MEE REBUS MAMAK PENANG PERASA UDANG
Bahan-bahan Untuk Membuat Kuah:
100 gm udang kering – direndam dan dibersihkan
½ kg. udang saiz sederhana - dibersihkan dan direbus
½ kg. ubi keledek oren
½ kg. ubi kentang
1 cawan kacang tanah yang digoreng kering dan ditumbuk halus – Beli yang sedia dijual
Sedikit cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kepedasan) – Kak Noor guna 3 senduk nasi cili kering kisar
Segenggam kacang dhal - digoreng garing kering (sebagai pemekat kuah)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri. Boleh juga tomato sos
2 kiub pati ayam
10 keping biskut marie yang telah dicairkan dengan air – untuk memekatkan kuah saja
3 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukup rasa
½ kg. udang saiz sederhana - dibersihkan dan direbus
½ kg. ubi keledek oren
½ kg. ubi kentang
1 cawan kacang tanah yang digoreng kering dan ditumbuk halus – Beli yang sedia dijual
Sedikit cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kepedasan) – Kak Noor guna 3 senduk nasi cili kering kisar
Segenggam kacang dhal - digoreng garing kering (sebagai pemekat kuah)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri. Boleh juga tomato sos
2 kiub pati ayam
10 keping biskut marie yang telah dicairkan dengan air – untuk memekatkan kuah saja
3 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukup rasa
Cara-cara Membuat Kuah:
1. Ubi keledek dan ubi kentang dikupas kulit kemudian direbus sehingga empuk. Lenyekkan ubi keledek dan ubi kentang semasa masih panas sehingga hancur. Ketepikan.
2. Udang dikopek kulitnya; diasingkan kulit dan isinya. Basuh bersih menggunakan garam dan limau untuk menghilangkan bau hanyir udang. Kemudian rebus kulit udang sehingga mendidih. Asingkan air rebusan udang di dalam bekas dan diketepikan. Masukkan kulit rebusan udang dan air secukupnya di dalam blender dan kisar kasar. Kemudian ditapis ke dalam air rebusan udang tadi.
3. Satukan cili kering kisar, dal, udang kering dan biskut marie dan air secukupnya di dalam blender dan kisar sehingga halus.
4. Panaskan periuk dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rebusan udang. Tambahkan air lagi antara 1 liter hingga 2 liter. Masukkan ubi yang telah dilenyek halus dan kacau rata sehingga sebati.
5. Bila kuah mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan kiub pati ayam, gula perang, gula putih dan garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah air untuk dicairkan. Mulakan dengan kuah yang pekat dan cairkan sedikit demi sedikit.
6. Tambahkan sedikit pewarna kuning telur sekiranya anda ingin warna kekuningan kuah anda.
7. Bila kuah telah mendidih, kecilkan api dapur dan biarkan kuahnya panas. Dah siap kuahnya.
Bahan-bahan Untuk Penyediaan Mee Rebus:
2 bungkus mi kuning – Mi perlu dicelurkan di dalam air panas mendidih selama 30 saat. Keluarkan semua mi dengan penapis dan masukkan kembali di dalam bekas yang diisi air sejuk (paip) untuk mengelakkan mi itu masak lagi dengan haba yang terperangkap di dalamnya. Keluarkan mi dan toskan mi di dalam penapis. Boleh tambah 1 sudu minyak masak untuk mi untuk tidak kelihatan pucat dan melekit. Sekiranya anda menyediakan satu pinggan demi satu pinggan, mi yang direbus tidak perlu dicelurkan ke dalam air dan terus boleh dihidangkan ke dalam pinggan.
Taugeh dicelur di dalam air panas, ditoskan dan dimasukkan kembali di dalam air sejuk (kaedah ini adalah supaya taugeh tidak terlalu melecur dan rasa garing tetapi telah masak). Sekiranya sediakan satu pinggan tidak perlu masukkan di dalam air sejuk.
Taugeh dicelur di dalam air panas, ditoskan dan dimasukkan kembali di dalam air sejuk (kaedah ini adalah supaya taugeh tidak terlalu melecur dan rasa garing tetapi telah masak). Sekiranya sediakan satu pinggan tidak perlu masukkan di dalam air sejuk.
3. 4 biji kentang direbus (selalunya rebus sekali dengan keledek untuk resepi kuahnya) sehingga agak-agak tidak terlalu masak dan lembik. Kopek kulit kentang semasa masih berada dalam keadaan panas dan sapukan sedikit tepung gandum selepas dikopek kulitnya supaya jus dari ubi yang keluar diserapkan oleh tepung untuk memudahkan salutan tepung semasa goreng melekat. Sediakan `batter’ tepung untuk menggoreng (tepung + air + pewarna kuning + garam). Goreng kentang yang dicelur tepung sehingga hasil warna keemasan. Bila sejuk, potong kentang bersaiz dadu anda suka.
4. Cucur udang mamak (Boleh search kat Resepi Mama Ria-https://www.facebook.com/groups/1619245674986310/search/…)
5. 4 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu atau ikut suka
6. Beberapa biji telur direbus dan dipotong dua.
7. Limau kasturi atau limau nipis dibelah dua atau potong sisi.
8. Daun sup dan bawang dihiris halus.
9. Cili hijau/cili merah dihiris nipis
10. Bawang goreng untuk ditaburkan di atas.
Cara-cara Menghidang:
Ambil sedikit mi dan letakkan di dalam pinggan. Kemudian diikuti dengan taugeh. Hiaskan dengan cucur udang, kentang rebus, telur rebus, daun sup/daun bawang, cili hijau/merah dan limau kasturi. Selepas itu dituangkan kuah di atasnya. Dah siap untuk dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan