Sabtu, 25 Februari 2017

Kek gula hangus @sarang semut-resepi pertama


bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
.
Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari. Anda ibu menyusu? Klik sini

Cara-Caranya
.
• Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
.
• Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.
.
• Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan .
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

• Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
.
• Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
.
• Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
.
• Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
.
• Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 mini

Rabu, 22 Februari 2017

Resepi kek batik moist sedap


                               
Bahan-bahan
1 buku buttercup
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1 1/2 peket biskut Marie

Cara buatnya:
Cairkan butter, masuk gula..
Bila dah cair, masukkan telur yg dah dipukul dulu.. Sy pukul guna sudu je..
Masukkan serbuk koko & air, kacau sampai semuanya cair elok.. Tutup api..
Masukkan biskut yg dah dipatah2kan.. Gaul seketika bagi semua tersalut dan masukkan ke dalam loyang yg dah lapik plastik.. tujuan utk mudah diangkat... Tekan2 sikit bagi padat.. Sejukkan dlm freezer..

Topping..
Coklat ganache
2 sb butter
3/4 cawan whipping cream
100g milk coklat
100g dark coklat
Panaskan whipping cream secara double boiler..
Dah agak panas tu, masukkan coklat.. tutup api..kacau bagi cair..
Bila dah hampir cair sepenuhnya, masukkan butter.. kacau lagi..
Kemudian, curah atas kek batik tdi .. Hias dgn badam atau apa saje yg disukai.. sejukkan 4-5 jam atau smlman..

Bahan ntk topping ats:
- 1cwn susu pekat mnis
- 1sdubesar serbuk koko
- 2sudubesar mentega

* msukkn dlm periuk kecil dan pnskn ats api sederhana kcu smpi sebati
* da agak2 suam nti bru curah ats kek..bole la letak hiasan2 yg lawo2 tuh

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel



Resepi Nona Manis




Bahan A
1 cwn santan
1 sb tpg gandum
Sedikit garam
*Panaskan sampai pekat
*tutup api

Bahan B
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
*Panaskan sampai pekat & berkilat
*tutup api

Bahan C
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
*campur & gaul sekata
1biji telur
-Campur bahan C+B
-Masukkan telur ke dalam C+B & kacau rata
-Masukkan Bahan A (putih) ke dalam botol sos/piping beg
-Masukkan Bahan Hijau dlm bekas acuan (masuk separuh je)
-Piping A ke dalam body yg hijau (piping di tgh2)
**Kukus selama 10-15minit
**Siap

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel