Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi kek span


Bahan-bahan:
4 biji telur gred A
160 gm gula halus
160 gm tepung kek
10 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallete
50 gm minyak jagung
70 gm air
1 sudu teh esen creamy vanilla (pekat)

CARA-CARA
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser loyang bulat saiz 7 @ 8 inci dengan mentega.Kalau takde, shortening pun boleh.
2. Alas dasar loyang dengan kertas baking. Ketepikan.
3. Masukkan kesemua bahan KECUALI minyak dan putar high speed hingga kembang. (lebih kurang 8 minit) Pastikan adunan turun @ jatuh berbentuk RIBEN –tidak laju dan tidak terlalu perlahan jatuhnya.
4. Masukkan minyak jagung. Kaup balik menggunakan spatula sehingga rata.
5. Bakar 35-40 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluar kan dari loyang dan terbalikkan. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan sejukkan di atas redai . Kalau tiada redai, guna aje papan kek 😉

**utk gambar , saya guna krim pertama.

BAHAN UNTUK KRIM FILLING
Pilihan Pertama Filling 
* 250 gm non dairy cream (fresh cream)
* 200-250 gm isi durian (lenyek @ kisar halus)
* 1 sudu teh gelatin + 3 sudu besar air suam (kacau sehingga larut)
* 2 sudu besar gula kastor (ikut suka nak manis mana)
Cara-cara:
1. Pukul whipping cream sampai bertanduk.
2. Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek. Putar sekejap untuk sebati.
3. Gelatin yang dah larut masukkan ke dalam adunan whipping cream bersama-sama gula kastor.
4. Kacau rata dan ketepikan. 

(kalau tak nak gunakan gelatin pun boleh tapi pastikan whipping cream (non dairy) kental.

Pilihan Kedua Filling
* 150-200gm isi durian (lenyek @ kisar halus)
* 2 sudu besar tepung kastard
* 2/3 camca besar gula kastor (manis ikut suka)
* 1 1/3 cawan susu segar
* 30 gram mentega 
* 1 sudu teh esen vanilla

Untuk hiasan
*Badam flakes (panggang lebih kurang 10-15 minit , 170c
* 300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental (anggaran 6-8 minit high speed)
* Boleh masukkan krim pilihan kedua untuk coating keliling kek jika berminat.

Cara menyusun kek:
1. Kek span dipotong 3 kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
2. Sapu whipping/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut citarasa masing-masing.
3. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum dipotong. Lagi lama lagi bagus 😊
4. Seelokknya gunakan pisau yang dicelup dengan air panas untuk potongan yang cantik 👍

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan