Selasa, 11 Ogos 2015

sos cili

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
- Cili Kering 1 kg.
- Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
- Garam 350gm. Ikut Selera anda.
- Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
- Tepung Jagung / modified starch 400gm ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
- Cuka Tiruan dalam 1 kg.
- Air 5 liter. masa mengisar gunakan satu liter dan semasa memasak tambah lagi 4 liter.
Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.
CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan