Jumaat, 18 Disember 2015

mee rebus

MEE REBUS MAMAK PENANG PERASA UDANG
Bahan-bahan Untuk Membuat Kuah:
100 gm udang kering – direndam dan dibersihkan 
½ kg. udang saiz sederhana - dibersihkan dan direbus
½ kg. ubi keledek oren
½ kg. ubi kentang
1 cawan kacang tanah yang digoreng kering dan ditumbuk halus – Beli yang sedia dijual
Sedikit cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kepedasan) – Kak Noor guna 3 senduk nasi cili kering kisar
Segenggam kacang dhal - digoreng garing kering (sebagai pemekat kuah)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri. Boleh juga tomato sos
2 kiub pati ayam
10 keping biskut marie yang telah dicairkan dengan air – untuk memekatkan kuah saja
3 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukup rasa
Cara-cara Membuat Kuah:
1. Ubi keledek dan ubi kentang dikupas kulit kemudian direbus sehingga empuk. Lenyekkan ubi keledek dan ubi kentang semasa masih panas sehingga hancur. Ketepikan.
2. Udang dikopek kulitnya; diasingkan kulit dan isinya. Basuh bersih menggunakan garam dan limau untuk menghilangkan bau hanyir udang. Kemudian rebus kulit udang sehingga mendidih. Asingkan air rebusan udang di dalam bekas dan diketepikan. Masukkan kulit rebusan udang dan air secukupnya di dalam blender dan kisar kasar. Kemudian ditapis ke dalam air rebusan udang tadi.
3. Satukan cili kering kisar, dal, udang kering dan biskut marie dan air secukupnya di dalam blender dan kisar sehingga halus.
4. Panaskan periuk dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rebusan udang. Tambahkan air lagi antara 1 liter hingga 2 liter. Masukkan ubi yang telah dilenyek halus dan kacau rata sehingga sebati.
5. Bila kuah mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan kiub pati ayam, gula perang, gula putih dan garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah air untuk dicairkan. Mulakan dengan kuah yang pekat dan cairkan sedikit demi sedikit.
6. Tambahkan sedikit pewarna kuning telur sekiranya anda ingin warna kekuningan kuah anda.
7. Bila kuah telah mendidih, kecilkan api dapur dan biarkan kuahnya panas. Dah siap kuahnya.
Bahan-bahan Untuk Penyediaan Mee Rebus:
2 bungkus mi kuning – Mi perlu dicelurkan di dalam air panas mendidih selama 30 saat. Keluarkan semua mi dengan penapis dan masukkan kembali di dalam bekas yang diisi air sejuk (paip) untuk mengelakkan mi itu masak lagi dengan haba yang terperangkap di dalamnya. Keluarkan mi dan toskan mi di dalam penapis. Boleh tambah 1 sudu minyak masak untuk mi untuk tidak kelihatan pucat dan melekit. Sekiranya anda menyediakan satu pinggan demi satu pinggan, mi yang direbus tidak perlu dicelurkan ke dalam air dan terus boleh dihidangkan ke dalam pinggan.
Taugeh dicelur di dalam air panas, ditoskan dan dimasukkan kembali di dalam air sejuk (kaedah ini adalah supaya taugeh tidak terlalu melecur dan rasa garing tetapi telah masak). Sekiranya sediakan satu pinggan tidak perlu masukkan di dalam air sejuk.
3. 4 biji kentang direbus (selalunya rebus sekali dengan keledek untuk resepi kuahnya) sehingga agak-agak tidak terlalu masak dan lembik. Kopek kulit kentang semasa masih berada dalam keadaan panas dan sapukan sedikit tepung gandum selepas dikopek kulitnya supaya jus dari ubi yang keluar diserapkan oleh tepung untuk memudahkan salutan tepung semasa goreng melekat. Sediakan `batter’ tepung untuk menggoreng (tepung + air + pewarna kuning + garam). Goreng kentang yang dicelur tepung sehingga hasil warna keemasan. Bila sejuk, potong kentang bersaiz dadu anda suka.
4. Cucur udang mamak (Boleh search kat Resepi Mama Ria-https://www.facebook.com/groups/1619245674986310/search/…)
5. 4 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu atau ikut suka
6. Beberapa biji telur direbus dan dipotong dua.
7. Limau kasturi atau limau nipis dibelah dua atau potong sisi.
8. Daun sup dan bawang dihiris halus.
9. Cili hijau/cili merah dihiris nipis
10. Bawang goreng untuk ditaburkan di atas.
Cara-cara Menghidang:
Ambil sedikit mi dan letakkan di dalam pinggan. Kemudian diikuti dengan taugeh. Hiaskan dengan cucur udang, kentang rebus, telur rebus, daun sup/daun bawang, cili hijau/merah dan limau kasturi. Selepas itu dituangkan kuah di atasnya. Dah siap untuk dimakan.

Isnin, 14 Disember 2015

petua baby selesema

Sesapa yg ank selsema boleh try buat teknik percussion..
Resepi hanya air panas, bwg putih bakar dan minyak telon..
Tiarapkan ank atas riba pastu stimkan muka ank n tepuk belakang dgn tapak tangan bentuk mangkuk..
Tak sampai 5 minit..walla..keluar segala mak nenek hingus..
Barula ank ibu ni boleh tido dgn selesa..kalau tak merengek je keje...

Sabtu, 12 Disember 2015

cream anti dark circle

  • Aloe vera gel
  • A capsule of vitamin E
  • Almond oil
Procedure:
Aloe vera is used for almost all skin problems, from sunburn to equalizing complexion. In a bowl put two teaspoons (10 ml) of aloe vera gel and then “squeeze” three capsules of vitamin E (400 IU per capsule).
Almond oil is rich in nutrients necessary for healthy skin. To the mixture add a teaspoon (5 mL) of the oil and mix well.
Once all the ingredients are well mixed notice that the color of the cream has changed – it is no longer transparent. Apply the cream every night before bed. It will calm the skin around the eyes, and will have a cooling effect, and already after a few treatments will reduce dark circles under the eyes.
The cream can be stored at room temperature, but away from sunlight. The shelf life of the cream is a month.

KFC Chicken homemade

KFC Chicken homemade? Yep! And It's finger lickin better Emotikon smile
Ingredients: serves 6
FLOUR MIX
2 cups plain flour
1 tsp salt & pepper
1 tsp dried basil
1 tsp ground chilli
1 tsp ground paprika
1 tsp garlic powder
1 tsp dried sage leaves
1 tsp dried oregano
1 tsp onion powder
EGG WASH
1 cup buttermilk
1 egg
4 large chicken breasts
Vegetable oil for frying

ILMU PENYERI MUKA:

ILMU PENYERI MUKA:
Malam ini mami bawa cerita baru... konon nya produk putihkan muka itu ada sebatian serbuk mutiara..mutiara kah atau kulit siput mutiara?...murah sangat kah mutiara?..hahaha. Maka mamak haji nak bagi petua tradisional untuk menjaga wajah untuk cucu-cucu dan anak-anak mamak haji yang terlalu risau dengan kulit muka...kecantikan dulu kecantikan asli bukan mcm sekarang..mcm permukaan simen kasar dibubuh plaster simen atau bubuh mosaic utk nampak cantik..
Ambil satu gengam biji halba (fenugreek seed) dan rendam semalaman dalam "air mawar" ..kenal air mawar kan?. Biasa nya masukkan dalam masakan nasi beriani atau minyak. Ada jual di kedai mamak..harganya murah saja. Esok pagi blender halus dan jadikan pes pekat. sebelum itu basuh muka dengan air suam dan keringkan dengan tuala muka yg bersih. Sapukan pes pekat keseluruh muka dan leher. Biarkan 20-30 minit. Selepas itu basuh dengan air ais dengan masukkan tuala muka ke dalam bekas air ais dan lap bersih. Amalkan seminggu tiga kali...kalau muka tak cantik lagi selepas 1 bulan pm mamak haji yea..mamak haji berikan Ilmu penyeri wajah pakai batin pulak..hehehe...

sambal ayampenyet

nasi ayam penyet - sambal meletoopppp!!!
rasa geram bila beli nasi ayam penyet, yang diberi sambal belacan biasa... sambal ini kegemaran saya untuk nasi ayam penyet....pheeewww
bahan:
semangkuk kecil ikan bilis dibersihkan
3-4 sudu belacan
15 biji cili merah dipotong kasar*
15 biji cili kecil hijau*
3 biji tomato dipotong empat*
15 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
2 sudu gula
1/2 ketul gula melaka
sedikit perahan air limau nipis
sedikit garam
cara:
1.panaskan sedikit minyak.
2.goreng ikan bilis + belacan. angkat. ketepikan.
3.goreng bahan * hingga layu. angkat ketepikan.
4.tumbuk/kisar kasar kedua dua bahan goreng tadi.
5.panaskan minyak. goreng bahan tumbuk/kisar.
6.kawal api dan sentiasa kacau.
7.masukkan gula putih + gula melaka + garam.
seimbangkan rasa.
8.masukkan perahan limau nipis.
9.goreng hingga pecah minyak dan betul betul
masak.
10.tutup api. ketepikan sedikit supaya minyak boleh
turun (cara buang minyak berlebihan).

palazo