Jumaat, 19 September 2014

SOS PIZA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 3 sudu besar minyak zaitun (olive oil kalau ada) minyak biasa pun boleh juga. Tujuannya tak bagi butter terbakar.
- 1 sudu besar butter (kalau tak ada pakai majerin pun boleh..
- 1/2 cawan bawang (kuning) dicincang.
- 1/4 cawan celery cincang (1 batang).
- 2 ulas bawang putih dicincang.
- 1 cawan sos tomato.
- 3/4 cawan tomato puri.
- 2 sudu besar cheese parmesan kalau adalah guna 1-2 keping cheese cedar pun boleh.
- 1 sudu kecil daun herba oregano.
- 1 sudu kecil daun basil kering (flake).
- 1 helai daun kecil bay leaf atau daun salam.
- secubit serbuk lada hitam yang kasar.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 sudu kecil biji jintan putih.
- 1/2 sudu kecil garam.
CARA MASAK:
1. cairkan butter dan masukkan minyak. Masuk bawang putih, bila baunya naik masukkan bawang cincang..layukan bukan garingkan yea..masakan mat salleh semua main layu bawang..masakan mamak garingkan bawang. Pasal itu kita kena guna bawang kuning bau dia tak kuat.
2. Masuk sos tomato dan pes puri tomato. Didihkan.
3. Bila dah mula didih masukkan ke semua bahan-bahan itu. kecilkan apai dapur dan reneh selama 30 minit. Kita nak kurangkan kandungan air dan jadikan pes itu pekat. Bila siap keluarkan daun bay leaf.
4. Sos piza dah sedia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan