Jumaat, 10 Julai 2015

kek buah

Kek buah..
KEK BUAh KUKUS –KU YANG SUPER MOIST
(BOLEH JUGA DIBAKAR – 150’C SELAMA 2 JAM)

Bahan-bahan:
250g butter ( Saya guna buttercup- kasi kick sikit rasanya.)
290 gm gula halus
60ml air panas
aneka mixed fruit – saya guna ceri hijau & merah cincang kecik, buah prune,kurma madu and biji bunga matahari
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu besar baking powder *
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar pati sunquik

Cara Menyediakan:

1. Masak gula hingga keperangan ,guna api sederhana, jangan dikacau dengan senduk- biarkan cair sendiri just golek golek kan pan aje. Bila dah cair, gula nya akan bertukar jadi perang time nie masukkan air panas perlahan-lahan- jangan dituang semuanya sekali takut terpercik kat kulit habis lekat parut. Bila air panas di add kan gula akan jadi seperti bergumpal just guna api perlahan untuk cairkan nya balik..bila dah cair sepenuhnya masukkan butter tunggu sehingga cair then tutup api. – boleh rujuk gambar cara nya yee..biarkan sejuk sepenuhnya untuk teruskan step yg seterusnya.

2. campuran mixed fruit direndam dengan ½ cawan air masak suam ( biarkan semalaman atau setengah jam – so that mixed fruit akan mengembang and jadi lebih ringan ..tak lah tenggelam buahnya bila dikukus or bakar nanti) Saya rendam semalaman. Bila nak guna tos keluar air rendaman .

3. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.

4. pukul telor hingga gebu and sebati then add susu pekat and pati sunquik.campurkan ia ke dalam adunan air gula yang dibuat terlebih awal di step 1.(peringatan ..pastikan air gula tue dah sejuk sepenuhnya..-kalau masih panas takut nanti jadi kek telor rebus pulak!...kan dah kuang kuang kuang)

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam step 4. Kaup gaul guna senduk or spatula aje..ulang hingga tepung hamper habis..( tinggal kan sedikit tepung untuk salut mixed fruit yang dah dittos air tadi) boleh tengok picture yang saya upload yee sebagai rujukan ) tujuan nya supaya bila diadun bersama adunan nanti buah akan kekal stabil and ringan and tak akan mendap ke bawah.

6. Alas loyang dengan plastic special untuk kukusan ( supaya senang nak keluarkan dari Loyang nanti). tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil rapat rapat supaya air kukusan tak menitik atas kek tue nanti..

7. Kukus selama 2 jam lebih guna api perlahan ( tujuan kukusan lama nie untuk memastikan kek tahan lama and sentiasa moist and tak kering ( saya kukus ngam ngam 1 ½ jam aje coz tak sabar..hehehh)

MEMO PENTING – PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL BETUL MENDIDIH SEBELUM ADD ADUNAN KEK NIE UNTUK PROSES MENGUKUS YEE..KALAU TAK KEK BANTAT…TIME MENGUKUS KALAU AIR DAH KURANG ..MASAK AIR PANAS AND TUANG DALAM PENGUKUS TUE..JANGAN ADD AIR BIASA PLAK ..NANTI TERBANTUT PROSES MENGUKUSNYA..PART NIE JANGAN DERHAKA YEE..COZ SAYA PERNAH BUAT AND ADD AIR BIASA AJE BILA AIR KUKUSAN KERING..AND KEK NYA TERBANTU AND TAK NAIK ELOK)..

8. Pastikan kek betul2 sebelum potong seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong. – saya biarkan kek buah saya sejuk dulu then saya balut dengn plastic untuk memastikan kek padat elok and moist.

SELAMAT MENCUBA YEE SEMUA...BOLEH RUJUK GAMBAR UNTUK SETIAP STEP YANG DINYATAKAN KAT DLM RESEPI YEE..KALAU CONFUSE GAK JUST TANYA AJE...INSYAALLAH SAYA CUBA JAWAB




Bahan bahan...
150g mentega
120g gula perang / gula halus
160g tepung gandum/cake/superfine *
1sk baking powder *
3 biji telur
1sk orange paste
3sb orange juice (saya guna sunquick)
150g buah campuran. Kalau nk guna ceri saja pon OK
Cara cara
rendamkan buah campuran dgn orange juice - ketepikan
ayak bhn2 bertanda * - ketepikan
pukul mentega + gula hingga kembang
masuk telur satu persatu sambil pukul sebati
masukkan tepung berselang seli buah sambil kaup balik dengan senduk (tp saya masuk tepung dulu,kaup balik sebati baru masukkan buah dan kaup balik sekadar rata,jgn terlalu lama nanti buah turun)
masuk dlm acuan yg telah dilapik kertas, bakar 40-50 min @ 170C
sejukkan, simpan dlm peti ais terlebih dahulu supaya mudah utk dipotong dan kek x hancur

KEK KUKUS BUAH - BUAHAN
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
FRIDAY -26•06•2015
RESEPI BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : NENEK MUMMY KEUKEN
NOTA KAKI :
SILA CUBA RESEPI INI YANG TELAH SAYA GUNAKAN SELAMA 30 TAHUN SEHINGGA SEKARANG. SELAIN BUAH - BUAHAN CAMPURAN ANDA BOLEH TUKARKAN DENGAN HIRISAN KURMA ATAU HIRISAN PRUNE.
SAYA SELALU MENGUNAKAN ACUAN MUFFIN UNTUK KEK PENGANTIN BERTINGKAT SERTA DOOR GIFT UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS ATAU MAJLIS TERTENTU.
SILAKAN SHARE ATAU TAG MENGIKUT KESELESAAN ANDA. SELAMAT MENCUBA DAN SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.
BAHAN (A) :
600 GRAM TEPUNG GANDUM
454 GRAM MENTEGA TIN GOLDEN CHURN
450 GRAM BUAH - BUAHAN CAMPURAN
450 GRAM BADAM CINCANG
400 GRAM GULA TIMBANG HITAM (DARK BROWN SUGAR)
5 BIJI TELUR
2 SUDU TEH ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE
1 SUDU TEH CREAM OF TARTAR
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1 SUDU TEH SERBUK BUAH PALA (NUTMEG)
BAHAN (B) :
220 GRAM GULA PASIR DI JADIKAN GULA HANGUS
BAHAN (C) :
KERAJANG TIMAH (ALUMINIUM FOIL)
TALI RAFFIA ATAU GETAH
CARA NYA :
(01) GAUL RATA BUAH - BUAHAN CAMPURAN BERSAMA SEDIKIT TEPUNG GANDUM AGAR BERDERAI.
(02) KEMUDIAN BAKI TEPUNG GANDUM DI AYAK BERSAMA CREAM OF TARTAR DAN BICARBONATE OF SODA.
(03) PUKUL GULA TIMBANG BERSAMA MENTEGA SEHINGGA KEMBANG. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SATU - PERSATU SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA.
(04) KEMUDIAN MASUKKAN BADAM CINCANG DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA. SETELAH ITU MASUKKAN BUAH - BUAHAN DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA.
(05) PERLAHANKAN MIXER DAN MASUKKAN ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE SERTA SERBUK BUAH PALA SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA HABIS. MATIKAN MIXER DAN BIARKAN SEBENTAR.
(06) MASAK GULA PASIR SEHINGGA MENJADI GULA HANGUS. KEMUDIAN TUANGKAN GULA HANGUS KEDALAM ADUNAN KETIKA MASIH PANAS LALU DI PUKUL DENGAN PERLAHAN SEHINGGA RATA. KEMUDIAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 1 MINIT DAN TERUS MATIKAN MIXER.
(07) GUNAKAN LOYANG 10 X 10 EMPAT PERSEGI. SAPUKAN MENTEGA DISEKELILING LOYANG DAN ALASKAN DENGAN KERTAS. KEMUDIAN SAPUKAN LAGI DIDASAR LOYANG DENGAN MENTEGA.
(08) TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN KEMUDIAN TUTUP DENGAN KERAJANG TIMAH DALAM KEADAAN TEGANG. KEMUDIAN IKAT DENGAN TALI RAFFIA ATAU GUNAKAN GETAH DI TEPI LOYANG. KEMUDIAN KUKUS SELAMA 4 JAM.
(09) KETIKA AIR KUKUSAN TELAH SURUT, TAMBAHKAN DENGAN AIR PANAS KEDALAM PENGUKUS. JANGAN GUNAKAN AIR PAIP KERANA SUHU KEPANASAN NYA AKAN TURUT MENDADAK DAN AKAN MEMBANTUTKAN TEKSTUR KEK.
(10) KEK AKAN SUSUT SEDIKIT SETELAH SEJUK. BUNGKUS KEK DENGAN KERAJANG TIMAH DAN MASUKKAN KEDALAM BEKAS PLASTIK. JANGAN MASUKKAN KEK KEDALAM PETI SEJUK. BIARKAN SAHAJA DISUHU BILIK. KEK BARU BOLEH DI POTONG PADA KEESOKKAN HARI. DAN BARU BOLEH DIMASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK. TEKNIK BEGINI AKAN MEMBUAT KEK LEBIH BERMINYAK SERTA BASAH.


BAHAN2:
400gm buah2an campuran(lebih pun bole)
250gm butter
*300gm tepung gandum
*1s/t soda bicarbonat
*1s/t cream of tartar
*1 biji buah pala(diparut halus-tumbuk pun ok)
3 biji telur(A)
150gm gula kastor
150gm gula pasir
1/2cwn kepingan badam
1s/k esen ros
buah ceri hijau merah
CARA2:
1-Panaskan kukusan dahulu..sapukan loyang(acuan)dengan majerin keseluruhan dan alaskan dgn kertas minyak..
2-bahan2 bertanda*..tepung+soda bicarbonat+cream of tartar+buah pala tumbuk diayak dahulu..dan gaul rata..
3-masukkan buah2an campuran dan kepingan badam kedalam tepung dan digaul rata(bertujuan agar buah2an tidak mendap)
4-pukul butter sehingga kembang...ketepikan
5-didalam mangkuk adunan lain pukul telur bersama gula kastor sehingga kembang dan gula hancur baru campurkan bersama butter yg telah dipukul tadi..dan dipukul sebati sehingga kembang dan masukkan esen ros pukul sebentar ..masukkan tepung yg telah digaul bersama buah2an campuran dan dikacau rata dengan senduk kayu saje..ketepikan sebantar..
6-buat gula hangus...masukkan gula pasir dlm periuk dengan api perlahan buat gula hangus...bila da perang..gula pun berbuih...cepat2 tuangkan dalam adunan kek tadi dan dikacau segera sehingga sebati n rata(kena kacau cepat2 sbb takut gula hangus cepat keras)..
7-da sebati masukkan dalam loyang(acuan)tutup loyang(acuan)dengan aluminium foil(agar air x menitis)..
8-kukus selama 4jam...kena perhatikan air kukusan x kering...jika air kukusan berkurangan tambahkan dengan air panas...
siap sejukkan...bole disimpan lama dengan membungkus kek dengan aluminium foil..tuk mengekalkan kelembapan kek..

RESEPI KEK BUAH MOIST
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanila
==================================================
-----------------------------------------------------------------------------------------
==================================================
Cara-cara
1) Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
2) Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3) Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4) Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
5) Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
6) Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan