Sos pasta/piza/lasagna
1) 7 biji bawang besar dipotong dadu. 1 labu bawang putih dicincang. Tumis hingga lembut dan lutsinar.
2) Masukkan 5 helai daun bay, 3 sudu besar herba campuran dan 15 biji tomato ranum yang dipotong dadu. Reneh hingga tomato lembut dan hampir hancur. (*Boleh masukkan ayam cincang atau daging cincang jika mahu)
3) Kisar 3 biji lobak merah, 5 batang celery dan sebiji epal hijau hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati.
4) Tambah setin puri tomato jika mahu. Boleh juga tambah hirisan cendawan butang atau shiitake.
5) Reneh hingga pekat lebih kurang sejam (api perlahan). Perisakan dengan garam, sedikit gula dan lada hitam selepas api dipadamkan.

* Pastikan benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk.
** Jika tidak ditambah ayam atau daging cincang semasa proses memasak, boleh ditambah kemudian semasa mahu panaskan sos untuk dimakan dengan pasta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan