Isnin, 25 April 2016

Resipi Chewy Choc Chip Cookies :

Resipi Chewy Choc Chip Cookies :
Bahan A (Ayak) :
200g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sk garam
1/2 sk baking powder
Bahan B :
115g buttercup
120g gula halus
90g brown sugar
Bahan C :
1 biji telur gred A
Sedikit esen vanilla
Bahan D :
300g choc chip
(Boleh guna milk chocolate beryls & potong dadu if takde choc chip)
Cara membuat :
1. Campur kesemua bahan B & kacau guna whisk/senduk kayu. Jangan terlebih kacau. Just kacau biar sebati dah cukup.
2. Kemudian masukkan Bahan C. Kacau lagi.
3. Dah sebati masukkan Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Masukkan Bahan D (choc chip) & gaul rata.
5. Scoopkan guna sudu/scoop ice cream atas dulang. Make sure letak kertas alas warna putih (baking paper) tu utk elakkan cookies melekat. Susun jarak2 sebab nanti adunan mengembang.
6. Masukkan adunan yg dah siap atas loyang ke dlm peti sejuk selama sejam.
7. Lepas sejam, boleh bakar dlm oven selama 15 minit, 180° celcius. Kalau suka rangup, bakar 20 minit. Kalau suka chewy, bakar 15 minit je.
Siap! Selamat mencuba! Hehe
Note : Boleh dapat lebih kurang 30 keping biskut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan