ACAR MASAK BONDAKU (WAN FUZIAH )
Bahan
2 batang timun - belah 6- buang biji & hiris memanjang
10 biji bawang merah - belah 2 jika besar
10 ulas bawang putih - belah 2 jika besar
2 inchi halia - hiris batang mancis
1 sudu teh biji sawi
sedikit minyak mengoreng
Dressing
2-3 sudu makan cuka putih
1 1/2-2 sudu makan gula
1/4 cwn air
1 sudu teh pewarna kuning
garam
Caranya:
1) Panaskan minyak-tumis bawang-merah+putih+halia. Dalam beberapa saat sahaja.
2) Masukkan biji sawi- sebentar sahaja dan masukkan timun. Kacau
3) Bancuhkan bahan dressing dan tuang kedalam kuali dan kacau untuk beberapa saat sahaja.
4) Jangan over cook. Tutup api.
TIP
p/s= kalau mak saya dia lebih suka pilih bawang merah yang kecil2 dan masak pun sebiji-sebiji gitu. Masak acar jangan lama biar timun tu bila dikunyah ade rase crunchynya. Jangan berkuah nanti cepat basi. Simpan dalam petisejuk boleh tahan lama.
petua org tua2=rendam timun dgn air kapur sebentar @ air garam=untuk mendapatkan rasa ranggup timun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan