Tadi dah tau macamana nak buat lauk untuk Nasi Beryani Hyderabad, ni pula bahagian nak buat Nasi Beryani Hyderabad pula..
Aci..mami.. maaf ye, ini je yang hamba reti, kalau salah tolong tunjukkan ya..Ayahanda Mamak Haji mungkin boleh bantu ya.
Bahan-bahan ;
1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus.
Cara-caranya :
1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan
2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras.
3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak.
Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas.
RESEPI Chicken Beryani
******************
Bahan-bahan Untuk Perap Ayam
Seekor Ayam
2 biji Cili hijau
Sedikit Daun pudina
Sedikit Daun ketumbar
4 ulas Bawang putih ditumbuk
Sedikit halia ditumbuk
*1sdk Serbuk jintan putih
*1sdk serbuk jintan manis
*1sdm Serbuk ketumbar
*1sdm serbuk cili
*1sdm Serbuk kunyit
Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (
2sdm Garam
2 helai DaunBay
1 batang Kayu manis
2 bji cengkih
3 biji Buah pelaga
1 mangkuk kecil Bawang goreng
1 cawan Minyak zaitun
1 cawan Yoghurt.
NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. ½ jam
Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk
ACAR BOMBAY
**********
Ini pula, nak bagi set untuk makan dengan Nasi Hyderabad tadi. Dah ada lauk, dah ada nasi, ada.sambal mesti tak kena kalau tak de acar. Tapi ini bukan berasal dari BOMBAY tau..nama dia aje ACAR BOMBAY..hi3. Shah Rukh Khan, Amitat Belacan..jangan maree tau.
Sedap ACAR BOMBAY ni tau..ada rasa masam manis yang sesuai sangat makan dengan jenis-jenis nasi minyak atau nasi arab. Kita belajar dengan SANJAY DUT dulu2..Try la ya resepi ni..
ACAR BOMBAY STAIL USTAZAH
************************
Bahan-bahan :
100 gram karot, timun, ubi sengkuang potong batonnet (memanjang), ½ cawan cuka, ½ cawan gula, garam, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk rempah campuran (halba dan biji sawi),2sdm tepung kanji yang dibancuh dengan air, boleh ditambah udang kering yg ditumbuk/ kacang tanah.
Cara-cara :
Masak air ½ mangkuk, masukkan kunyit 1sd, halba campur, garam, gula, cuka, tepung kanji yg dibancuh. Bila mendidih padamkan api. Masukkan sayur dan bahan lain. Gaul rata

Tiada ulasan:
Catat Ulasan