RESEPI: I.
Bahan-bahan:
1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar.
1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil
jusnya.
5 helai daun salam..daun salam indonesia pun
boleh.
2 sudu kecil biji lada hitam.
1 - 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai
kot. Tapi jangan bubuh pulak anti-klorin untuk aquriun bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak
dibawah..ambil air diatas saja..ok.
1 tsp garam.
cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam
1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun
boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam
ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air
boleh tambah tapi berikan ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan
bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3
minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan
didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunaka sos ini 4-6
bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia
ikan yang mahal..kalu beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis
boleh juga jadi sos ikan...tak caya try..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan