Sabtu, 14 Jun 2014

RAWATAN BERTANGAS

Rawatan bertangas- membantu mengeringkan saluran sulit serta mengelakkan peranakan dari kudis, luka, kulat dan keputihan yang berbau dan juga membantu menyembuhkan luka dan jahitan agar cepat sembuh. Ia dilakukan pada hari ke 31, 32 dan 33 iaitu dalam hari berpantang 40 hari.

Ramuan tangas:
9 keping asam gelugur
2 camca besar garam jantan
3 helai daun sirih (Piper betel)
segenggam inai (Lawsonia terma)
halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
3 biji manjakani

Caranya: rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas sehingga kira-kira 20minit. Untuk mendapatkan hasil yang baik, ia dilakukan 2-3 kali sehari sehingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang tetapi digunakan untuk mencuci bahagian sulit. Ketika bertangas, asapnya dikurung di dalam kain (sambil berdiri atau duduk diatas kerusi). Mengikut orang tua-tua, fungsinya adalah untuk membuang angin.

Menghilangkan ketumbuhan.

Ketumbohan bolih di hilangkan tanpa pembedahan,cuba cara tradisi ini yang banyak menolong dan dia akan kecut serta pelan pelan hilang. ..insyallah. caranya mudah sekali

Ambil tujuh biji limau nipis dan diperah airnya,kemudian dicampurkan dengan sepotong halia yang telah diracik halus dan dikeringkan,kemudian tiga puluh tangkai cengkeh,lima belas daun sirih yang tua,
Rebus semua bahan-bahab ini sampai air rebusan menjadi setengah cawan,minumlah air ramuan ini selama sebulan,jangan tidak teratur ,hari-hari misti minum, lakukan secara berterusan hingga sampai memuaskan.--cubalah muga allah kabulkan hajat dan usaha kita itu...aminn

Ahad, 8 Jun 2014

Cupcakes vanilla

Resepi Cupcakes Vanilla Sedap 

Bahan-bahan 

( sekeluarga, kalau mini dalam 80 pcs, kalau saiz m dalam kurang lebih 20 pcs )

1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan susu (segar atau uht)
2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.

2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.

4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.

5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.

6. 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.

7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

Puding Jagung

1 1/2 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastard
3 sudu besar jagung ala krim
1 cwn gula
Sedikit garam
1 tin susu cair
300 ml santan
1000ml air
Campurkn bahan diatas dn bancuh dgn susu cair, santan dn air.bancuh semuanya jgn sampai brketul..panaskn diatas api..gunakn api sederhana. .kacau selalu jgn sampai dia kerak dibwh..kacau sampai likat dn betul2 masak.setelah masak tuangkn kedlm loyang.akk guna lyg 10×10..setelah sejuk blh la dihidangkn.
Slmt mencuba

idioms


Cheap


rare 3