Sabtu, 27 Ogos 2016

Resepi karipap mudah



Bahan-bahan
1 kg tpg gandum baker choice (boleh guna jenama lain)
3/4 cawan minyak masak
3 sudu butter blend @ majerin
2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air (tak perlu habiskan semua jika doh telah cantik)
Minyak masak untuk mengoreng
2 sudu besar shortening untuk goreng
Kaedah penyediaan :
Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan .
Panaskan minyak masak biar panas betul baru letak butter. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah di ayak. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk menggebuskan karipap.
*utk buat frozen, saya bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 10 minit. Tunggu sejuk dulu dan simpan dalam tempat dingin beku, Bila nak goreng, keluarkan dan nyahbeku, kemudian boleh goreng dalam minyak panas seperti biasa.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan