Rabu, 13 September 2017

Resepi ais krim kelapa

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Sya guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tambah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan ~ di simpul


Cara-cara

1) Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk

2) Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar.


3) Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.


4) Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!

5) Tuang dalam bekas atau loyang aluminium.sya letak dalam loyang buat roti dan Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.


6) Bila dah keras bolehlah di hidangkan


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Ahad, 12 Mac 2017

Resepi kek buah mudah


Bahan2:
1/2 cwn magerin/buttercup
1/2 cwn gula halus
3 bijik telur
1 sk essen vanila
1 1/2 cwn tepung gandum *
1 sk baking powder *
1/2 sk soda bicarbonat *
(ayak bahan2 bertanda '*' diatas)
2 sb pati sanquick
2 sb susu pekat manis(saya tambah xada dlm resepi)
1 cwn buah2 campuran
- Asingkan 1 sudu utk hiasan
- Lebihnya rendam dlm air suam 5minit utk buang kotoran n tapis.Campur dengan 1 senduk tepung yg telah diayak td.

Cara Buat:
Pukul butter,gula & essen vanila hingga kembang.Masukkan telur sebijik demi sebijik,susu pekat manis & pati sunquick dan pukul lagi.Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.Kaup balik buah2han campuran yang telah dicampur tepung tadi sehingga sebati.Tabur buah2han cmpuran sebagai hiasan dan bakar dalam oven selama 30 - 35 minit dengan suhu 160-170 'c.

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel

Sabtu, 25 Februari 2017

Kek gula hangus @sarang semut-resepi pertama


bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
.
Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari. Anda ibu menyusu? Klik sini

Cara-Caranya
.
• Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
.
• Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.
.
• Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan .
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

• Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
.
• Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
.
• Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
.
• Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
.
• Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 mini

Rabu, 22 Februari 2017

Resepi kek batik moist sedap


                               
Bahan-bahan
1 buku buttercup
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1 1/2 peket biskut Marie

Cara buatnya:
Cairkan butter, masuk gula..
Bila dah cair, masukkan telur yg dah dipukul dulu.. Sy pukul guna sudu je..
Masukkan serbuk koko & air, kacau sampai semuanya cair elok.. Tutup api..
Masukkan biskut yg dah dipatah2kan.. Gaul seketika bagi semua tersalut dan masukkan ke dalam loyang yg dah lapik plastik.. tujuan utk mudah diangkat... Tekan2 sikit bagi padat.. Sejukkan dlm freezer..

Topping..
Coklat ganache
2 sb butter
3/4 cawan whipping cream
100g milk coklat
100g dark coklat
Panaskan whipping cream secara double boiler..
Dah agak panas tu, masukkan coklat.. tutup api..kacau bagi cair..
Bila dah hampir cair sepenuhnya, masukkan butter.. kacau lagi..
Kemudian, curah atas kek batik tdi .. Hias dgn badam atau apa saje yg disukai.. sejukkan 4-5 jam atau smlman..

Bahan ntk topping ats:
- 1cwn susu pekat mnis
- 1sdubesar serbuk koko
- 2sudubesar mentega

* msukkn dlm periuk kecil dan pnskn ats api sederhana kcu smpi sebati
* da agak2 suam nti bru curah ats kek..bole la letak hiasan2 yg lawo2 tuh

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel



Resepi Nona Manis




Bahan A
1 cwn santan
1 sb tpg gandum
Sedikit garam
*Panaskan sampai pekat
*tutup api

Bahan B
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
*Panaskan sampai pekat & berkilat
*tutup api

Bahan C
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
*campur & gaul sekata
1biji telur
-Campur bahan C+B
-Masukkan telur ke dalam C+B & kacau rata
-Masukkan Bahan A (putih) ke dalam botol sos/piping beg
-Masukkan Bahan Hijau dlm bekas acuan (masuk separuh je)
-Piping A ke dalam body yg hijau (piping di tgh2)
**Kukus selama 10-15minit
**Siap

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Selasa, 10 Januari 2017

Resepi bingka ubi kayu


                          

Bahan-Bahan:
4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan gula pasir ikut suka manis
4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan -ganti butter cair lg sedap
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 sudu makan minyak plnta pun bo untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
Campurkan semua bahan hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
Sejukan baru dipotong.
#jika ada yg suka gula merah bole gantikan tanpa pewarna kuning
tambah gula merah bersama gula putih ..ikut suka manis nya ..##

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel