Ahad, 17 Jun 2012

Daging masak kicap bersos tomato

Bahan-bahan

- daging dihiris kecil, kicap, bawang putih ditumbuk= gaul dan biarkan semalaman @ sekurangnya 2 jam
- minyak
- garam dan gula
- kicap
- sos tomato
- bawang merah, putih= ditumbuk
- lada merah, bawang besar= dihiris (hiasan)

Cara-cara

1. masukkan minyak, bawang= tumis hingga bau wangi
2. masukkan daging. goreng hingga masak.
3. tambah air @ kicap untuk kuah (keringkan jika ingin kuah sedikit)
4. masukkan garam, gula, hiasan.
5. sedia dihidang

Sabtu, 16 Jun 2012

Nasi Kerabu

bahan- bahan

i). bahan A (nasi)

- beras dibasuh
- daun limau purut
- pewarna kuning/ biru
- serai dititik

cara-cara

1. masukkan beras ke dalam periuk, daun purut, pewarna kuning dan serai= masak hingga nasi masak.

ii) bahan B (sambal)

- kelapa digoreng tanpa minyak hingga bertukar warna.
- ikan rebus dibuang tulang.
- garam dan gula
- bawang merah , putih (sedikit sahaja= 1 ulas), lada hitam, halia, serai = ditumbuk @ diblend

cara-cara

1. masukkan kelapa goreng, ikan rebus, garam, dula dan bahan diblend= gaul dan rasakan


iii) ulam

- kubis, timun, daun kesum= dihiris
- taugeh

iv) sambal tumis

bahan-bahan
- santan pekat
- belancan
- cii boh,
- serai
- bawang merah dan putih (1 ulas)= diblend
- asam gelugur

cara-cara

1. masukkan santan pekat, cili boh, serai, asam gelugur, bawang= masak hingga pecah minyak.(kuah tinggal separuh)

Jemput malas

Bahan-bahan

- tepung gandum
- bawang merah ditumbuk
- carrot dihiris halus memanjang
- bawang besar dihiris halus
- garam
- serbuk penaik
- air panas (1/2 cawan)
- serbuk kunyit @ pewarna kuning
- taugeh
- air biasa

Cara-cara

1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas, garam, pewarna kunin, air panas= gaul
2. masukkan bawang merah, carrot, bawang besar, taugeh ,serbuk penaik, air biasa= gaul lagi.
3. rehatkan adunan.
4. sedia digoreng.

Kari ayam tanpa santan

Bahan-bahan

- bawang merah dan putih= dihiris
- ayam dipotong 12
- tomato=diblend
- serbuk kari ayam jenama BABAS (jenama lain, rasa kurang sedap. campur dengan air.
- minyak
- garam

Cara-cara

1. masukkan minyak.
2. masukkan bawang yg dihiris. tumis hingga bau wangi dan warna kekuningan.jangan biar bawang hangit.
3. masukkan serbuk kari. tumis sehingga kari masak.
4. masukkan tomato yang diblend.masukkan ayam.masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga ayam masak
5. sedia dihidang.

(boleh tambah air, kepekatan kuah bergantung pada tomato yg diblend).

Acar Campur

Bahan-bahan

- minyak
- bawang merah, putih, halia, serai dan kuah= ditumbuk hingga lumat (bahan A)
- kacang panjang, timun, putik jagung= dipotong memanjang (bahan B)
- lada merah, bawang besar= dihiris (bahan C)
- cili boh
- santan pekat
- asam gelugur
- garam dan gula
cara-cara

1. panaskan minyak
2. masukkan bahan A. Tumis hingga masak iaitu terbit bau wangi, bertukar warna dan pecah minyak.
3. masukkan santan sekali ngan asam gelugur. biar sehingga mendidih.
4. apabila santan masak. masukkan bahan B dan C. masukkan garam dan gula.
5. sedia dihidang.

Khamis, 8 Mac 2012

Sabar itu pahit


Sabar mudah diucap tapi sangat payah untuk dihayati. Hanya yang memahami erti dan makna sabar sahaja yang mengerti betapa sukarnya untuk mengucapkan sepatah perkataan yang bernama SABAR.

Selasa, 7 Februari 2012

Tips sukatan cawan ke garam untuk bahan-bahan buat kek

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter

sumber: tiffin biru


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel