Label
- Beauty
- Biskut
- Disclaimer
- DIY
- English
- English Communication
- Fashion baju
- Grammer
- Idiom
- Jahitan
- Jahitan Dewasa
- Jahitan Kanak-kanak
- Kek
- Kek lapis
- kek sarang semut
- Kuih Muih
- Lauk-pauk
- Learn english
- Masakan arab
- Mutiara Emas Saidina Ali
- Mutiara Kata
- Parenting
- Pola
- Rempah-ratus
- Resepi
- Resepi kek & biskut
- Resepi masakan
- Resepi pencuci mulut
- Roti
- Sambal
- Seksologi
- Skirt
- Sos @Topping
- Tips & petua masakan
- Tips masakan
- Vocabulary
- Western food
Ahad, 12 Januari 2014
rempah kuzi..
.Bhn utk rempah kuzi:
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih
sebesar ibu jari kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sdb serbuk cili (this is optional utk rasa pedas sikit)
Semua bhn di atas digoreng tanpa minyak(disangai) hingga naik bau kemudian boleh lah ditumbuk dan dikisar hingga halus
Rempah kerutub..
Bahan-bahan
(1) Rempah kurma 2 paket
(2) Serbuk lada merah ataupun blended cili kering
(3) Lada besar 5 biji ataupun lebih. Lagi banyak lagi baik dan pekat kuah itu nanti
(4) Tiga serangkai – cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis secukupnya
(5) Gula
(6) Santan pekat – hanya bagi yang ingin kerutuk berkuah lemak.
(7) Ayam ataupun daging samada dipotong besar ataupun kecil.
Caranya:
- Tumis tiga serangkai beserta bawang sehingga bawang menjadi garing. Jangan sampai hitam nanti kuah pahit. Cukup ia menjadi perang seratanya seperti warna bawang goreng.
- Campurkan rempah kurma bersama serbuk cili ataupun blended cili kering kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik dengan baik bau dan juga minyak. Jika hampir kering dan garing ramuan ini, tambahkan dengan air.
- Akhir sekali masukkan lauk ayam ataupun daging beserta gula dan garam secukupnya.
- Jika ingin berkuah boleh masukkan segelas santan pekat. Biasanya kuah kerutuk ini manis. Oleh itu masukkan banyak gula mengikut selera masing-masing.
(1) Rempah kurma 2 paket
(2) Serbuk lada merah ataupun blended cili kering
(3) Lada besar 5 biji ataupun lebih. Lagi banyak lagi baik dan pekat kuah itu nanti
(4) Tiga serangkai – cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis secukupnya
(5) Gula
(6) Santan pekat – hanya bagi yang ingin kerutuk berkuah lemak.
(7) Ayam ataupun daging samada dipotong besar ataupun kecil.
Caranya:
- Tumis tiga serangkai beserta bawang sehingga bawang menjadi garing. Jangan sampai hitam nanti kuah pahit. Cukup ia menjadi perang seratanya seperti warna bawang goreng.
- Campurkan rempah kurma bersama serbuk cili ataupun blended cili kering kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik dengan baik bau dan juga minyak. Jika hampir kering dan garing ramuan ini, tambahkan dengan air.
- Akhir sekali masukkan lauk ayam ataupun daging beserta gula dan garam secukupnya.
- Jika ingin berkuah boleh masukkan segelas santan pekat. Biasanya kuah kerutuk ini manis. Oleh itu masukkan banyak gula mengikut selera masing-masing.
cerita Tom yam
Mamak Haji
Resepi Tom Yam masakan Thai ini ada beribu versi dalam internet, tetapi kebanyakan resepi-resepi ini adalah menggunakan pes tomyam pes segera yang dijual. Cara masaknya boleh dikatakan semuanya sama cuma jumlah bahan kegunaan yang berbedza. Kadang-kala kita berasa jangal untuk masakan untuk seorang dan 50 orang. Sekiranya kita menyediakan pes kita sendiri dari bahan-bahan yang segar dan tanpa pengawet masakan, sudah tentu masakan kita sedap. Mamak haji beri kepentingan utama menyediakan pes-pes ini untuk golongan peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk masak resepi-resepi ini kerana kos beli bahan-bahan masakan yang semakin hari semakin tinggi.
TIP-TIP MASAKAN TOM YAM:
1. Dalam masakan ini, sukatan perencah-perencah guna "Hukum Ibu Jari". Sekiranya gunakan dua cawan air untuk membuat sup tom yam, gunakan 1 helai daun limau purut, 2-3 keping lengkuas segar dan 1 inci panjang serai. Dharabkan saja sekiranya gunakan lebih dari dua cawan kesemua perencah tersebut.
2. Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak. Menggunakan jus lemon dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia Tenggara. Gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda.
3. Masukkan jus limau nipis, cili api (cabai burung) yang segar, daun saderi(cilantaro) atau daun bawang atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegaran asli haruman bahan-bahan tersebut.
4. Sukatan bagi sos ikan Thai, jus limau dan cili padi bagi setiap 1 cawan air 2 sudu besar.
5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren. Warna adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh. Pes ini juga memberi aroma yang amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih, halia dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee atau nasi goreng. Tentang penyediaan Tomyam ini mudah. Jadi mamak haji cuma nak bincang pasal penyediaan pes, "PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO" saja dlm entri satu lagi.
NASI MAQLUBA ( NASI TERBALIK MAQLUBA)
bhn2
1 kg daging + tulang kambing
2 biji bawang besar di dadu
1sdk lada hitam yg di tumbuk kasar
10 biji buah pelaga
2 btg kayu manis
rebus semua bahan di atas hingga daging/tulang empuk
bhn2 utk sayur
5 biji kentang di potong 6 dan di goreng
1/2 labu besar sayur kobis bunga di potong2 dan goreng bg layu
1 biji terung besar di potong bulat dan di goreng bg layu
bhn2 utk masak nasi
3 cwn beras basmathi
1000 ml air rebusan daging( 5 cwn air)
2 sdk garam
1sdk lada hitam di tumbuk kasar
1/2 sdk serbuk kunyit( kalau ada safron lg bagus)
3 sdb minyak jagung/minyak zaitun
cara2 masak
1)susun daging /tulang kambing dlm periuk letrik
2)lapiskan dgn beras
3) lapiskan dgn separuh sayur goreng
4) lapiskan sekali lagi dgn beras
5) lapiskan dgn baki sayur
6) lapiskan dgn baki beras
7) 1000 ml air( bancuh dgn + 1 sdk kunyit serbuk+ 1 sdk serbuk rempah arab( sy guna serbuk rempah nasi bukhari)+ 1sdk lada hitam
taburkan dgn daun2 yg telah di hiris halus
masaklah hingga nasi masak tanpa di kacau..
bila dh masak terbalikkan nasi ke dalam dulang..
boleh le nampak daging kambing tu di atas nasi..
boleh le mkn dgn baki sup dan salsa/jelatah
Tomato Salsa
( yg ni sy tak buat sbb tak suka mkn jd boleh gantikan dgn acar mentah atau jelatah)
Bahan-bahannya
1. Tomato 4 biji di potong dadu
2. Tomato paste 1 sudu makan
3. Bawang putih 7 biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Cili padi sesuka hati
6. Minyak zaitun 4 sudu makan
7. Jus lemon 1 biji
8. Lemon 1 biji
9. Sos pedas 3 sudu makan
10. Air secukupnya
Resepi Rendang Tok
Bahan2nya:-
1 kg daging lembu batang pinang dipotong dadu
150 gram Bawang Merah dihiris
120 gram Bawang Putih dihiris
150 gram Halia dihiris
Bahan-bahan digiling
5 sudu makan pes cili kering
10 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
2 sudu makan ketumbar (disangai)
3 sudu makan lada hitam (disangai)
3 sudu makan jintan putih (disangai)
3 sudu makan jintan manis (disangai)
1 inci kunyit hidup
2 ibu jari lengkuas
4 batang serai
5 biji buah keras
2 sudu besar serbuk kari daging
1 / 2 biji kelapa muda dibuang kulit , isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang –digoreng/dibakar
1 / 2 biji kelapa parut untuk kerisik
5 biji kelapa parut – ambil pati santannya aje
1 tin susu cair canation
Sedikit air asam jawa / 2 Asam keping
6 sudu makan gula melaka
2 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut dihiris
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya.
Untuk mula membuatya, perasakan Daging Lembu tadi dengan bahan yang dihiris tadi bersama dengan bahan-bahan yang telah digiling,kerisik , kelapa hiris,susu cair dan pati Santan, kemudian perapkan selama dua jam.
Tumiskan bahan-bahan yang telah diperapkan ke dalam periuk , daun kunyit ,daun limau purut dan didikan perlahan-lahan(api kecil). Didihkan selama dua hingga dua setengah jam sambil dikacau selalu hingga daging tadi empuk atau lembut serta berwarna agak kehitaman dan kering.Masukkan gula Melaka.
Untuk mengelakkan daging dan kuah dari melekat di periuk, kacau terus menerus dan apabila kuah tu hampir kering, masukkan garam secukup rasa anda. Sentiasa kacau hingga nampak pekat dan sedikit kering dan warnanya hitam.Siap dihidang.
Daging Masak Hitam Nasi KandaQ
Oleh: Muza Muzawati
cc : Buku Resepi
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara
daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
ha....ini la daging hitam nasik kandaq
Selamat mencuba!
Resepi kerutup ayam kelantan.
Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka
- 2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
- kerisik dari RM1 kelapa parut
- 1/2 cawan santan pekat
- sedikit air asam jawa
- 10-15 biji cili kering dikisar
- 7 biji bawang merah dikisar
- 2 biji bawang putih dikisar
- sedikit halia dikisar
- sedikit lengkuas dikisar
- 5 batang serai dititik
- 2 sudu besar ketumbar
- sedikit gula melaka/manisan
- rempah tumis secukupnya garam
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan ayam benar-benar empuk.
- 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka
- 2 sudu besar rempah kerutup (saya guna brand selising)
- kerisik dari RM1 kelapa parut
- 1/2 cawan santan pekat
- sedikit air asam jawa
- 10-15 biji cili kering dikisar
- 7 biji bawang merah dikisar
- 2 biji bawang putih dikisar
- sedikit halia dikisar
- sedikit lengkuas dikisar
- 5 batang serai dititik
- 2 sudu besar ketumbar
- sedikit gula melaka/manisan
- rempah tumis secukupnya garam
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan ayam benar-benar empuk.
Langgan:
Catatan (Atom)