Sabtu, 12 Disember 2015

ILMU PENYERI MUKA:

ILMU PENYERI MUKA:
Malam ini mami bawa cerita baru... konon nya produk putihkan muka itu ada sebatian serbuk mutiara..mutiara kah atau kulit siput mutiara?...murah sangat kah mutiara?..hahaha. Maka mamak haji nak bagi petua tradisional untuk menjaga wajah untuk cucu-cucu dan anak-anak mamak haji yang terlalu risau dengan kulit muka...kecantikan dulu kecantikan asli bukan mcm sekarang..mcm permukaan simen kasar dibubuh plaster simen atau bubuh mosaic utk nampak cantik..
Ambil satu gengam biji halba (fenugreek seed) dan rendam semalaman dalam "air mawar" ..kenal air mawar kan?. Biasa nya masukkan dalam masakan nasi beriani atau minyak. Ada jual di kedai mamak..harganya murah saja. Esok pagi blender halus dan jadikan pes pekat. sebelum itu basuh muka dengan air suam dan keringkan dengan tuala muka yg bersih. Sapukan pes pekat keseluruh muka dan leher. Biarkan 20-30 minit. Selepas itu basuh dengan air ais dengan masukkan tuala muka ke dalam bekas air ais dan lap bersih. Amalkan seminggu tiga kali...kalau muka tak cantik lagi selepas 1 bulan pm mamak haji yea..mamak haji berikan Ilmu penyeri wajah pakai batin pulak..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan