Isnin, 25 April 2016

Himpunan resepi roti jala


resepi 1
Bahan-bahannya:

️ 3 tin air 1tin=1 tin 500g
️ 4 biji telur
️ 1 tin susu uht @ 1 tin susu cair
️ 1 kg tepung gandum
(pastikan berat tepung 1kg)
️ Pewarna kuning @ warna lain pon boleh
️ Garam (ikut tahap kemasinan masing2)
️ 1/4 tin minyak masak ( bersamaan 100ml)

Resepi ke-2
*1kg tepung gandum faiza
*1 biji telur ayam
Stgh cawan mnyak jagung @ 5 sudu mkn butter/marjerin
*2 liter air
*1 sudu besar garam
Gaul sebati kemudian blender halus.... Kaler ikut citarasa sendiri ye


Resepi ke-3
Bahan..
2 cwn tpg gandum
1 1/2 cwn air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Caranya..
-Masukkan air dlm pengisar..masukkan tpg gandum
-pecahkan sebiji telur
-masukkan garam n pewarna
-kisar smp sebati..kalau adunan agak pekat tambah air sikit..kisar blk
-blh la kirai roti jala ikut cara korang..
Resepi ke-4
Bahan:
1kg tepung gandum
Setengah tin susu cair
4 biji telur
4sudu kecil garam halus atau secukupnya
Air secukupnya
Pewarna kuning lemon
Cara:
Satukan tepung gandum dan garam halus...kacau rata
Masukkan susu cair+telur+air secukupnya hgga menghasilkan bancuhan sedikit pekat
Masukkan pewarna kuning lemon
Kacau rata
Kisar adunan dlm blender atau food processor hgga betul2 halus
(Kisar lama sedikit utk elak adunan bergentel yg akn menyebabkan tersumbat di muncung acuan)
Masukkan adunan yg dah kisar ke dlm bekas yg lebih besar
Tambahkan air hgga mencapai kepekatan yg dikehendaki
Sedia utk dijala
Cara menjala:
Gunakan kuali non stick yg leper
Panaskan kuali
Utk jala yg pertama
Renjiskan minyak menggunakan daun pandan yg diikat seperti penyapu
Kemudian jala seperti biasa...
Renjiskan sedikit minyak ke atas roti jala...
Bila sedikit garing..angkat tanpa palingkan
Gulung seperti biasa
Utk jala kedua
X Perlu renjis minyak
Teruskan menjala
Kemudian bru direnjis minyak
Tggu garing dan angkat tanpa palingkan
Gulung seperti biasa
Tips:
Utk menghasilkan jala yg halus,adunan mestilah x terlalu pekat atau cair
Kena KISAR HALUS ADUNAN UTK ELAK ACUAN TERSUMBAT

KARI AYAM/DAGING
Bahan..
1/2 kilo daging/ayam
2 biji bwg besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
Minyak masak secukupnya
Rempah 4 sekawan
Setangkai daun kari
3 sudu besar pes cili kering
1 paket(kecil rempah kari daging/ayam)
Setengah peket rempah kari pedas
Sekilo santan
Ubi kentang secukupnya
Asam keping secukupnya
Garam
Caranya...
-tumbuk bahan2 bertanda* ketepikan
-tumis bahan2 bertanda dgn minyak yg dipanaskan bersama rempah 4 sekawan n daun kari
-masukkan pes cili kisar,rempah kari n rempah kari pedas yg dijadikan pes kedlm bahan2 tumis td...
-kacau smp pecah minyak
-masukkan ayam/daging
-kacau2 rata masukkan ubi kentang..tunggu smp air ayam/daging keluar n agak kering br masukkan santan
-masukkan asam keping
-perasakan dgn garam..masak sehingga kuah agak pekat br best..


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel



Resipi Chewy Choc Chip Cookies :

Resipi Chewy Choc Chip Cookies :
Bahan A (Ayak) :
200g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sk garam
1/2 sk baking powder
Bahan B :
115g buttercup
120g gula halus
90g brown sugar
Bahan C :
1 biji telur gred A
Sedikit esen vanilla
Bahan D :
300g choc chip
(Boleh guna milk chocolate beryls & potong dadu if takde choc chip)
Cara membuat :
1. Campur kesemua bahan B & kacau guna whisk/senduk kayu. Jangan terlebih kacau. Just kacau biar sebati dah cukup.
2. Kemudian masukkan Bahan C. Kacau lagi.
3. Dah sebati masukkan Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Masukkan Bahan D (choc chip) & gaul rata.
5. Scoopkan guna sudu/scoop ice cream atas dulang. Make sure letak kertas alas warna putih (baking paper) tu utk elakkan cookies melekat. Susun jarak2 sebab nanti adunan mengembang.
6. Masukkan adunan yg dah siap atas loyang ke dlm peti sejuk selama sejam.
7. Lepas sejam, boleh bakar dlm oven selama 15 minit, 180° celcius. Kalau suka rangup, bakar 20 minit. Kalau suka chewy, bakar 15 minit je.
Siap! Selamat mencuba! Hehe
Note : Boleh dapat lebih kurang 30 keping biskut

Jumaat, 22 April 2016

colek buah

KUAH ROJAK
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1 kg gula (akak campur gula melaka +gula pasir)
1 botol petis/otak udang
20 biji cili api blend halus (x tahan pedas kurangkan)
1/2 cawan kacang tumbuk
1 / 2 cawan bijan panggang
Satukan semuanya dlm kuali
Masak atas api perlahan hingga pekat.
Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tahan berbulan ni

Jumaat, 15 April 2016

talam

Talam jagung
Lapisan bawah (Jagung)
* 1/2 cawan gula. )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Daun pandan. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
1 cawan jagung/pewarna kuning
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.hoen kwe/t.gandum/t.ubi dan kacau rata dgn bahan * & jagung, tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit).
Lapisan atas
*3/4 cawan gula. )
*3/4 cawan Santan ) panaskan semua bahan *
*Daun pandan. )
*Secubit garam. )
3/4 tepung gandum
3/4 tepung beras
2 biji telur
Pewarna hijau
Cara2 nya:-
Satukan t.gandum/t.beras kacau rata dgn bahan * serta masukkan telur 1 persatu, tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
************************************
Talam cendol
Lapisan bawah (cendol)
* 1/2 cawan gula. )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Daun pandan. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
1 cawan cendol
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.hoen kwe/t.gandum/t.ubi dan kacau rata dgn bahan * & cendol, tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit).
Lapisan atas (gula merah)
* 1/2 cawan gula merah )
* 1/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telor
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.gandum dan kacau rata dgn bahan * serta telur 1 persatu dan tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
***********************************
Talam keladi
Lapisan bawah (keladi)
* 1/2 cawan gula. )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Daun pandan. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
1 cawan keladi (dipotong dadu, rebus separuh masak)
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.hoen kwe/t.gandum/t.ubi dan kacau rata dgn bahan * & keladi, tambahkan air hingga menjadi 1iter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit).
Lapisan atas (purple)
* 3/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telor
Pes keladi/pewarna purple
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.gandum dan kacau rata dgn bahan * serta telur 1 persatu dan tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
***********************************
Talam Ubi Kayu
Lapisan bawah (Ubi)
800gm -1kg ubi parut, buang airnya
1 1/2 cawan gula.
1 cawan santan.
Secubit garam.
1 cawan air .
1 sudu mkn tepung ubi
Pewarna kuning
Cara2 nya:-
Masak santan, gula tuang panas2 ke dlm adunan ubi, air, pewarna kacau dan
tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit).
Lapisan atas
* 3/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Cara2 nya:-
Satukan semua jenis tepung dan bhn * kacau rata dan tambahkan air
hingga menjadi 1liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
***********************************
Talam pelangi (kuih lapis)
* 1 1/2 cawan gula. )
* 1 1/2 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Daun pandan. )
2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
Pewarna : purple, biru, hijau, kuning, pink (atau putih, merah)
Cara2 nya:-
Satukan t.gandum/t.beras/santan tambahkan air hingga menjadi 2 liter dan bahagi kepada 6 bahagian (1 cawan = 1 warna), tuang ke dalam loyang kukus berselang seli warna dan garis garfu permukaan lapisan yg masak.
***********************************
Talam Labu Manis
Lapisan bawah (Labu manis)
* 1/2 cawan gula. )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Daun pandan. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
1 cawan labu (diparut, celur separuh masak)
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.hoen kwe/t.gandum/t.ubi dan kacau rata dgn bahan * & labu, tambahkan air hingga menjadi 1iter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit).
Lapisan atas (orange)
* 3/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telor
pewarna orange atau egg yolk
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.gandum dan kacau rata dgn bahan * serta telur 1 persatu dan tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
************************************
Talam suji gula merah
Lapisan bawah (suji)
* 1 1/2 cawan suji. )
* 1/2 cawan gula. )
* 3 cawan air. )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
* Pewarna lemon yellow )
Cara2 nya:-
Satukan semua bahan * kacau dgn whisk utk elakkan adunan berketul, perlahankan api dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (20-30 minit)
Lapisan atas (gula merah)
* 1/2 cawan gula merah )
* 1/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
2 biji telor
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.gandum dan kacau rata dgn bahan * serta telur 1 persatu dan tambahkan air hingga menjadi 1 liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).
***********************************
Talam gula merah
Lapisan bawah
* 3/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
1 cawan tepung beras
1/2 peket tepung hoen kwe- putih
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Cara2 nya:-
Satukan semua jenis tepung dan bhn * kacau rata dan tambahkan air
hingga menjadi 1liter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit)
Lapisan atas (gula merah)
* 1/2 cawan gula merah )
* 1/4 cawan gula putih )
* 1 cawan santan. ) panaskan semua bahan*
* Secubit garam. )
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telor
Cara2 nya:-
Satukan t.beras/t.gandum dan kacau rata dgn bahan * serta telur 1 persatu dan tambahkan air hingga menjadi 1iter dan tuang ke dalam loyang kukus hingga masak (30-45 minit).

Isnin, 28 Mac 2016

apam polkadot

Bahan2

200g gula halus@kaster
1 sudu teh ovallete
3 biji telur saiz A (sejuk dari peti ais)
150ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
270g tepung gandum
3 sudu teh baking powder

Ikot saiz apam , saya dapt anggaran 50 biji setiap adun yee.


Putar gula, telur and ovallet sekali jalan
masukkan susu cair...gaul
masukkan tpg n baking di ayak
Masukkn dua bhan ni. Jgn mlassss! Ayak! Garang takk. Pas dah masuk ni boleh kaup balik atau putar speed minimum.

Masuklah kat kukus. Sila tutup dgn kain. Supaya tak cedera apam tu ye. Tutup kemas. Eden old skol. Pakai tali kasut tauu. Mak eden punye idea ni.. Muahhha. Lepastu jgan lupe tutup dengan tutup pengukus ye. Tutup dgn kain ni nak halang air dari terkena apam je. Kukus 15-20 minit ye. Api sederhana. Kalau api kecik kompem apam bantat. Kalau api besar. Merekah la apam tu. Jadi beware bab api2 ni

Ahad, 27 Mac 2016

samba serbuk cili pisang

samba serbuk cili pisang


Yg ni lak serbuk yg saya blen..serbuk cili cap motokar dlm stngah cwan + gula stngh cwan+garam 1 sudu kcik blen kring n halus..yg ni untuk skli blen la..lau nk buat bnyk ulng jer lgkah yg sama..