Selasa, 1 November 2016

Resepi satay ikan/lokcing


Bahan-Bahannya:

(*)250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat
(*)100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
(*)1/2 biji bawang besar – dikisar
(*)1 sudu kecil garam
(*)1/2 sudu teh serbuk perasa
(*)1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas 

(*)Cili kering secukupnya – kisar lumat
(*)4 ulas bawang putih – dikisar lumat
(*)1 ½ cawan air
(*)1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
(*)4 sudu makan gula atau secukupnya
(*)½ sudu makan garam
(*)Sedikit serbuk perasa
(*)Sedikit pewarna merah
(*)lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja
Cara Membuatnya ialah:
Buat Lockching 

(*)1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

(*)2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat

(*)3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
(*)4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
(*)Tip: kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.
Buat Sos 
(*)1. Tumiskan bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
(*)2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
(*)3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(*)4.Untuk jadikan sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan diatas.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel




Tiada ulasan:

Catat Ulasan