Sabtu, 19 September 2015

Nasi Maqlubah

NASI MAGLUBAH(TERBALIK)
Bahan-bahan1:
1 kilo ayam - potong kecil(boleh di gantikan dengan kambing/lembu/unta
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit
Bahan 2:
2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung
Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas.
BAHAN-BAHAN Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
2 biji tomato
5batang biji ketumbar
1biji jus lemon
Garam dan gula secukupnya

KUDBAN (DAGING PANGGANG)

KUDBAN (DAGING PANGGANG)
Bahan-bahan;
1kg daging kambing/lembu/unta- dipotong nipis
1sudu besar mix herbs
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
1biji bawang besar- cincang
10 gm daun parsli- cincang
2sudu besar daun ketumbar- dicincang
2ulas bawang putih- ditumbuk
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara membuat;
1. Cmpurkan semua bahan di dalam mangkuk.
2. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
3. Perap selama 3-4jam jika lebih dari 4jam, letak dlam peti sejuk.
4. Gril atau panggang pada suhu 200'c
6. Semasa memanggang, renjiskan bahan perap.
Selamat mencuba...

Rempah kabsah


Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara-cara.
1. Bkar atau salai bahan2 bertanda **
2. Kisar bahan2 tersebut kesemuanya sampai betol2 halus.
3. Cmpurkan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit..siap rempah kabsah...

AYAM BAKAR AZERBAIJAN


Bahan-bahan;
1 ekor ayam- bersihkan
Bahan A:
1/2 teh sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu rempah KABSA
garam cukup rasa
Perasa(jika perlu)
Bahan B;
2 labu bawang besar holand- dihiris
2 biji lemon- di hiris buat.
Bahan c;
Sedikit pewarna kuning/safron
Alumunium foil
Tin biskut.
Cara menyediaan;
1. Ayam d bersihkan dan potong 4/ atau 1ekor
2. Gaul ayam bersama bahan A serta pewarna kuning. Perapkan selama 4jam( 2jam pun ok) dan Masukan hirisan bawang serta lemon d dlamnya. bungkus dgn alumunium foil. Masukan ke dlm tin biskut.
Kaedah bakar 1.
Gali permukaan tanah letak tin biskut d dlam tanah. Ungurkan api kemudian letak d atas tin yg d tutupi tanah..
Kaedah bakar 2.
Boleh juga bakar d dlam oven tapi jangan letak tin ye cukup sekadar aluminium foil..
Selamat mencuba...

UDANG HARIMAU KABSA

bahan-bahan;
1kg udang harimau besar/kecik- buang kepalanya
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu buah pelaga
1 sudu teh serbuk kunyit
5 batang daun ketumbar
2 batang daun pudina
Bahan B;
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa(jika perlu)
Bahan C;
5 sudu besar minyak
Zaitun
Cara menyediakan;
1. Bersihkan udang dan toskan. Gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit dan goreng udang selama 2 minit.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak zaitun dan tumis bunga cengkih, lada hitam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukan udang yg telah digoreng tadi dan gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan selama 5minit. Boleh d hidangkan.
Selamat mencuba...

NASI MANDHI YAMAN


Bahan-bahan
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan
1/2cmt ketumbar - biji
1/2cmt jintan manis - biji
1/2cmt lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1cmt all spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketu sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk
Bahan Untuk Nasi :-
4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit
3 camca besar minyak sapi/minyak masak
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis
Rempah tumis:-
1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron
Garam secukup rasa.
Bahan sampingan:-
1-2 cmb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)
aluminium foil
Cara-cara
1. Penyediaan Ayam :- 1. Rebus ayam dengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.
2. Panaskan ghee/ minyak, tumis rempah hingga betul- betul masak, masukan air rebusan ayam dan perasakan ia.
3. masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
4. Bila mendidih, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus.
5. buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan besi /lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar.
6. Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berat supaya asap tak keluar, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
7. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu.
8. Boleh d hidang dgn tomato salsa, sambal kabsah, ayam mandy, dalcar sayur.
Selamat mencuba...

Nasi Kabsah kambing

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing/lembu/unta
3 cwn beras basmati
4 sdu bsr myk sapi
31/4 cwn air
1 inci halia dimayang
1bj bwg besar didadu
1 btg kulit kayu manis
3helai daun selasih(bayleaf)
2 kumtum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
1 bj tomatao didadu
2 sdu tomato puri
1 sdu bsr rempah kabsa*
2 bj cili merah
1 bj cili benggala merah
1/4 cwn kismas
sedikit safron/pewarana kuning
gula serta garam secukupnya
Perasa(jika perlu)
Cara:
1. Rebuskan daging kambing dgn daun selasih separuh masak
2. Panaskan myk.Tumis kulit kayu manis,buah pelaga serta bunga lawang dan juga bwg putih.halia, bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.
2. masukan tomato yg d dadu ,tomato puri serta rempah kabsa.Goreng sebentar.Kemudian masukan kismis ,garam serta gula.Kacau rata.
3. Masukan beras.Kacau perlahan .Biar beras mesra bersama bhn tumisan kemudian masukan daging kambing bersama air rebusanya
Masak nasi sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak titis kan beberapa titisan pewarna kuning.Jangan kacau.Tutup periuk dgn penutup periuk.Bila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dgn menggunakan garpu supaya nasi tak patah.
5.boleh d hidang dengan tomato salsa, sambal kabsah, dalcar sayur,
Selamat mencuba...