NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh
ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang
berlaku pada bayi mereka.
AlhamduLILLAH, setakat ini, 2
orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang
di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang
menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan
atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda
kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.
Setakat ini sudah hampir 35
soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan
ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi
wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil
sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan
terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice),
bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.
Adalah perlu kita ketahui,
dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik
dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal
jaundice.
Jaundice adalah dari bahasa
Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.
Ianya melibatkan permasalahan
sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang
dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke
hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan
melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala
sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis
berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi
terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal
hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana
belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada
bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari
yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum),
jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah
ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini
sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang
terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah
hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Serius atau tidak masalah ini,
kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada
fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan
otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal,
NauzubILLAH.
Dalam kepercayaan sesetengah
kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai
pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi
dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh
di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang
kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital atau
secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion
(ET) – Proses penggantian darah.
Cuma di sini sang faqir lebih
suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk
mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.
UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA
MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air)
3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami
masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing
2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur
dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati
delima paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma
sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah
tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun
apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok
lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Buat pengetahuan semua,
isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian
vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir
percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil
kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI
MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan
kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi,
kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan
susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti
susu ibu adalah kurma dan madu.
2) Titiskan 5-7 titis susu
kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
3) Jika boleh, elakkan penjemuran
kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur,
maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu
ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
4) Bayi setiap pagi diberi
hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada
masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
5) Buat urutan lembut di
pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar,
sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk
mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
Banyak lagi petua untuk
ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu.
Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.
Semoga ALLAH memudahkan urusan
kalian.
InsyaALLAH Tohour.
Wassalam.