Selasa, 29 April 2014

Resepi nasi beringin


Bahan-Bahan:
- 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45 minit.
- 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 batang serai diketuk perdunya.
- 1 sudu kecil garam masala.
- 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga, 5 cengkih.
- 1 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 3/4 tin susu cair.
- 2 sudu besar air mawar.
- 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar, bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
- Air untuk masak nasi sama paras dengan beras. Kaedah Nisbah 1:1.
- sedikit pewarna kuning telur.
- Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat mencuba
 
 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel


 

UDANG MASAK MASALA:

Bahan-Bahan:
Udang besar 1kg.
Bawang Besar 3 biji di hiris & 3 biji dikisar halus.
Halia 1" + Bawang Putih 6 ulas - dikisar halus.
Rempah kari Ikan Baba's - 4 sudu besar.
Serbuk Cili - 2 sudu besar.
Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil.
Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil.
Serbuk Kunyit 1 sudu besar.
Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil(tidak semestinya)
Daun Kari 2 ranting
Minyak masak 6-7 sudu besar.
Jus limau nipis 2 sudu besar.
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang.Gunting sesenggut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya. Peramudang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.

2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.

3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.

 

Pes char keow teow

5liter air + tulang ayam (rebus)
145ml kicap pekat double camel
200ml kicap ikan
2.5sudu sos tiram
1.5sudu kacang taucu (blender)
2sudu stok ayam
5sudu aji
Garam secukup rasa