Sabtu, 19 September 2015

Aneka resepi cream cheese


RESIPI 1
500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)
- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu... Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang.. Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...
RESIPI 2 -
360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar
RESIPI 3 - Joy of Baking
227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream
RESIPI 4 - selalu guna utk kek Russian Black
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak
- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko
RESIPI 5 -
250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon
- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.Cream


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Nasi saudi

ARROZ SAUDI (NASI SAUDI)
Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-potong dadu atau ayam- potong 4.
4sudu besar mentega
Air secukupnya
1biji bawang besar-cincang
2ulas bawang putih-ditumbuk
2sudu besar pes tomato
500gm beras- direndam 15minit
40gm kismis
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1sudu besar serbuk buah pelaga
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
30gm kacang pine panggang
40gm badam bakar
Cara membuat
1. Goreng daging dgn separuh mentega hingga keperangan.
2. Tuang air dan kacau. Masak atas api sederhana hingga daging empuk. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam kemudian keluarkan daging.
3. Sukat air rebusan dan tambah lagi air(jika perlu) untk mendptkan 900ml air.
4. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang besar, bwang putih dan baki mentega.
5. Masukan air rebusan dan pes tomato. Bila mendidih, masukan beras, kismis, serbuk bunga cengkih, serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pelaga, garam dan serbuk lada hitam
6. Bila mendidih, tutup periuk dan perlahankan api. Biar nasi masak dgn sempurna.
7. sajikan dgn kacang pine, badam serta daging.
Selamat mencuba...

Shawarma

SYAWARMA (KEBAB DAGING)
Bahan-bahan;
250ml dadih asli
2 sudu teh jus lemon
4ulas bawang putih-cincang
1biji bawang besar- cincang
1sudu besar sos cili
1sudu teh cuka
1/2 sudu teh serbuk cili
600gm daging-hiris nipis
Garam secukup rasa
Bahan sos;
200ml tahini
2ulas bawang putih-cincang halus
2sudu teh jus lemon
20gm daun parsli-cincang
150-200ml air
Bahan sampingan:
8 keping roti pita
Tomato, bawang besar daun salad
Cara membuat:
1. Satukan dadih, jus lemon, bawang putih, sos cili,cuka, bawang merah, serbuk cili dan garam.
2. Masukan daging dan perap selama 12jam di dalam peti sejuk.
3. Cucuk pada skewer atau atur atas pemanggang. Bakar daging pada suhu 200'c hingga masak.
4. Untuk sos: satukan tahini, bawang putih, jus lemon daun parsli. Kacau ratag tambah air jika pekat.
5. Sapukan pes tahini dalm roti dan letak bahan2 yg lain.
Nota: tahini ialah pes bijan, dijual di dalam botol. Jika tiada boleh di gantikan dengan mayonis.
Selamat mencuba...

Nasi Maqlubah

NASI MAGLUBAH(TERBALIK)
Bahan-bahan1:
1 kilo ayam - potong kecil(boleh di gantikan dengan kambing/lembu/unta
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit
Bahan 2:
2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung
Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas.
BAHAN-BAHAN Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
2 biji tomato
5batang biji ketumbar
1biji jus lemon
Garam dan gula secukupnya

KUDBAN (DAGING PANGGANG)

KUDBAN (DAGING PANGGANG)
Bahan-bahan;
1kg daging kambing/lembu/unta- dipotong nipis
1sudu besar mix herbs
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
1biji bawang besar- cincang
10 gm daun parsli- cincang
2sudu besar daun ketumbar- dicincang
2ulas bawang putih- ditumbuk
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara membuat;
1. Cmpurkan semua bahan di dalam mangkuk.
2. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
3. Perap selama 3-4jam jika lebih dari 4jam, letak dlam peti sejuk.
4. Gril atau panggang pada suhu 200'c
6. Semasa memanggang, renjiskan bahan perap.
Selamat mencuba...

Rempah kabsah


Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara-cara.
1. Bkar atau salai bahan2 bertanda **
2. Kisar bahan2 tersebut kesemuanya sampai betol2 halus.
3. Cmpurkan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit..siap rempah kabsah...

AYAM BAKAR AZERBAIJAN


Bahan-bahan;
1 ekor ayam- bersihkan
Bahan A:
1/2 teh sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu rempah KABSA
garam cukup rasa
Perasa(jika perlu)
Bahan B;
2 labu bawang besar holand- dihiris
2 biji lemon- di hiris buat.
Bahan c;
Sedikit pewarna kuning/safron
Alumunium foil
Tin biskut.
Cara menyediaan;
1. Ayam d bersihkan dan potong 4/ atau 1ekor
2. Gaul ayam bersama bahan A serta pewarna kuning. Perapkan selama 4jam( 2jam pun ok) dan Masukan hirisan bawang serta lemon d dlamnya. bungkus dgn alumunium foil. Masukan ke dlm tin biskut.
Kaedah bakar 1.
Gali permukaan tanah letak tin biskut d dlam tanah. Ungurkan api kemudian letak d atas tin yg d tutupi tanah..
Kaedah bakar 2.
Boleh juga bakar d dlam oven tapi jangan letak tin ye cukup sekadar aluminium foil..
Selamat mencuba...