Jumaat, 25 Julai 2014

HAVENLY CARROT CAKE

Resepi Carrot Cake by Chef Syahir
Bahan-bahan
1 cawan (100 gram) pecans atau walnut 
Paun 3/4 (340 gram) lobak mentah (kira-kira 2 1/2 cawan halus parut)
2 cawan (260 gram) tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur gred A
Brown sugar 1 1/2 cawan (300 gram)
1 cawan (240 ml) minyak daisy
2 sudu teh essen vanilla
Kismis (Pilihan)


Cara - cara :
Panaskan ketuhar kepada 180oc dan gunakan loyang 8 inch
Bakar pecans atau walnut selama 8 minit atau hingga warna perang dan wangi. Biarkan sejuk dan kemudian cop kasar.
Parut lobak.
Dalam mangkuk yang berasingan gaul tepung, baking soda, baking powder, garam, kismis dan cinnamon powder.
Dalam mangkuk mixer, pukul telur sehingga berbuih (kira-kira 1 minit). Secara beransur-ansur tambah gula dan pukul
sehingga adunan sebati dan kembang (kira-kira 3 - 4 minit). Tambah minyak dalam adunan dan tambahkan essen vanilla. Tambah campuran tepung dan pukul sehingga sebati. Dengan spatula, masukkan lobak secara sikit demi sedikit.
Bakar 30 minit atau sehingga masak.
Share supaya tidak hilang Emotikon smile





They make carrot cake the right way in Brazil: with chocolate on top!
RECIPE:
3 medium sized carrots
3 eggs
¾ cup vegetable oil
2 cups flour
1.5 cup sugar
1 tablespoon baking powder

1 cup sugar
1 cup chocolate powder
¼ cup milk
50g butter
Add the carrots, the eggs and the oil in a blender and blend it for at least 5 minutes. In a bowl, mix flour, sugar and baking powder. Pour the carrot-egg-oil puree in to the dry ingredients mixture. Place in a 8-inch cake pan and bake for 45min at 350 F.
For the icing, just mix sugar, chocolate powder, milk and butter in a saucepan and mix it well. When it comes to a boil, wait 1 minute and turn off the heat.



Kredit :zila4ever.blogspot

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - 
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) -
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang - soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING 
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA 

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.

CREAM CHEESE 

1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. 
2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka



KEK CARROT
Dah byk kali try resipi kek carrot, tapi yang ni memang best. Tak caya try ler...
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

MALAY VERSIONđź’›
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
SATURDAY - 01•08•2015
RECIPE & PHOTO BY : OWNER CHEF MUNIRA BAMADHAJ
TRANSLATION BY : OWNER CHEF ALINAH BINTE ALI
BAHAN NYA :
(A) GAUL SEHINGGA RATA DAN KETEPIKAN
260 GRAM TEPUNG SERBAGUNA
1 - 1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1 - 1/2 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1/2 SUDU TEH GARAM
(B)
300 GRAM GULA HALUS
4 BIJI TELUR SAIZ BESAR
(C)
240 ML MINYAK SAYUR
2 SUDU TEH ESEN VANILLA
(D)
150 GRAM NENAS DALAM TIN BENTUK CINCIN - TUSKAN AIR NYA DAN DIKISAR.
(E)
340 GRAM LOBAK MERAH - DIPARUT HALUS
100 GRAM WALNUT - DIPANGGANG & DICINCANG
CARA NYA :
1. PANASKAN KETUHAR PADA SUHU 180 DARJAH SELSIUS. GUNAKAN LOYANG BUNDT UKURAN 10" DAN SAPUKAN MENTEGA SERTA DITABURKAN DENGAN TEPUNG.
2. GUNAKAN MIXER DAN PUKUL (B) DENGAN KELAJUAN HIGH SPEED SEHINGGA PUCAT DAN PEKAT. KEMUDIAN TUKARKAN KEPADA KELAJUAN LOW SPEED LALU MASUKKAN (C) DAN PUKUL SEHINGGA RATA.
3. DENGAN KELAJUAN LOW SPEED MASUKKAN (A) PUKUL SEHINGGA RATA. MASUKKAN (D) PUKUL SEHINGGA RATA DAN MATIKAN MIXER.
4. MASUKKAN (E) DAN KAUP BALIK (FOLD IN) DENGAN SPATULA SEHINGGA RATA. KEMUDIAN TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG BUNDT.
5. MASUKKAN LOYANG KEDALAM KETUHAR DIRACK BAHAGIAN TENGAH DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT. KEMUDIAN TURUNKAN SUHU KEPADA 170 DARJAH SELSIUS DAN BAKAR SELAMA 5 MINIT. UJI KEK DENGAN MEMASUKKAN LIDI DIBAHAGIAN TENGAH DAN JIKA BERSIH, TANDANYA IA TELAH MASAK.
6. BIARKAN KEK SELAMA 20 - 30 MINIT DIDALAM LOYANG. KEMUDIAN BARU DIKELUARKAN DARI LOYANG.
CREAM CHEESE GLAZE
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
BAHAN NYA :
125 GRAM KRIM KEJU - LEMBUT
4 - 8 SUDU MAKAN GULA AISING - DIAYAK
1/2 SUDU TEH ESEN VANILLA
SUSU SEGAR PENUH KRIM IKUT KEPERLUAN
CARA NYA :
1. PUKUL KRIM KEJU SEHINGGA BERKRIM. MASUKKAN VANILLA SERTA GULA AISING PUKUL RATA.
2. MASUKKAN SUSU SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DIPUKUL SEHINGGA RATA DAN MENGIKUT TEKSTUR YANG ANDA KEHENDAKI. TEKSTUR HARUS MUDAH MELELEH TETAPI TIDAK TERLALU CAIR.
3. MASUKKAN KEDALAM PIPING BAG SUPAYA MUDAH UNTUK DIGUNAKAN.
4. PICITKAN GLAZE KEATAS KEK YANG TELAH SEJUK DAN TABURKAN DENGAN WANUT CINCANG JIKA SUKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan