Rabu, 23 April 2014

Nasi hyderabadi

RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADI

Tadi dah tau macamana nak buat lauk untuk Nasi Beryani Hyderabad, ni pula bahagian nak buat Nasi Beryani Hyderabad pula..

Aci..mami.. maaf ye, ini je yang hamba reti, kalau salah tolong tunjukkan ya..Ayahanda Mamak Haji mungkin boleh bantu ya.

Bahan-bahan ;
1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus.
Cara-caranya :
1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan
2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras.
3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak.
Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas.


RESEPI Chicken Beryani
******************

Bahan-bahan Untuk Perap Ayam
Seekor Ayam
2 biji Cili hijau
Sedikit Daun pudina
Sedikit Daun ketumbar
4 ulas Bawang putih ditumbuk
Sedikit halia ditumbuk
*1sdk Serbuk jintan putih
*1sdk serbuk jintan manis
*1sdm Serbuk ketumbar
*1sdm serbuk cili
*1sdm Serbuk kunyit

Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (
2sdm Garam
2 helai DaunBay
1 batang Kayu manis
2 bji cengkih
3 biji Buah pelaga
1 mangkuk kecil Bawang goreng 
1 cawan Minyak zaitun
1 cawan Yoghurt.
NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. ½ jam
Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk

ACAR BOMBAY
**********
Ini pula, nak bagi set untuk makan dengan Nasi Hyderabad tadi. Dah ada lauk, dah ada nasi, ada.sambal mesti tak kena kalau tak de acar. Tapi ini bukan berasal dari BOMBAY tau..nama dia aje ACAR BOMBAY..hi3. Shah Rukh Khan, Amitat Belacan..jangan maree tau.

Sedap ACAR BOMBAY ni tau..ada rasa masam manis yang sesuai sangat makan dengan jenis-jenis nasi minyak atau nasi arab. Kita belajar dengan SANJAY DUT dulu2..Try la ya resepi ni..

ACAR BOMBAY STAIL USTAZAH
************************

Bahan-bahan :
100 gram karot, timun, ubi sengkuang potong batonnet (memanjang), ½ cawan cuka, ½ cawan gula, garam, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk rempah campuran (halba dan biji sawi),2sdm tepung kanji yang dibancuh dengan air, boleh ditambah udang kering yg ditumbuk/ kacang tanah.
Cara-cara :
Masak air ½ mangkuk, masukkan kunyit 1sd, halba campur, garam, gula, cuka, tepung kanji yg dibancuh. Bila mendidih padamkan api. Masukkan sayur dan bahan lain. Gaul rata

Acar masak

ACAR MASAK BONDAKU (WAN FUZIAH )

Bahan
2 batang timun - belah 6- buang biji & hiris memanjang
10 biji bawang merah - belah 2 jika besar
10 ulas bawang putih - belah 2 jika besar
2 inchi halia - hiris batang mancis
1 sudu teh biji sawi
sedikit minyak mengoreng

Dressing
2-3 sudu makan cuka putih
1 1/2-2 sudu makan gula
1/4 cwn air
1 sudu teh pewarna kuning
garam

Caranya:
1) Panaskan minyak-tumis bawang-merah+putih+halia. Dalam beberapa saat sahaja.
2) Masukkan biji sawi- sebentar sahaja dan masukkan timun. Kacau
3) Bancuhkan bahan dressing dan tuang kedalam kuali dan kacau untuk beberapa saat sahaja.
4) Jangan over cook. Tutup api.
TIP
p/s= kalau mak saya dia lebih suka pilih bawang merah yang kecil2 dan masak pun sebiji-sebiji gitu. Masak acar jangan lama biar timun tu bila dikunyah ade rase crunchynya. Jangan berkuah nanti cepat basi. Simpan dalam petisejuk boleh tahan lama.
petua org tua2=rendam timun dgn air kapur sebentar @ air garam=untuk mendapatkan rasa ranggup timun. 

Resepi lengkap yong tau fu


RESEPI YONG TAU FOO: SOS HITAM
Bahan-bahan:
200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat manis.
1 sudu makan minyak masak
1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas


RESEPI YONG TAU FOO: SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.

RESEPI SOS PENCICAH THAI:

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih di kopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel