Rabu, 29 Ogos 2012

masa depan tanpa arah

x tau masa depan macam mana
hidup rasa x bahagia
duit x ada, kepala sakit, hati sakit
nak bunuh diri x boleh
tuhan marah
nak teruskan hidup..tapi macam mana
buntu sudah
hidup x keruan bila dibelenggu masalah
sampai bila kena hadapi masalah
bagaimana???????????????????????????????????????
????????????????????????????????????????????????

Petua buat mufin gebu



Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ENAK...mufin sedia dihidang kepada tetamu di rumah terbuka. Anda juga boleh memasukkan ke dalam bekas kuih bertutup untuk lebih kemas dan mudah disimpan.
ENAK...mufin sedia dihidang kepada tetamu di rumah terbuka. Anda juga boleh memasukkan ke dalam bekas kuih bertutup untuk lebih kemas dan mudah disimpan.

SELAIN biskut, kek cawan dan mufin kini menjadi antara manisan yang dihidangkan kepada tetamu ketika majlis rumah terbuka. Selain nampak comel, mufin memberi kelainan kepada kek atau makanan yang sedia terhidang di meja.

Teknik asas membuat mufin juga mudah. Hanya campurkan bahan di dalam bekas kemudian diputar sehingga sebati. Tanpa menggunakan mentega, mufin yang lembut dengan tekstur yang halus mampu diperoleh.
sebelum selepas

Foto

TEPUNG...masukkan tepung mufin ke dalam bekas.
Foto

TELUR...tambahkan telur ayam.
Foto

AIR...masukkan air.
Foto

PUTAR...putar semua bahan campuran sehingga kembang.
Foto

MINYAK JAGUNG...masukkan minyak jagung dan putar lagi sehingga sebati.
Foto

BEKAS...selepas siap, masukkan ke dalam sarung kek dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 10 hingga 15 minit.

Menurut pemilik My Mum's Bakery, Siti Saleha Idris, resipi mufin coklat yang tidak meng–gunakan mentega diperoleh turun temurun daripada ibunya.

“Biasanya mufin menggunakan mentega, susu atau dadih sebagai bahan utama, tetapi sebenarnya tanpa mentega, mufin yang lembut, halus dan gebu mampu diperoleh dengan hanya menggunakan bahan asas. Apa yang penting adalah teknik memutar menerusi satu arah supaya dapat menghasilkan adunan sekata,” katanya.


Selain itu, pastikan adunan mufin tidak dikacau melebihi 15 saat. Adunan yang terlalu dikacau akan membuatkan mufin liat, mendap dan tidak sedap.


“Adunan yang bergumpal dan tidak rata memang biasa sewaktu membuat mufin. Jadi pastikan bahan sebati dan lembut selepas dikacau,” katanya yang turut menerima tempahan kek cawan, mufin dan kek untuk majlis perkahwinan dan hari jadi.

Untuk mendapatkan mufin yang diinginkan, Siti Saleha menasihatkan agar menggunakan tepung mufin yang dijual di pasar raya. Elak menggunakan tepung kek atau pastri kerana ia akan membuatkan mufin terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isian cawan mufin pula haruslah sebanyak tiga suku penuh untuk adunan ringan bagi membolehkan tepung naik ketika dibakar. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun sudu ais krim untuk mengisikan adunan ke dalam cawan agar kemas dan tidak comot.

Paling penting untuk mendapatkan mufin yang segar dan gebu, pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dulu sebelum dibakar.


Bahan:

1 kilogram tepung mufin
350 gram telur ayam
225 gram air
280 mililiter minyak jagung

Jumaat, 3 Ogos 2012

solod lada

bahan-bahan

- lada hijau
- kelapa muda yang dimesin
- halia
- ikan dibuang tulang (x payah rebus)
- bawang putih
- lada hitam
- garam
- gula

cara-cara

1) tumbuk halia, bawang putih, lada hitam, ikan, dan kelapa
2) masukkan garam dan gula
3) masukkan bahan campuran ke dalam lada
4) masukkan dalam periuk dan masukkan sedikit air.rebus shngga masak.