Sabtu, 12 Disember 2015

Resepi puding jagung


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 1/2 cawan tepung kastard
1 tin jagung krim
Secubit garam

Cara-cara:
1). Campur semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan likat.
2). Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
**sapu acuan dengan air terlebih dahulu (saya basuh terus) 😂 untuk elakkan daripada puding melekat pada acuan bila nak bukak nanti 
Lagi satu, ikut resepi ni betul-betul, confirm jadi. Jangan derhaka padaresepi 😂 nak tambah air la nak tambah susu la. Lembik nanti 😂
Selamat mencuba!
Boleh buat sekarang, sempatla puding tu sejuk untuk buat berbuka puasa petang nanti 😊.

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel
😍😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan