Para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan
lagi Negaraku.
SELEPAS
LAGU NEGARAKU
Terima kasih.
PERSEMBAHAN
PEMBUKA
Awal sebagai pembuka bicara
Persembahan Nasyid halwa telinga
Para hadirin mari bersama
Remaja dan Fatamorgana tajuk lagunya.
Majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid.
SELEPAS
PERSEMBAHAN NASYID
Terima kasih.
Kumpulan
ini adalah di bawah pimpinan En Kamal Baharin b Daud dan bimbingan En Abdul
Rani b Hussein sementara pemain gitar – Mohd Faisal b Saidin.
ALUAN PENGACARA MAJLIS
Bismillah...
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdullillah Bersyukur kita ke hadratNya kerana limpah
dan Inayahnya dapat kita berkumpul di dewan yang serba indah ini bagi meraikan
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan
Selama, Kedah Darul Aman.
Yang Berbahagia ..............................................................................................Pegawai
Pelajaran PeDaerah Bandar Baharu, Kedah
Darul Aman.
Yang
Berusaha...............................................................................................
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar
Baharu/Wakil,
En Abdul Wahi bin Haji Wan Embon,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul
Aman.
En Mat Saad bin Jusoh,
Yang Dipertua PIBG dan,
Ahli Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
Pelajar SMK Selama,
Guru-guru,
Para Waris,
Dan seterusnya
Anak-anak pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan
Selama, Kedah Darul Aman yang dikasihi
sekelian.
Mencari timba si anak dara,
Tempat bersarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Tuan-tuan dan puan-puan serta saudara-saudari seterusnya
sidang hadirin yang dihormati sekelian.
Selamat Datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2007. Majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia...........................................................................................untuk memberikan ucapan dan menyempurnakan upacara
perasmian dan penyampaian hadiah sebentar lagi.
Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Tuan ke majlis ini menterjemahkan
sokongan serta dokongan mentradisikan acara penuh gemilang bagi Sekolah
Menengah Kebangsaan Selama ini.
BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak Manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis dimulakan
dengan bacaan doa. Bagi mengetuai dan
memimpin bacaan doa pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Al-Ustaz Mohd Hafiz b Md Deris...
Majlis mempersilakan.
SELESAI BACAAN DOA
Berlalu sebentar tadi bacaan doa oleh Ustaz Mohd
Hafiz. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.
UCAPAN
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan.
Memulakan ucapan berikut dipersilakan En Abdul Wahi bin
Hj Wan Embon, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama untuk memberikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.
SELESAI UCAPAN
Berlalu sebentar tadi ucapan alu-aluan oleh Tn Pengetua
SMK Selama. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.
UCAPAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU
Kini majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan ........................................................................................
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2008.
Majlis mempersilakan.
SELESAI UCAPAN
Gadis rupawan memasang dupa
Buat ketupat atas pedati
Budimu tuan tidak kulupa
Sudah terpahat di dalam hati
Demikian tadi ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia............................................................................................
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
HIBURAN/SELINGAN
Majlis Anugerah kini bermula
Ibu dan ayah dijemput sama
Sedikit hiburan sebagai sajian
Kepada hadirin yang dikasihi sekelian
Majlis mempersilakan Kumpulan Koir yang akan
mendendangkan dua buah lagu – Tanya Sama Itu Hud-hud dan Country Road.
Dipersilakan.
SELEPAS HIBURAN
Persembahan itu tadi adalah juga di bawah bimbingan dan
pimpinan En Abdul Rani b Hussein dan En Kamal Baharin b Daud.
Untuk
makluman para hadirin, kumpulan ini telah menjadi Naib Johan dalam Pertandingan
Koir dan Nyanyian Solo Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu.
UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Untuk
itu dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul
Aman, En Abdul Wahi bin Hj Wan Embon,
Pengetua SMK Selama, untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pegawai
Pelajaran Daerah Bandar Kulim Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman, ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dipersilakan
dengan segala hormatnya.
(Rujuk Buku Program)
SELEPAS
UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
HADIRIN,
Diribut tunduklah padi,
Dicupak Datuk Temenggung,
Hidup
kalau tidak berbudi
Duduk
tegak berdiri canggung.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan
dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul
Aman, untuk menyampaikan cenderamata Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2008 kepada Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah
Darul Aman.
Dipersilakan.
SELEPAS
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Demikian tadi upacara penyampaian hadiah dan cenderamata
yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.
PERSEMBAHAN
PENUTUP
Sudilah
adik jalan berlapan
Jalan
berlapan di malam kelam
Nor
Amira bt Osman akan mendendangkan
’Biarlah
Rahsia’ lagu pilihan
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2007 Sekolah
Menengah Kebangsaan Selama akan melabuhkan tirainya di sini. Saya bagi pihak seluruh warga kerja yang
secara langsung mahupun tidak langsung turut menjayakan majlis hari anugerah
tahun ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua serta warga SMK
Selama yang cukup budiman. Saya bagi
pihak warga kerja juga ingin memohon kemaafan andai terkasar bahasa mahupun
keterlaluan cara sepanjang mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari
Allah SWT, yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri.
Ke
Kuala Kedah membeli kari
Sayang
terlupa beli kemiri
Berakhir
sudah tugas diberi
Izinkan
saya mengundur diri
JEMPUT
MAKAN
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berbahagia Tuan Hj Mansur dengan diringi oleh Tuan Pengetua dan Yang
Dipertua PIBG untuk ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan ringan, serta para hadirin
sekelian bolehlah mula mengunjungi gerai-gerai jualan. Dipersilakan.
ANUGERAH KECEMERLANGAN KO KURIKULUM 2007
1. HAMISAH BT ABDUL WAHAB
Menyertai Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri
Selangor dan Johor dan Mendapat Johan dalam acara lasak.
Johan
dalam Pertandingan Menembak Peringkat Negeri yang diadakan di Padang Chicak,
Sik, Kedah.
Menyertai
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah.
Penerima
Anugerah Kenaikan Pangkat Koperal.
2. NORHASLIZA BT MAT SAAD (Kadet Polis)
Menyertai
Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang.
Menjadi
Naib Johan Pertandingan Orientering Peringkat Kebangsaan.
Menyertai
Kawad Peringkat Daerah.
3. NORHARWANIS BT HASHIM (Kadet Polis)
Menyertai
Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang.
Menjadi
Naib Johan Pertandingan Orientering Peringkat Kebangsaan.
Menyertai
Kawad Peringkat Daerah.
4. SITI NURAINI BT HAMDAN (KRS)
Menyertai
Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah.
5. SITI NURUL ATIKAH BT ABDUL KHALID (KRS)
Menyertai
Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah.
6. SITI SHAFIQAH BT MAT PIAH (KRS)
Menyertai
Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah.
7. HUDA HAZWANI BT YUSUF (Kadet Polis)
Tokoh
Kepimpinan 2004 – 2006
Ketua
Komandan Kadet Polis SMK Selama
Mewakili
Pertandingan Menembak Peringkat Daerah dan Negeri di Pusat Kokurikulum, Padang
Chicak, Sik.
Menerima
Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan.
8. NUR NASHA BT MOHD SABRI
Mewakili
sekolah dalam pasukan Tenis, sekolah dan daerah dalam pasukan Sofbol
Mewakili
sekolah dan daerah dalam pasukan bola baling dari tahun 2003-2006
Mewakili
negeri dalam PROSTAR – Johan Drama.
9. NOOR HIDAYAH BT MAD NOOR
Mewakili
sekolah dan daerah dalam pasukan bola baling dari tahun 2004 hingga 2006.
10. MOHD AZWAN ASYRAF B MOHD JAYA
Mewakili
pasukan bola sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah dan Kebangsaan di
Negeri Sembilan.
11. MOHD ALIF B RUSLI
Mewakili
pasukan bola sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah dan Kebangsaan di
Negeri Sembilan.
12. MOHD FAREEZ
B JOHARI
Mewakili
Pasukan Tenis dan beroleh kejayaan di peringkat Negeri.
13. SITI NORSHAHIDA BT ZEINOLDIN
Mewakili
pasukan bola baling sekolah.
Mewakili
pasukan Nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006
Menyertai
Pertandingan Nyanyian Solo dan Koir Sekolah dan Taridra dan beroleh kejayaan peringkat daerah.
Menjadi
Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR.
14.
NUR SIHA BT CHE AT
Mewakili
pasukan bola baling peringkat sekolah dan daerah.
Mewakili
pasukan bola baling ke peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan.
15. NOR
AMIRA BT OSMAN
Mewakili
pasukan nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006
Menjadi
Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR
Mendapat
Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah Kulim Bandar
Baharu.
Mewakili
Gerkorama Asrama
Mewakili
sekolah, daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan PROSTAR.
Mewakili
Remaja Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan.
Menerima
Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan dalam Kadet Polis
ANUGERAH
TOKOH PELAJAR BERKETRAMPILAN.
NOR
AMIRA BT OSMAN
Akademik
Pelajar
yang berprestasi terbaik.
PMR – 5
A
Pelajar
Tingkatan 5 Sains.
Sahsiah
Bertanggungjawab
dan bekerjasama - Penolong Ketua Pengawas
Menghormati
guru dan rakan-rakan
Berbudi
pekerti tinggi
Berdaya
saing dan sentiasa bersikap rasional
Sentiasa
memberi idea yang bernas
Kokurikulum
Mewakili
pasukan nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006
Menjadi
Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR
Mendapat
Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah Kulim Bandar
Baharu.
Mewakili
Gerkorama Asrama
Mewakili
sekolah, daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan PROSTAR.
Mewakili
Remaja Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan
Menerima
Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan dalam Kadet
Polis.
Isnin, 5 November 2012
Pujuklah Rasa: Merasai susah itu hadiah
DR ROBIAH K.HAMZAH
3 November 2012
sumber:http://www.sinarharian.com.my/buku/pujuklah-rasa-merasai-susah-itu-hadiah-1.100428
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Langit mana yang tidak pernah mendung? Laut mana yang tidak pernah bergelora? Di mana ada manusia yang tidak pernah disentuh duka dan bahagia?
Inilah hebatnya ALLAH SWT yang sentiasa menjadikan sesuatu itu berpasangan. Bila didatangkan siang, pasti diganti dengan malam. Bila datang mendung, hujan dan ribut, pasti dibayarkan dengan cuaca panas serta angin sepoi-sepoi bahasa.
Bila kita dijamah derita dan air mata, maka sabarlah menunggu giliran berganti. Pasti air mata akan berhenti mengalir dan bibir mampu merekahkan senyuman. Inilah sunnatullah dan fitrah alam anugerah ILAHI kepada kita.
Makanya, jika kita digigit derita sekarang, bangunkanlah keyakinan untuk menempuhinya bermodalkan pesanan ALLAH SWT dalam surah al-Hadid:
Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan ia telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz) sebelumKami menciptakannya. (Al-Hadid : 22)
Jika keyakinan ini dapat dipegang dan ditanam kuat di jiwa, maka tidak akan ada orang yang gelisah atau berkeluh kesah bila ditimpa bencana atau apa sahaja kesulitan yang mendatangi hidup. Bukan itu sahaja, kita mampu pula menerimanya sabagai sentuhan daripada ALLAH SWT berupa ujian.
Malah, jika perasaan sedia menerima itu meninggi dan menebal dalam hati, maka kita akan mampu menukar bencana menjadi kurnia, ujian menjadi anugerah sedang setiap kejadian itu adalah penghargaan daripada Yang Maha Mencintai hamba-nya.
Andai pemikiran ini dapat diterima, pasti semua kesedihan dan perasaan dukacita menjadi pahala kerana sudah terbangun jiwa yang kita ini sebenarnya sedang disentuh-NYA. Kita mendapat perhatian-NYA dan secara tidak langung semua musibah yang dihidangkan berupa surat cinta daripada-NYA yang memanggil kita untuk bercengkerama dengan-NYA:
Barang siapa yang ALLAH kehendaki menjadi baik, maka dia akan diuji oleh-NYA. (HR. Bukhari)
Berpeganglah pada janji-NYA ini. Janganlah kita berasa gundah-gulana, bimbang dan bersedih bila bersua dengan penyakit yang kita tidak tahu bila sembuhnya, mendepani kematian yang kita tidak diberitahu bila munculnya, kerugian harta yang amat disayangi, mungkin juga kita diragut kebakaran yang tidak dijangkakan atau kehilangan simpanan yang sudah dikumpul selama ini... kerana semua ini adalah peta lakaran Yang Maha Mengetahui yang dipanggil takdir Ilahi.
Jika sudah meyakini ada penentu bernama takdir, lalu sedarlah bahawa kita ini hamba yang hanya layak berusaha. Hasil daripada usaha pula terletak di tangan ALLAH SWT sebagai Pemberi dan Penentu.
Bila kesedaran ini muncul di sanubari setiap hamba-NYA, maka semua yang terjadi akan menambah rasa dekat, rasa rela dan rasa sabar bila tertimpa sebarang musibah pemberian Pencipta Yang Maha Pengasih dan Maha Luas Pengetahuannya dan paling penting, Penentu qadak dan qadar hamba-NYA.
Jika perasaan ini tidak dimiliki sebagai penguat jiwa, maka akan teruslah kita teramuk rasa tegang, rasa gundah, rasa sakit hati atau rasa cemas di dada yang tidak pernah terpadam dan terkendali.
Menyedari hakikat setiap anak Adam yang lahir sudah tertulis qadak dan qadarnya, maka teruslah berusaha merawat kesedihan sedaya mungkin serta memohon bantuan, petunjuk dan hidayah daripada Pemberi musibah tersebut agar usaha kita menjadi ringan.
Jangan pula berasa kita berkemampuan sepenuhnya mengatasi masalah sendiri tanpa memerlukan DIA untuk campur tangan... kerana kita tidak akan mampu tanpa-NYA.
Sesuatu terjadi kerana ia sudah ditentukan akan ter-jadi. Sedarlah... setiap yang sudah digariskan-NYA akan tetap terjadi biarpun satu dunia menghalangnya. Mana mungkin dunia dapat menghalang meletusnya gunung berapi kerana itu sudah ketentuan Ilahi.
Begitulah hidup kita. Kita hanya layak menjalani apa yang kita rancang. Tetapi jangan lupa DIA juga merancang. Maka, yang akan terjadi ialah apa yang sudah dirancang-NYA. Bila merancang yang bukan izinnya DIA, pasti perancangan kita akan meleset. Berpeganglah pada keyakinan ini agar kita tidak terperangkap dalam rasa sedih, dendam, penyesalan dan kebinasaan.
Percayalah pada ketentuan-NYA yang disebut qadak sebelum kita menghukum diri atau orang lain dengan kebencian dan balas dendam. Kepercayaan ini akan membuahkan ketenangan tanpa rasa sesal atau pedih untuk melangkah liku-liku hidup yang pasti akan ditemui walau dalam apa pun jua bentuknya... sama ada sesuai dengan hajat dan kemahuan kita atau sebaliknya.
Jangan pernah menyesal dan menyalahi diri atas pilihan yang sudah dibuat dengan ungkapan, ‘andai kata’, ‘jika’, ‘kalaulah aku tidak melakukan tindakan ini, pasti hal sebegini tidak terjadi’ dan lain-lain ungkapan penyesalan kerana ia hanya menambah berat derita yang ditanggung. Lebih baik memujuk hati dan perasaan dengan ungkapan keramat ‘semua ini adalah ketentuan ALLAH SWT’ kerana sudah dipesankan kepada semua pengikut Rasulullah SAW.
Mudah-mudahan dengan meyakini ini, kita tidak lagi berdukacita bila dilanda kesulitan dan penderitaan. Jadikan kesusahan itu universiti kedua dalam hidup. Belajarlah daripada kisah Nabi Ibrahim bila mahunya DIA, api yang panas menjadi dingin dan kisah Nabi Musa tentang laut luas bertukar menjadi jambatan untuk dilalui jika takdir-Nya datang berkunjung memudahkan kehidupan manusia.
Binalah keyakinan bahawa bersama kesusahan itu pasti datang kemudahan. Janji-NYA itu pasti dan tidak wajar diragukan. Inilah motivasi unggul yang membuatkan semua utusan-NYA tidak pernah menyesal menjadi nabi dan rasul. Mereka tidak pernah meminta untuk meletak jawatan biarpun betapa sulit tentangan yang dihadapi meskipun ancaman bunuh.
Mari renungkan janji-NYA ini dalam kehidupan harian dan gerakan alam semesta. Tiada malam terus berpanjangan, pastilah siang akan menjenguk tanpa ingkar. Diusir fajar yang membuatkan mentari malu untuk bertandang... menggantikan gelap malam kepada kecerahan siang. Begitulah mahunya DIA.
Bila kita lapar pasti akan diganti dengan kenyang. Bila kita sakit, pasti akan datang kesembuhan berbentuk hidup atau kematian. Jika dalam kesesatan, pasti ditemukan petunjuk. Setiap tangisan pasti akan ditemukan dengan senyuman di penghujungnya. Rasa takut akan ditelan hilang oleh datangnya rasa aman.
Mari basuh diri kita yang sedang dalam kesulitan dengan renjisan berita pertolongan-NYA yang akan datang secepat kelajuan cahaya dan sepantas kerdipan mata. Itulah yang dibuktikan dalam sejarah tamadun manusia. Nabi Yunus selamat dari perut ikan Nun dan Nabi Musa mampu membelah Laut Merah.
Pesanan dibisikkan oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang bersembunyi di dalam sebuah gua. Lalu dibisikkan pula oleh baginda SAW kepada sahabatnya Abu Bakar sehingga menukarkan rasa bimbang kepada rasa tenang dan tenteram:
Bahawa ALLAH Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi bersama kita. (at-Taubah : 40)
Begitulah jua kita jauhkan diri daripada berasa tersuntuk waktu walau sesaat pun kerana DIA sentiasa melihat serta sedia membantu bila hamba-nya mengadu dan berserah dengan sabar hanya kepada-NYA untuk merubah keadaan yang menghimpit. Siang dan malam sahaja pasti bertukar. J
adi, mana mungkin sudah selamanya, sulit selamanya dan sempit selamanya. Yakinlah setelah datangnya sulit, pasti ditukar dengan kelegaaan bila sampai masanya kerana DIA tidak pernah kejam pada hamba-nya.
Rabu, 24 Oktober 2012
kemuncak keserabutan
serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
serabuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
sersbutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
serabuttttttttttttttttttttttttttttttt
Rabu, 10 Oktober 2012
laksa johor
Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)
1 kilo ikan kembung
100 gm udang basah
10 gm isi ikan kurau (dibakar)
50 gm udang kering
Bahan B (dikisar):
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai (diketuk untuk tumis)
2 keping asam gelugur
1 kotak santan
1 paket kerisik
1 paket rempah kari
4 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
10 biji limau kasturi
1 biji timun (diracik halus)
Sedikit tauge segar
Sedikit jeruk
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih
Bahan sambal belacan:
6 biji lada merah
30 gm belacan (dibakar)
1 biji bawang merah
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.
2. Untuk menyediakan kuah pula, tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangi
3. Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.
4. Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.
5. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan dua mangkuk air dan masukkan asam keping.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
8. Rebus spageti dan tos.
9. Untuk menyediakan sambal belacan, mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.
Khamis, 4 Oktober 2012
sabar wahai hati
hidup ini sangat menyedihkan..
x de semangat nak teruskan kehidupan
setiap hari hanya yang mampu difikirkan
biar la ajal menjemput
izrail, aku menunggu mu
kubur, aku bersedia memasuki mu
aku lagi rasa bersyukur untuk mati berbanding hidup
untuk apa hidup, untuk rasa derita
kesian pada hatiku..
x tertanggung menanggung rasa
aku dah pun berusaha untuk mengembirakan hati
aku cuba untuk redha atas semua musibah
pujuk diri untuk tidak memikirkan apa yg berlaku
namun aku tewas
selagi nyawa masih bernafas
mana mungkin untuk aku tidak memikirkan musibah dan nasib malang ini
tapi..setiap kali juga air mata akan menitis
dadaku terasa berat
fizikal ku lemah
aku cuba untuk bersangka baik dengan tuhan
untuk tidak membiarkan syaitan membisikkan kata-katanya
sabarlah wahai hatiku..tuanmu ini kesian pada mu..tapi dia x mampu berbuat apa-apa
kerana ia adalah takdir dari tuhanmu
Ahad, 2 September 2012
ayam masak merah
bahan-bahan
- bawang merah
- serai
-lada kering
-lada merah
-buah tomato
-halia
-bawang putih
cara-cara
-blend semua skali dan tumiskan
- bawang merah
- serai
-lada kering
-lada merah
-buah tomato
-halia
-bawang putih
cara-cara
-blend semua skali dan tumiskan
kek lapis keju kukus...
bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk
(b)
1cwn tepung naik sendiri
(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)
cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg
bahan cheese
250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum
pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg
dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis
Langgan:
Catatan (Atom)