Jumaat, 25 Julai 2014

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH USTAZAH


******************************************************
Ha..ini dia resepi yang selalu menjadi Pujaaah Hatiii ku.. iaitu AYAM BEREMPAH stail Ustazah. Lain orang lain cara. Ni mood baik sikit petang ni, sempena ayahanda saya Mamak Haji yang dok bg petua-petua Ayam Goreng tu..khas untuk ayahanda ya dan kawan-kawan lain.

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam [potong 4/ 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
1 s/b rempah kari ikan
1 s/b serbuk kunyit
Bahan kisar
3 biji bawang merah besar]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
6 inci lengkuas ]
3 batang serai ]
garam
Sedikit gula Melaka

Sebiji telur
¾ cawan tepung kanji atau tepung jagung

*Atau boleh menggunakan rempah Perap Ayam Goreng Yes Halal

Cara-caranya
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur dan tepung dan perapkan selama beberapa jam
2. Bila hendak menggoreng pecahkan telur sebiji masukkan tepung kanji/ jagung. 
3. Gaul rata semua bahan.
4. Gorengkan dalam minyak ygang banyak sehingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan