Jumaat, 25 Julai 2014

Resepi kuah pasembor



- 1 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

- 500gm udang kertas atau udang putih kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. kisar halus. Di Pulau Pinang kini ramai guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong ini tujuan untuk jimat belanja kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan kalau masak di rumah agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak di kepala udang atau otaknya yang berwarna kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning di kepala udang itu. 

- 125gm. kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukkan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji , asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.

- 10 - 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

- 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

- 2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 liter air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 3 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 6 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakan gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit dari kuah yang lain. 

Masukkan garam secukup rasa. Biar masin sedikit dari biasa.
Anda mesti rasa pelik bukan kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak "oil free" ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.

5 - 8 keping biskut Merry. Rendam dalam air, bila kembang kisar dan masuk kedalam kuah yang sedang mendidih. Kecilkan api dapur dan reneh. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pewarna merah oren magic mamak. Rasa kuahnya 

Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu goreng dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa jangan sembang nanti tersembuq. Sebenarnya passembur ini "salad" mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan