Selasa, 14 Januari 2014

Tips pekat kuah

Hari ini saya hendak berkongsi cara-cara untuk memekat kuah untuk sesuatu resepi, yang saya kumpulkan dan berguna untuk kita ketahui dan berkongsi…setelah membaca dan mencobanya… Oats (Quaker Oats)untuk memekatkan Masakan Sup Kambing tapi tidak boleh letakkan banyak agak2 sukatannya..kerna selepas sup itu sejuk ia akan berketul2 jika dimasukkan terlalu banyak kelak.Bukan sahaja pekat tetapi ia terasa lemak manis…(y) Tepung jagung perlu dicampurkan dengan sedikit air – untuk memekatkan kuah atau sos… Carageenan sejenis agen pemekat karbohidrat yang dihasilkan secara semulajadi daripada didihan rumpai laut. Ada kata kalau nak mendapatkan kuah asam pedas pekat masukkan air asam jawa sikit2 pastu kacau baru masukkan ikan dan biarkan seketika, pastu baru masukkan air lagi..sedikit demi sedikit Ada petua mengatakan ,” *kalau nak masukkan air plak,saya ikut petua org bagi...masukkan air dalam bekas air asam jawa tadi..walaupon asam jawa hanya tinggal bijik sahaja,..*” Kadang-kadang makanan berkuah yang dimasak agak cair dan tidak pekat.n. Untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat, tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan. Potongkan beberapa biji tomato dan kisar dengan sedikit air. Masukkan air tomato ke dalam tomyam anda. Tomyam bukan sahaja sedap, malah warnanya juga berseri dan menarik. Anda juga boleh masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kadangkala kita terbubuh air sehingga sup menjadi cair.Bagi memekatkan supnya, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek..ini juga tergantung pada resepinya..ie Mee Rebus , kuah kari(kerna masak masukkan kentang jadi sesuai juga) Gunakan secukup tepung lentil (sejenis dal) atau kacang pis yang boleh dibeli dari kedai-kedai menjual makanan sihat. Campurkan bahan ini dengan sedikit air untuk dijadikan pes, kemudian tambahkan air sedikit-sedikit hingga ia cair dan masukkan ke dalam sup sambil kacau agar ia tidak bergentel. Renehkan sup anda hingga mendidih. Seperti tepung lain, sebaiknya anda gunakan bahan ini secukupnya supaya sup anda tidak terlalu pekat.**Jika sup anda jenis merah, anda boleh gunakan pes tomato untuk memekatkannya. Pes tomato juga boleh menambahkan rasa enak sup anda. Anda juga boleh gunakan sayur-sayuran yang dicencang hingga lumat dan campurkan ia dengan segenggam lentil atau barli bagi tujuan yang sama. Bagaimanapun bijirin ini hendaklah direbus bersama-sama daging di peringkat awal memasak sup supaya ia benar-benar empuk. Jika anda tidak suka kekacang atau bijirin, gantikan ia dengan kentang rebus yang sudah dilecek hingga lumat atau gunakan saja tepung kentang. Tentu sup anda akan terasa lebih lemak dan enak. Sesudu besar mentega kacang yang dicampurkan ke dalam sup bukan saja boleh memekatkannya malah meningkatkan lagi rasanya. Jika anda ada saranan mari kita berkongsi ilmu dan berikan komen2nya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan