Jumaat, 10 Julai 2015

toner

Try this homemade face toner and stand strong against the aging process.
Ingredients:
  • 1 lemon
  • 1/2 glass beer
  • 1/2 glass rose water
Preparation:
  1. Juice the lemon.
  2. Add beer and rose water. Stir well.
  3. Apply the mask on a clean face. Use a cotton pad for an easier application.
  4. Leave it on for a while and let the ingredients do their magic. For optimal results apply the toner before you go to bed and leave it on overnight.

Your will wake up with a softer and smoother skin.

BISKUT NESTUM

BISKUT NESTUM
Bahan-bahan:
250 gm butter
100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara:

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati.
4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven).

kek butter

BUTTER CAKE
..moist..supersoft and fluffy..
..by Sofea Omar
1 ketul @ 250 gm @ 1 cawan butter
..akk guna buttercup je
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telor A
1 penutup esen vanilla
2 1/2 cawan tepung gandum..
1 sd kecil baking powder..
..ayak 2 x
1 cawan susu segar
Pukul butter dan gula sampai putih gebu..
Masukkan telor satu persatu
Pukul sebati..pelan je..masukkan esen..
Masukkan tepung selang seli dgn susu
Kaup balik guna spatula/senduk kayu
Bakar suhu 170.. 50minit..1 jam
..ikut kesesuaian oven masing2 yee...
Api atas bawah..bila atas dah nampak perang..tukar api bawah sahaja.

KEK BUTTER
Bahan² :-

250 g butter
250 g tepung gandum
200 g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 sudu mkn b.powder
~ Sbg tambahan sy cmpak asam manis,cips coklat & buah ceri merah lebihan projek kek raya aritu...hihi
Cara² :-
-Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
-Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
-Masukkan telur sebiji demi sebiji d'dalam selang seli dengan tepung.Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.




BUTTER CAKE#
100g mentega (butter)
100g margerin
130g gula castor
4 bj telur B
150g tepung gandum (nak guna tepng selfrising pn boleh)*
1 sudu besar serbuk penaik*
15g tepung jagung*
25g tepung susu*
1 sudu teh esen vanilla
(Bahan bertanda * Tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung dan susu tepung diayak bersama trlebih dahulu)
CARA:
1. Pukul mentega, margerin dn gula castor smpai gebu. Bila gebu, adunan akn berwarna lebih cerah.
2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla dn pukul laju brtujuan supaya telur cepat sebati. Tp sekejap sj, jgn lama2 ye.
3. Masukkan adunan tepung yg tlh diayak sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik. Tak perlu pakai mixer. Pastikan adunan betul2 sebati dan tak berketul2.
4. Tuang ke dalam loyang yg dialas kertas minyak dan bakar dgn suhu 180°c selama 1 jam atau sehingga masak. Api ats dn bwh yee...
*mentega (butter) klau nk sedap pkai brand Anchor... Tp klau nk guna buttercup pn boleh.
*margerin pula blh guna planta atau daisy.
*tepung susu sy guna fernleaf. Tp klau nk pkai brand lain pn xde masalah... dutch lady ke, susu tepung anak ke hehe...




Butter Cake (Kukus)

Bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna-ikut citarasa

Cara-cara:

Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telur satu persatu dan putar kembang.
Masukkan tepung yang diayak tadi, esen vanilla dan susu pekat manis..sebatikan.
Bahagikan adunan mengikut citarasa nak buat berapa warna. Titiskan pewarna gaul..masukkan setiap pewarna dalam piping beg dan pipe ke dalam paper cup..
Kalau nak buat macam kek marble pun boleh..sendukkan je adunan masuk dalam loyang..gris loyang dengan butter atau lapik kertas minyak..
Panaskan pengukus...kalau sebiji kek guna loyang kukus 1 jam
Kalau buat dalam paper cup/bekas dadih..dalam 15 minit dengan api sederhana.
Senang sangat. Mesti cuba.
Dengan satu adunan kita boleh cuba perlbagai bentuk kek.




BUTTER CAKE
Bahan2nya:
250 gm butter
200 gm gula caster
2 camca teh ovellate
4 biji telur
270 gm tepung superfine
1 st baking powder
60 gm susu pekat
2sb susu segar
sedikit esen vanila
Cara2nya:
1) Ayak tepung dgn baking powder - ketepikan
2) Putar butter, gula dan ovellate hingga kembang dan berkrim
3) Masukkan telur sebiji2 sambil terus memutar.
4) Masukkan susu pekat dan susu segar bersilih ganti dengan tepung.
5) Alas loyang dgn kertas minyak (tp saya tak alas sebab saya gunakan loyang bulat seperti dlm gambar).
6) Dibahagian atasnya saya celupkan chopstik ke dalam botol pewarna yg saya suka dan saya lorekkan dengan cara memutar2kan chopstik itu mengikut arah jam.
6) Bakar pd suhu 160'c (mengikut kapasiti oven masing2) selama 45-50 minit atau sehingga masak...SIAP..
SELAMAT MENCUBA

MOIST BUTTER CAKE - ENGLISH VERSION
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
SUNDAY - 12•07•2015
RECIPE BY : OWNER CHEF ALINAH BINTE ALI
@ HOT OVEN & PAPER MALL
PHOTO BY : TWINS AMZANEE @ COFFEE TALK
NOTE :
RE - POST UPON REQUEST. THANK YOU FOR SHARING MY POST. PLEASE PROCEED TO SHARE AS YOU DESIRE.
INGREDIENTS :
375 GRAM SALTED BUTTER - SOFTENED
300 GRAM EGGS - AROUND 6 EGGS AND WEIGHT IT FIRST THEN SEPARATE WHITE EGGS AND THE YOLKS.
300 GRAM SELFRAISING FLOUR - SIFTED
225 GRAM CASTER SUGAR
90 ML EVAPORATED MILK
75 GRAM CASTER SUGAR
2 TEASPOONS VANILLA EXTRACT
THINGS TO DO :
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
PREPARE A 9 / 10 INCH SQUARE PAN. LINE THE BASE OF THE PAN DAN GREASE THE BASE AND THE SIDES.
YOU CAN ALSO USE PAPER CUPS IF DESIRE. JUST ADD 100 GRAM CHOCOLATE RICE INTO BATTER IF YOU WANT TO MAKE IT "MOIST CHOCOLATE RICE BUTTER CAKE"
METHOD :
(01) BEAT WHITE EGGS AND 75 GRAM CASTER SUGAR UNTIL STIFF AND SET ASIDE.
(02) BEAT BUTTER AND 225 GRAM CASTER SUGAR UNTIL PALE AND FLUFFY.
(03) ADD IN VANILLA EXTRACT AND BEAT FOR AWHILE.
(04) ADD IN EGG YOLKS WHILE BEATING ONE BY ONE AND BEAT UNTIL WELL COMBINE.
(05) TURN MIXER TO LOW SPEED AND ADD IN HALF OF THE FLOUR AND HALF OF THE EVAPORATED MILK, AND MIX UNTIL WELL INCORPORATED.
(06) ADD IN THE BALANCE OF FLOUR AND EVAPORATED MILK AND MIX UNTIL WELL INCORPORATED.
(07) ADD IN HALF THE EGG WHITES MIXTURE AND MIX WELL. THEN OFF THE MIXER.
(08) ADD IN THE BALANCE OF EGG WHITES AND FOLD IN WITH SPATULA UNTIL WELL COMBINED.
(09) POUR BATTER IN PAN AND LIFT UP THE PAN AND SLOWLY BANG ONCE.
(10) BAKE FOR 50 - 60 MINUTES AT 150 - 160 CELSIUS OR UNTIL SKEWER COMES OUT CLEAN.
(11) AFTER BAKING, LET THE CAKE TO COOL FIRST IN THE PAN, THEN CAN PUT ON THE RACK.



BASIC BUTTER CAKE:
Bahan (A): 200 gm majerin planta
50 gm butter Anchor
150 gm gula kastor
100 gm gula aising
(B) 250 gm telur -tanpa kulit
1/4 sudu kecil esen vanilla
(C) 250 gm tepung gandum blue key@ cap kunci - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
Cara-caranya:
1. Putar bahan (A) sehingga creamy (bg nampak creamy putih).
2. Masukkan telur & esen vanilla.Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit( semasa masuk tpg ,perlahankan kelajuan mixer). Jangan diputar terlalu lama .
4. Masukkan perisa / pewarna mengikut citarasa anda.
5. Masukkan kedalam loyang 8 inci..Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit - 1 jam.(sehingga masak)
NOTA : 1. Jika menggunakan mixer TRIO..resepi ini hendaklah dibuat 2 adunan lg cantik teksturnya..kalau 2 adunan..dapat 2 bekas 8 inci square / bulat.
2. Resepi ini boleh dipelbagaikan..dlm gambar ni menggunakan basic resepi shj.

OLD FASHIONED BUTTER CAKE
rspi en. Goggles je
Alhamdulillah...sgt puas ati
1 cwn buttter
2 cwn gula caster (sy guna 1 3/4cwn)
4 bj telur besar
1 st esen vanilla
3 cwn tpg gndum (sy kurangkn 3sb sbb telur kecil)
1 st baking pwder
1 cwn buttermilk
Ayak tpg dn bPwder
putar gula dn butter hingga putih gebu. Masukkan telur sbj demi sbj diikuti dgn esen. masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. putar rata shj. berhenti memukul jika sdah sbati. jgn terlebih adun
bakar slama 40-55minit suhu 170-180
**utk mmbuat efek marble dpermukaan kek, tinggalkan sedikit adunan plain utk dcampurkan dgn warna pilihan
**utk mmbuat buttermilk sndiri..1cwn susu segar dcampur dgn 1sb cuka atau jus lemon dn biar sektika hingga klihatan brketul2
** sy cmpurkan sedikit pwrna kuning utk kelihatan spt dlm gmbr
DURIAN BUTTER CAKE - MALAY VERSION
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
SUNDAY - 07•06•2015
RECIPE & PHOTO BY : VERONICA'S KITCHEN
@ FOODFORLIFE
BAHAN (A) :
250 GRAM MENTEGA
170 GRAM GULA CASTER
BAHAN (B) :
4 BIJI TELUR
BAHAN (C) :
250 GRAM ISI DURIAN DIKISAR DALAM FOOD PROCESSOR
BAHAN (D) : DIAYAK
230 GRAM TEPUNG SELFRAISING
1/4 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1/8 SUDU TEH BAKING POWDER
CARA NYA :
PUKUL (A) SEHINGGA KEMBANG SETELAH ITU MASUKKAN (B) SATU PERSATU SAMBIL DIPUKUL SEHINGGA RATA. MASUKKAN (C) PUKUL LAGI SEHINGGA RATA LALU MATIKAN MIXER. MASUKKAN (D) DAN KAUP BALIK DENGAN SPATULA SEHINGGA RATA.
MASUKKAN 3/4 PENUH ADUNAN KEDALAM PAPER CUP DAN KEMUDIAN DIBAKAR SELAMA 25 - 30 MINIT DENGAN SUHU 160 - 170 DARJAH SELSIUS. SUHU KEPANASAN MENGIKUT KETUHAR MASING - MASING.
NOTA KAKI :
SELAIN DURIAN ANDA BOLEH GANTIKAN DENGAN CEMPEDAK, BLUEBERRY, MANGA, PRUNE, STRAWBERRY.
SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MESRA.



kek buah

Kek buah..
KEK BUAh KUKUS –KU YANG SUPER MOIST
(BOLEH JUGA DIBAKAR – 150’C SELAMA 2 JAM)

Bahan-bahan:
250g butter ( Saya guna buttercup- kasi kick sikit rasanya.)
290 gm gula halus
60ml air panas
aneka mixed fruit – saya guna ceri hijau & merah cincang kecik, buah prune,kurma madu and biji bunga matahari
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu besar baking powder *
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar pati sunquik

Cara Menyediakan:

1. Masak gula hingga keperangan ,guna api sederhana, jangan dikacau dengan senduk- biarkan cair sendiri just golek golek kan pan aje. Bila dah cair, gula nya akan bertukar jadi perang time nie masukkan air panas perlahan-lahan- jangan dituang semuanya sekali takut terpercik kat kulit habis lekat parut. Bila air panas di add kan gula akan jadi seperti bergumpal just guna api perlahan untuk cairkan nya balik..bila dah cair sepenuhnya masukkan butter tunggu sehingga cair then tutup api. – boleh rujuk gambar cara nya yee..biarkan sejuk sepenuhnya untuk teruskan step yg seterusnya.

2. campuran mixed fruit direndam dengan ½ cawan air masak suam ( biarkan semalaman atau setengah jam – so that mixed fruit akan mengembang and jadi lebih ringan ..tak lah tenggelam buahnya bila dikukus or bakar nanti) Saya rendam semalaman. Bila nak guna tos keluar air rendaman .

3. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.

4. pukul telor hingga gebu and sebati then add susu pekat and pati sunquik.campurkan ia ke dalam adunan air gula yang dibuat terlebih awal di step 1.(peringatan ..pastikan air gula tue dah sejuk sepenuhnya..-kalau masih panas takut nanti jadi kek telor rebus pulak!...kan dah kuang kuang kuang)

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam step 4. Kaup gaul guna senduk or spatula aje..ulang hingga tepung hamper habis..( tinggal kan sedikit tepung untuk salut mixed fruit yang dah dittos air tadi) boleh tengok picture yang saya upload yee sebagai rujukan ) tujuan nya supaya bila diadun bersama adunan nanti buah akan kekal stabil and ringan and tak akan mendap ke bawah.

6. Alas loyang dengan plastic special untuk kukusan ( supaya senang nak keluarkan dari Loyang nanti). tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil rapat rapat supaya air kukusan tak menitik atas kek tue nanti..

7. Kukus selama 2 jam lebih guna api perlahan ( tujuan kukusan lama nie untuk memastikan kek tahan lama and sentiasa moist and tak kering ( saya kukus ngam ngam 1 ½ jam aje coz tak sabar..hehehh)

MEMO PENTING – PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL BETUL MENDIDIH SEBELUM ADD ADUNAN KEK NIE UNTUK PROSES MENGUKUS YEE..KALAU TAK KEK BANTAT…TIME MENGUKUS KALAU AIR DAH KURANG ..MASAK AIR PANAS AND TUANG DALAM PENGUKUS TUE..JANGAN ADD AIR BIASA PLAK ..NANTI TERBANTUT PROSES MENGUKUSNYA..PART NIE JANGAN DERHAKA YEE..COZ SAYA PERNAH BUAT AND ADD AIR BIASA AJE BILA AIR KUKUSAN KERING..AND KEK NYA TERBANTU AND TAK NAIK ELOK)..

8. Pastikan kek betul2 sebelum potong seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong. – saya biarkan kek buah saya sejuk dulu then saya balut dengn plastic untuk memastikan kek padat elok and moist.

SELAMAT MENCUBA YEE SEMUA...BOLEH RUJUK GAMBAR UNTUK SETIAP STEP YANG DINYATAKAN KAT DLM RESEPI YEE..KALAU CONFUSE GAK JUST TANYA AJE...INSYAALLAH SAYA CUBA JAWAB




Bahan bahan...
150g mentega
120g gula perang / gula halus
160g tepung gandum/cake/superfine *
1sk baking powder *
3 biji telur
1sk orange paste
3sb orange juice (saya guna sunquick)
150g buah campuran. Kalau nk guna ceri saja pon OK
Cara cara
rendamkan buah campuran dgn orange juice - ketepikan
ayak bhn2 bertanda * - ketepikan
pukul mentega + gula hingga kembang
masuk telur satu persatu sambil pukul sebati
masukkan tepung berselang seli buah sambil kaup balik dengan senduk (tp saya masuk tepung dulu,kaup balik sebati baru masukkan buah dan kaup balik sekadar rata,jgn terlalu lama nanti buah turun)
masuk dlm acuan yg telah dilapik kertas, bakar 40-50 min @ 170C
sejukkan, simpan dlm peti ais terlebih dahulu supaya mudah utk dipotong dan kek x hancur

KEK KUKUS BUAH - BUAHAN
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
FRIDAY -26•06•2015
RESEPI BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : NENEK MUMMY KEUKEN
NOTA KAKI :
SILA CUBA RESEPI INI YANG TELAH SAYA GUNAKAN SELAMA 30 TAHUN SEHINGGA SEKARANG. SELAIN BUAH - BUAHAN CAMPURAN ANDA BOLEH TUKARKAN DENGAN HIRISAN KURMA ATAU HIRISAN PRUNE.
SAYA SELALU MENGUNAKAN ACUAN MUFFIN UNTUK KEK PENGANTIN BERTINGKAT SERTA DOOR GIFT UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS ATAU MAJLIS TERTENTU.
SILAKAN SHARE ATAU TAG MENGIKUT KESELESAAN ANDA. SELAMAT MENCUBA DAN SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.
BAHAN (A) :
600 GRAM TEPUNG GANDUM
454 GRAM MENTEGA TIN GOLDEN CHURN
450 GRAM BUAH - BUAHAN CAMPURAN
450 GRAM BADAM CINCANG
400 GRAM GULA TIMBANG HITAM (DARK BROWN SUGAR)
5 BIJI TELUR
2 SUDU TEH ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE
1 SUDU TEH CREAM OF TARTAR
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1 SUDU TEH SERBUK BUAH PALA (NUTMEG)
BAHAN (B) :
220 GRAM GULA PASIR DI JADIKAN GULA HANGUS
BAHAN (C) :
KERAJANG TIMAH (ALUMINIUM FOIL)
TALI RAFFIA ATAU GETAH
CARA NYA :
(01) GAUL RATA BUAH - BUAHAN CAMPURAN BERSAMA SEDIKIT TEPUNG GANDUM AGAR BERDERAI.
(02) KEMUDIAN BAKI TEPUNG GANDUM DI AYAK BERSAMA CREAM OF TARTAR DAN BICARBONATE OF SODA.
(03) PUKUL GULA TIMBANG BERSAMA MENTEGA SEHINGGA KEMBANG. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SATU - PERSATU SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA.
(04) KEMUDIAN MASUKKAN BADAM CINCANG DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA. SETELAH ITU MASUKKAN BUAH - BUAHAN DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA.
(05) PERLAHANKAN MIXER DAN MASUKKAN ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE SERTA SERBUK BUAH PALA SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA HABIS. MATIKAN MIXER DAN BIARKAN SEBENTAR.
(06) MASAK GULA PASIR SEHINGGA MENJADI GULA HANGUS. KEMUDIAN TUANGKAN GULA HANGUS KEDALAM ADUNAN KETIKA MASIH PANAS LALU DI PUKUL DENGAN PERLAHAN SEHINGGA RATA. KEMUDIAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 1 MINIT DAN TERUS MATIKAN MIXER.
(07) GUNAKAN LOYANG 10 X 10 EMPAT PERSEGI. SAPUKAN MENTEGA DISEKELILING LOYANG DAN ALASKAN DENGAN KERTAS. KEMUDIAN SAPUKAN LAGI DIDASAR LOYANG DENGAN MENTEGA.
(08) TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN KEMUDIAN TUTUP DENGAN KERAJANG TIMAH DALAM KEADAAN TEGANG. KEMUDIAN IKAT DENGAN TALI RAFFIA ATAU GUNAKAN GETAH DI TEPI LOYANG. KEMUDIAN KUKUS SELAMA 4 JAM.
(09) KETIKA AIR KUKUSAN TELAH SURUT, TAMBAHKAN DENGAN AIR PANAS KEDALAM PENGUKUS. JANGAN GUNAKAN AIR PAIP KERANA SUHU KEPANASAN NYA AKAN TURUT MENDADAK DAN AKAN MEMBANTUTKAN TEKSTUR KEK.
(10) KEK AKAN SUSUT SEDIKIT SETELAH SEJUK. BUNGKUS KEK DENGAN KERAJANG TIMAH DAN MASUKKAN KEDALAM BEKAS PLASTIK. JANGAN MASUKKAN KEK KEDALAM PETI SEJUK. BIARKAN SAHAJA DISUHU BILIK. KEK BARU BOLEH DI POTONG PADA KEESOKKAN HARI. DAN BARU BOLEH DIMASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK. TEKNIK BEGINI AKAN MEMBUAT KEK LEBIH BERMINYAK SERTA BASAH.


BAHAN2:
400gm buah2an campuran(lebih pun bole)
250gm butter
*300gm tepung gandum
*1s/t soda bicarbonat
*1s/t cream of tartar
*1 biji buah pala(diparut halus-tumbuk pun ok)
3 biji telur(A)
150gm gula kastor
150gm gula pasir
1/2cwn kepingan badam
1s/k esen ros
buah ceri hijau merah
CARA2:
1-Panaskan kukusan dahulu..sapukan loyang(acuan)dengan majerin keseluruhan dan alaskan dgn kertas minyak..
2-bahan2 bertanda*..tepung+soda bicarbonat+cream of tartar+buah pala tumbuk diayak dahulu..dan gaul rata..
3-masukkan buah2an campuran dan kepingan badam kedalam tepung dan digaul rata(bertujuan agar buah2an tidak mendap)
4-pukul butter sehingga kembang...ketepikan
5-didalam mangkuk adunan lain pukul telur bersama gula kastor sehingga kembang dan gula hancur baru campurkan bersama butter yg telah dipukul tadi..dan dipukul sebati sehingga kembang dan masukkan esen ros pukul sebentar ..masukkan tepung yg telah digaul bersama buah2an campuran dan dikacau rata dengan senduk kayu saje..ketepikan sebantar..
6-buat gula hangus...masukkan gula pasir dlm periuk dengan api perlahan buat gula hangus...bila da perang..gula pun berbuih...cepat2 tuangkan dalam adunan kek tadi dan dikacau segera sehingga sebati n rata(kena kacau cepat2 sbb takut gula hangus cepat keras)..
7-da sebati masukkan dalam loyang(acuan)tutup loyang(acuan)dengan aluminium foil(agar air x menitis)..
8-kukus selama 4jam...kena perhatikan air kukusan x kering...jika air kukusan berkurangan tambahkan dengan air panas...
siap sejukkan...bole disimpan lama dengan membungkus kek dengan aluminium foil..tuk mengekalkan kelembapan kek..

RESEPI KEK BUAH MOIST
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanila
==================================================
-----------------------------------------------------------------------------------------
==================================================
Cara-cara
1) Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
2) Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3) Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4) Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
5) Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
6) Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).