Sabtu, 12 Disember 2015

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)
Bahan-bahan membuat Paste :
300g udang
100g udang kering (rendam & diblend bersama)
5 tangkai cili kering (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
3 ulas bawang putih (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
5 ulas bawang merah (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Cara Membuat Paste:
1) Bersihkan udang dan asingkan isi udang bersama udang kering tadi untuk di blend. Kulit dan kepala udang pula direbus untuk jadikan stok (Caranya blend dan tapis).
2) Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi. masukkan stok udang, udang blend dan kacang tanah.
3) Letakkan garam, serbuk perasa dan gula untuk menambah rasa. biarkan ianya menjadi pekat paste.
(Ia boleh disimpan lama dalam frizer)
Bahan-bahan Mee Bandung Muar (Original Recipe) :
200g Udang
200g Daging
200g Sotong Kering (Telah direndam)
200g Kerang (Telah kopek)
Mee kuning
3 batang sawi
1 batang cili merah
1 biji tomato
2 biji tauhu (digoreng)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Cara-cara :
1) Rebus Daging selama 1jam untuk mendapatkan air rebusan. kemudian simpan air rebusan dan hiris daging nipis-nipis.
2) Panaskan minyak, masukkan paste dan goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daging, sotong, kerang dan udang.
(Proses ini jangan terlalu lama)
4) Sedikit garam, gula dan serbuk perasa untuk menambah rasa kuah tersebut..
5) Masukkan sawi dan tomato. Tunggu sehingga mendidih dan pecahkan telur (telur jangan dikacau).
6) Sediakan mee dan tauhu goreng didalam pinggan. Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee. Taburkan hirisan cili dan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tersebut.
Note : Lagi pekat kuah & banyak kerang,sotong, daging..maka lagi sedaplah ia. Kongsikan kepada rakan-rakan anda k. huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan