Sabtu, 12 Disember 2015

Resepi puding jagung


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 1/2 cawan tepung kastard
1 tin jagung krim
Secubit garam

Cara-cara:
1). Campur semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan likat.
2). Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
**sapu acuan dengan air terlebih dahulu (saya basuh terus) 😂 untuk elakkan daripada puding melekat pada acuan bila nak bukak nanti 
Lagi satu, ikut resepi ni betul-betul, confirm jadi. Jangan derhaka padaresepi 😂 nak tambah air la nak tambah susu la. Lembik nanti 😂
Selamat mencuba!
Boleh buat sekarang, sempatla puding tu sejuk untuk buat berbuka puasa petang nanti 😊.

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel
😍😍

bawang goreng

Hari ni Ibu Azzah nak share cara buat bawang goreng yang sangat rangup. Berbulan2 simpan masih krukk krakk insyaallah.
Simple sahaja, bahan2 nya: Bawang merah kecil, garam halus dan tepung beras.

Bawang merah kecil dipotong nipis2. Gaul dengan sedikit garam dan tepung beras. Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sd besar) shj. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut ngan bawang. Lebih takper..lagi rangup.

Goreng dalam minyak yg banyak ya..pastikan jgn letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya. Pastu..bila warna dah ke coklat (perang), terus tutup api dan kacau sekejap pastu angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan dlm bekas kedap udara.
3 orang menyukai ini.
Komen

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)
Bahan-bahan membuat Paste :
300g udang
100g udang kering (rendam & diblend bersama)
5 tangkai cili kering (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
3 ulas bawang putih (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
5 ulas bawang merah (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Cara Membuat Paste:
1) Bersihkan udang dan asingkan isi udang bersama udang kering tadi untuk di blend. Kulit dan kepala udang pula direbus untuk jadikan stok (Caranya blend dan tapis).
2) Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi. masukkan stok udang, udang blend dan kacang tanah.
3) Letakkan garam, serbuk perasa dan gula untuk menambah rasa. biarkan ianya menjadi pekat paste.
(Ia boleh disimpan lama dalam frizer)
Bahan-bahan Mee Bandung Muar (Original Recipe) :
200g Udang
200g Daging
200g Sotong Kering (Telah direndam)
200g Kerang (Telah kopek)
Mee kuning
3 batang sawi
1 batang cili merah
1 biji tomato
2 biji tauhu (digoreng)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Cara-cara :
1) Rebus Daging selama 1jam untuk mendapatkan air rebusan. kemudian simpan air rebusan dan hiris daging nipis-nipis.
2) Panaskan minyak, masukkan paste dan goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daging, sotong, kerang dan udang.
(Proses ini jangan terlalu lama)
4) Sedikit garam, gula dan serbuk perasa untuk menambah rasa kuah tersebut..
5) Masukkan sawi dan tomato. Tunggu sehingga mendidih dan pecahkan telur (telur jangan dikacau).
6) Sediakan mee dan tauhu goreng didalam pinggan. Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee. Taburkan hirisan cili dan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tersebut.
Note : Lagi pekat kuah & banyak kerang,sotong, daging..maka lagi sedaplah ia. Kongsikan kepada rakan-rakan anda k. huhu

Himpunan resepi kariap pusing


Resipi kulit puff Haya Habibah
Bhn A.
2 cwn t.gdm
1/4 cwn minyak masak dipanaskn
1/2 cwn air ais
Bhn B.
1 cwn t.gdm
3 sdu (sukatan utk 1 sudu 15g/15ml) marjerin
2 sdu (sukatan utk 1 sudu 15g/15ml) shortening.
(akk haya habibah nasihatkn sila guna sudu dan cwn khas utk membaking k)
Gaul tpg,minyak panas dgn senduk kemudian masukkn air ais dn sikit garam..bulatkn.
Bahagi doh kpd 5 bahagian, 1 bhgn doh lebihkn sikit.
Gaul tpg, marjerin,shortening dn bulatkn. Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar dgn 4 bahagian doh A tdi.
1bhgn doh A tdi bulat2kn kecil2, kegunaan utk menampal sebelah dlm puff supaya kulit puff tak pecah dan inti tak keluar..(ini rahsianya)
Utk Red Bean Puff, sapu telur letak kaler kuning sikit, kak haya bakar pada suhu 200c 20 mins..-
Curry puff,sardin puff,mix vege puff boleh di goreng dn bakar juga..terima kasih selamat mencuba dri haya habibah..
Resepi ke-2

Karipap pusing
Doh A
1 cwn tpg gandum
1 sdb tpg jagung
2 sdb marjerin
2 sdb shortening
(Tmbh sedikit lagi majerin jika adunan berderai)
Gaul sebati.Bahagikan doh pd 6 ketul sama besar.Timbang sama berat pun boleh.
Doh B
2 cwn tpg gandum
1/4 cwn minyak jagung
Secubit garam
1/2 cwn air, tmbh 2 sdb lagi
Masukkan tpg dlm satu bekas.Masukkan garam dlm air dan larutkan.Panaskan minyak, tuang dlm bekas tpg.Kacau dgn sudu hingga menjadi seperti serbuk roti.Tuangkan air.Uli sebati.Bahagi pd 6 bhgn sama besar.
Bungkus doh A dlm doh B.



Resepi ke-3
Bahan A
1 s.b butter
1/2 kilo tepung gandum (saya agak2 je amik separuh kampit tepung tu)
1 s.b tepung beras
1 s.k garam
Bahan Lain
1/4 cawan minyak masak (agak-agak juga) - dipanaskan seketika atas dapur
1 cawan air sejuk (guna setakat yg perlu sahaja)
1. i) Masukkan bahan-bahan A ke dalam bekas utk menguli, dan gaul rata.
ii) Tuangkan minyak masak yg telah dipanaskan ke atas bahan A tadi.
2. Gaul rata kesemua bahan dgn garpu (minyak panas, takleh guna tangan) hingga dapat tekstur mcm dlm gambar.
3)
i. Tuang air sejuk sikit-sikit sambil menguli dgn tangan. Agak-agak dah boleh kepal-kepal doh tu, cukup dah air. Tak semestinya habiskan 1 cawan air tu.
ii. Rehatkan doh dengan membungkusnya dgn plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.
iii. Bila dah sedia untuk buat karipap, keluarkan doh daripada peti ais dan bentukkan bulat-bulat kecil then leperkan satu-satu dan isi inti n kelim kemudian.
Note: Saya suka doh ni sebab tak melekat pada pinggan/tangan/ kayu penggelek. licin je permukaan doh tu.
Dah siap kelim, susun je atas pinggan. Tak payah pun tabur tepung sebab tak melekat. Kalau doh biasa saya buat memang merata kena tabur tepung. hehe..


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel


crepe

bahan bahan..
40g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sb minyak masak
1 sb gula halus..(gula biasa pon bulih)
40ml susu cair
150ml air
1sk pewarna

campur semua n kacau guna senduk wisk atau boleh blend jaaa..

dah sebati semua....tapiss...


pastu dah boleh stat lenggang cam nk buat ketayap tu ja...

guna non stik pan tau...xyah buh minyak dah...

guna api sloooooow ja tau..klw tak hangit nt...

bila dah gekembung cam tu dah boleh angkat..