Isnin, 30 Mei 2016

black pepper sos






kuah black pepper versi kakak saya yang ada kedai westren food. Sangat sesuai bagi anak anak dan keluarga makan.
Bahan Bahan ( A )
2 Biji Kentang
2 Batang Lobak Merah
1 Biji Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
2 Batang Daun Saderi
Bahan Bahan ( B )
Lada Hitam
Kicap Pekat
1 Kuib Ayam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak
Cara cara memasak.
Rebus semua bahan bahan (A) berserta kulit ( cuci sebersih dan sesuci hati yang diyakini ). Selepas empuk sejukkan dan kisar semua bahan bahan tersebut bersama sama Lada hitam ( Nak pedas letak banyak,Tak nak pedas letak sikit ) dan air rebusan tadi.
Masukkan kesemua yang dikisar ke dalam periuk, Dengan Api yang pelahan. Selepas itu masukkan Kicap pekat,Kuib ayam,minyak masak biarkan selama 30 minit and garam dan gula secukup rasa dan siap dan selamat menjamu selera.

Resepi pisang goreng cheese


Bahan-bahan
-500gram tepung beras
-250gram tepung gandum
-5sudu besar baking powder
-5 sudu besar tepung custard
-sedikit garam
Cara-caranya
- gaul semua bahan tersebut dengan Selawat 3x sehingga sebati... Sila gaul dengan sudu atau senduk..jangan Gaul dengan tangan..mudah basi... dah sebati,perap selama 30min..
Resepi caramel
-1tin susu pekat
-1tin air putih
-1cawan gula pasir
- 2 sudu besar butter cup
Cara-caranya
- dengan api yg perlahan..masak gula pasir telebih dahulu. Kemudian, gula dah cair masukan buttercup.. Dan tutup api seketika untuk masukan susu pekat..hati-hati ketika masukan susu.. akan ada proses susu pekat meruap dan panas.. buka api kembali.. kacau dan masukan air.. tgu sehingga caramel pekat sedikit dan boleh tutup api...
Bila dah siap goreng pisang..letak caramel diatas dan anda boleh sagat cheese dia atas.. saya guna ANCHOR CHEDDAR CHEESE... .
Untuk kesan lebih sedap dan colourful..
parut 1 choc bar yg sedap .. biarkan mahai takpe..janji sedap di tekak.. hehehe.. masyaAllah.. sedap yakmat..pipi duk tahan yaqyoq sambil duk taip hehehehe...
 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel


Sabtu, 21 Mei 2016

tart nenas

gh kecoh versi biskut raya,masing2 ade cara trsendiri..alhamdulilah dh 3thn buat utk raya,customer pun makin brtmbh,sj guna papercup sbb kdng br nk pgg dh brderai,tp tart sy x berderai..brderai dlm mulut..250gram bttercup/3 cwn marjerin,gula castor 1 cwn,tpg gandum 2 cwn stgh,tpg jagung 1/2 cwn,susu pekat 1 sudu bancuh teh,garam scubit,gaul smua,jika doh trkeras tmbh marjerin / butter,janji mase msuk acuan nk tekan cantik senang,utk gliss:kuning telur,stitik/2 pewarna kuning,esen vanila skit utk hilangkn bau hanyir telur..slamat mncuba..tart gebu gebasyyy:-) Emotikon smile..sesiapa nk syer..silakn..sy halalknnn:-) Emotikon smile Emotikon smile

Resepi kek buah tanpa telur


Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan butter/marjerin (227gm)
3/4 tin susu pekat manis ( kalau suka manis boleh lebihkan)
3/4 tin air ( guna tin susu pekat manis yg sama)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar pati oren sunquick
150 gm mix fruits
50gm mix fruits - untuk tabur atas kek sblm bakar
Cara2:
- sediakan periuk yg sesuai.. Masukkan air dan didihkan..bila air mula mendidih masukkan mix fruits 150gm.. Perlahankan api..
- masukkan butter..kacau hingga butter cair sepenuhnya dan seterusnya boleh masukkan susu pekat manis..Kacau sebati.. Tutup api dan biarkan sehingga betul2 sejuk..
- ayak tepung bersama baking powder & soda bikarbonat.. 2x ayak ye..
- seterusnya satukan bahan2 yang telah diayak & pati oren sunquick kedalam bahan2 yang telah disejukkan tadi.. Kacau kaup balik hingga sebati..jangan lupa ye sambil2 tu bolehlaa panaskan oven terlebih dahulu..
- masukkan dalam tray, tabur mix fruits diatas permukaan adunan..kemudian bakar 45 - 50 min pada suhu 180c...

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Kek lapis chesee

Kek lapis chesee... (resipi by Jumaliah Sarkawi)
500g butter
10 biji telur
1 gelas gula (200g 1 gelas)
1 tin susu pekat manis
2 gelas tepung gandum (300g utk 2 gelas)
250g chesse (apa2 chesse)
Pukul buter dgn gula hingga kmbg, masukkan telur satu persatu. Masaukkan susu dan chesse putar hinga sebati. Last skali masukkan tepung dan gaul sebati. Bakar selapis2 ikut cara sendiri. Suhu ikut oven sndiri. Sya nya oven 150'c, 7-10 minit masa bakar. Agak2 masakle...

Resepi puding kastad


Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad (kalau xnk creamy lebihkan tepung)
1 tin tinggi susu pekat manis
1 tin tinggi susu cair
2 tin air
Untuk jeli
Sy guna jeli nona sepeket (xkisah apa perasa)

Cara-cara:
1) Kacau dlm periuk sampai sebati. Kemudian masak sampai gelegak.
2) Kemudian masukkn dlm bekas. Agak2 suam sikit..susun buah. Last skali baru tuangkan jeli perlahan2 . Hidangkan sejuk

Versi banyak:

Resepi puding jagung

Tepong kastad 1 bungkus
Jagung tin 1
Susu cair 1 tin
Santan 1 kotak.kecik
Gula garam cukup rasa

Cara-cara:
Campor semua skali tambah air jadikan 2 liter.. klu nak adunan goyang2 lebihkan air...
Kacau atas api sampai berkilat... naikk buih besar2 

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Ukuran saiz leher mengikut saiz tubuh

Assalammualaikum...salam pg Khamis..😊
...ingt lg x tutorial wat lapik leher yg sifu tnjukkn tempoh hari?...buat template sepsiap utk memudahkan kerja² menjahit yer...atas permintaan shabat² jahit, sifu kongsikan ukuran leher standard butik (cewahhh...ukuran ni sifu dpt dari dri shabat sifu yg bekerja dkat butik)😁😁😁
boleh amik guna...lau ase xsesuai dgn shabat² smua..abaikan dan teruskan dgn apa yg anda tlah selesa dgn ukuran² yg anda gunakan selama ni...
Dada 29, 30, 31
****************
3.1" x 4.1"(dpn)
3.1 x ½" (blkg)
Dada 32, 33, 34
****************
3¼ x 4¼ (dpn)
3¼ x ½ (blkg)
Dada 35, 36, 37
****************
3½ x 4½ (dpn)
3½ x ¾ (blkg)
Dada 38, 39, 40
****************
3¾ x 4¾ (dpn)
3¾ x ¾ (blkg)
Dada 41, 42, 43
****************
4 x 5 (dpn)
4 x ¾ ( blkg)
Dada 44, 45, 46
*****************
4¼ x 5¼ (dpn)
4¼ x 1 (blkg)
**tambah 1hun utk setiap 3 saiz dada berikutnya**