Khamis, 21 Julai 2016

Daging masak rosemaria

Daging Masak Rosemaria Cheq Yatie 
. Resepi nye. 
300g Daging lembu, basuh bersih dan potong kecil memanjang, gaul dengan sedikit cuka dan Kicap masin Enaq sampai hitam Haha suka hati nak letak banyak mana sebenarnya.. .. Lepastu Rebus daging sampai Empuk... Rebus sampai Air nya tinggal sikit...
Bahan untuk Menumis 
8 Bj bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
1 inci Halia semua dikisar.
3 sudu makan Cili kering kisar 
1 batang serai diketuk 
3 sudu Makan Sos Tomato
Bahan untuk Tabur 
1 labu bawang Besar potong bulat 
Buah tomato belah enam. 
Cili merah Cili hijau dihiris 
Daun bawang dihiris panjang panjang.

Caranya. 
Tomes bahan kisar sampai masak, masukkan Cili kisar dan serai,goreng sampai pecah minyak, kacau sebati, masukkan Daging dn air rebusan daging.. Masukkan sos tomato. Dan masak sampai mendidih dn kuah jadi pekat.. Garam secukup rasa. 
Last sekali Masukkan buah tomato, cili, bawang dn daun bawang potong.. Selamat Mencuba Ikhlas Dari Saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan